12/06/2026
PROGRAM EKSPLORASI ANGKASA X PLANET KIDDOS UPSI DI PLANETARIUM NEGARA*
Pada 10 Jun 2026, seramai *20 orang kanak-kanak dan 3 orang guru* daripada *Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI* telah menyertai satu pengembaraan ilmu yang penuh warna dan keseronokan di Planetarium Negara. Program ini turut dibantu oleh *12 orang mahasiswa Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI* daripada Fakulti Pembangunan Manusia yang bertindak sebagai fasilitator muda sepanjang aktiviti berlangsung.
Bertemakan *Sains Angkasa dan Astronomi, para peserta meneroka keajaiban Matahari serta mengenali tujuh warna utama cahaya matahari yang membentuk pelangi iaitu **merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu*.
Pembelajaran menjadi lebih bermakna melalui pelbagai aktiviti hands-on yang menyeronokkan, antaranya:
Mari Mencipta Pelangi
Aktiviti mewarna pelangi
Membina Matahari 3D DIY
Pemerhatian Matahari menggunakan teleskop di Balai Cerap Planetarium Negara
Tidak terhenti di situ, peserta turut berpeluang meneroka galeri pameran interaktif serta menyaksikan tayangan angkasa yang mengujakan di *Teater Angkasa Planetarium Negara*.
Program ini membuktikan bahawa pembelajaran sains boleh disampaikan dengan cara yang menyeronokkan, kreatif dan penuh pengalaman bermakna. Semoga eksplorasi kecil hari ini menjadi pencetus kepada impian besar anak-anak untuk meneroka alam semesta pada masa hadapan!
11/06/2026
Imej NGC 4565 (Needle Galaxy) dirakam dari Planetarium Negara pada 5 Jun 2026.
Galaksi tersebut terletak kira-kira 40 juta tahun cahaya dari Bumi. Garisan cahaya halus yang kelihatan sebenarnya mengandungi berbilion bintang di dalamnya.
Cahaya dari galaksi tersebut sebenarnya telah pun meninggalkan galaksi itu kira-kira 40 juta tahun yang lalu sebelum ianya berjaya sampai dan dirakam oleh sensor teleskop.
09/06/2026
Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC Planetarium Negara.
Teruslah menyinar bagai bintang di cakerawala, menerangi jalan buat nusa, dan membawa nama negara melonjak tinggi bagaikan ke angkasa. ✨🚀
08/06/2026
Cahaya daripada Nebula Orion yang dirakam oleh Planetarium Negara sebenarnya telah meninggalkan nebula tersebut kira-kira 1,350 tahun lalu.
✨ Nebula Orion (M42)
🔭 Dirakam menggunakan Seestar S50
07/06/2026
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚
Dimaklumkan bahawa semua tayangan di Teater Angkasa, Planetarium Negara ditutup buat sementara waktu sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Walau bagaimanapun, Galeri Pameran kekal beroperasi seperti biasa bagi kunjungan orang awam.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kerjasama serta kefahaman anda dalam perkara ini.
***********
📢 𝐍𝐨𝐭𝐢𝐜𝐞 𝐨𝐟 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐫𝐚𝐫𝐲 𝐂𝐥𝐨𝐬𝐞𝐝 𝐨𝐟 𝐏𝐥𝐚𝐧𝐞𝐭𝐚𝐫𝐢𝐮𝐦 𝐒𝐡𝐨𝐰𝐬
Please be informed that all planetarium shows are temporarily closed until further notice.
However, the Exhibition Gallery remains open to the public as usual.
We sincerely apologize for any inconvenience caused and greatly appreciate your understanding and cooperation on this matter.
05/06/2026
TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR MRCC 2026!
Tahniah kepada pasukan kategori universiti dan antarabangsa yang telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026.
Pemilihan ini adalah hasil daripada komitmen, kreativiti dan keupayaan teknikal yang telah ditunjukkan sepanjang proses penilaian. Anda kini selangkah lebih dekat untuk bersaing di pentas akhir bersama pasukan terbaik dalam bidang aeroangkasa dan teknologi roket.
Semak senarai pasukan yang layak pada poster yang disediakan.
Pasukan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak penganjur dalam masa terdekat bagi urusan penyelarasan dan maklumat lanjut pertandingan.
Semoga berjaya dalam persediaan menuju Peringkat Akhir MRCC 2026!
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M
Fajar 10 Zulhijjah 1447H mengajar kita bahawa pengorbanan adalah asas kepada sebuah kemajuan. Dalam meneroka luasnya alam semesta, dedikasi menuntut masa, tenaga, dan fikiran demi menyalakan inspirasi buat masyarakat dan generasi masa hadapan.
Selamat Hari Raya Aidiladha dari warga Planetarium Negara!
25/05/2026
Makluman Penutupan Operasi Planetarium Negara
Dimaklumkan bahawa Planetarium Negara akan ditutup sementara bermula 26 Mei 2026 hingga 28 Mei 2026 bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2026.
Planetarium Negara akan dibuka semula pada 29 Mac 2026 seperti biasa.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.