19/06/2026
Setiap langkah yang diambil hari ini menentukan sejauh mana anda mampu pergi esok.
๐ฆ๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐๐ป๐๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ ๐ฃ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป (๐ฆ๐๐ฃ) ialah pemangkin kemajuan anda dalam membina semula momentum kerjaya yang lebih mampan.
Kami tidak hanya menyediakan perlindungan, malah kami menawarkan landasan strategik untuk anda bangkit semula dengan lebih kompetitif melalui pembiayaan latihan dan sokongan penempatan pekerjaan.
Bina masa depan yang lebih cerah dengan sokongan yang tepat.
SIP sentiasa bersama anda.
18/06/2026
Hasil kawalan dalaman Anti-Fraud, Etika dan Integriti (AFEI) PERKESO, sejumlah RM5.33 juta dana Daya Kerjaya 2.0 berjaya diselamatkan. Selain itu, setakat semalam, sejumlah RM1.26 juta lagi dari dana sama dipulangkan oleh majikan kepada PERKESO, selepas mengaku terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penipuan.
Perkembangan di sebalik Op Daya ini saya maklumkan dalam sidang media bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datoโ Sri Abdul Halim Aman, di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sebentar tadi. Malah, saya zahirkan tekad untuk PERKESO terus bekerjasama rapat dengan SPRM, demi memastikan individu yang bersekongkol dalam kegiatan jenayah sebegini diberkas dan diheret ke muka pengadilan.
Insentif Daya Kerjaya ialah peruntukan yang disalurkan kerajaan untuk membuka peluang kepada kumpulan rentan termasuk golongan veteran kekal dalam pasaran buruh. Justeru, saya beri amaran kepada mana-mana individu mahu pun sindiket yang cuba memanipulasi dana insentif ini agar berhenti sebelum โnasi menjadi buburโ.
Seperti dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa 93 tangkapan yang dibuat ketika ini susulan pelaksanaan Op Daya, tidak akan terhenti di sini sebaliknya diteruskan bagi memburu setiap dalang di sebalik kegiatan jenayah ini sehingga ke lubang cacing.
18/06/2026
๐ค Masih belum buat pilihan majikan untuk LINDUNG 24 Jam?
Bagi pekerja yang mempunyai dua atau lebih majikan aktif, anda perlu memilih satu majikan untuk tujuan caruman LINDUNG 24 Jam sebelum 30 Jun 2026.
Sekiranya tiada pilihan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, PERKESO akan menentukan majikan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Jangan tunggu sehingga saat akhir. Buat pilihan anda lebih awal bagi memastikan proses caruman dan perlindungan sosial anda berjalan dengan lancar.
โ
Pilih sendiri majikan anda.
โ
Semak maklumat majikan yang aktif.
โ
Hantar permohonan sebelum tarikh tutup.
LINDUNG 24 Jam โ perlindungan yang melindungi anda sepanjang masa.
18/06/2026
Penunggang Malaysia : SELAMAT.BERHEMAH.BERMARUAH!
Perlindungan diri bukan pilihan tambahan. Ia adalah asas keselamatan.
Penunggang Malaysia ialah penunggang bijak yang faham persediaan menunggang bukan hanya pada motorsikal, ia merangkumi rider itu sendiri.
Keputusan untuk selamat termasuk persediaan menggunakan 5 asas perlindungan setiap penunggang.
16/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H.
Setiap kali tibanya Maal Hijrah, ia mengingatkan kita bahawa perubahan ke arah yang lebih baik sentiasa bermula dengan satu langkah kecil dan satu tekad yang ikhlas. Hijrah bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi perjalanan untuk memperbaiki diri, memperkukuh iman dan menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.
Sempena tahun baharu Hijrah ini, marilah kita bersama-sama mengambil peluang untuk bermuhasabah, mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan serta memperbaharui azam dalam kehidupan dan pekerjaan. Semoga tahun 1448 Hijrah membawa ketenangan hati, kekuatan jiwa dan rahmat yang berpanjangan buat kita semua, insya-Allah.
16/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H.
Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa setiap penghijrahan ke arah yang lebih baik memerlukan keberanian, keazaman dan usaha yang berterusan.
Seiring semangat hijrah, PERKESO komited memperkasa perlindungan sosial negara agar setiap pekerja, majikan dan rakyat Malaysia terus dilindungi dalam menghadapi cabaran kehidupan serta melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan sejahtera.