Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia

Share

Halaman Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia. / Official Page National Library of Malaysia. Perpustakaan Sumber Maklumat Anda.

Dapatkan pelbagai maklumat dan info terkini mengenai perkhidmatan PNM dan pelbagai program galakan membaca Library Your Information & Resources

24/06/2026

Memaknai Harapan Rakyat, Memperkukuh Komuniti MADANI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh bersama-sama memeriahkan Program MADANI Kita Bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang akan berlangsung pada:

๐Ÿ“… 24 Jun 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ Dataran Segamat, Johor

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri sebagai manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam mendekati rakyat serta memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti.

Pelbagai pengisian menarik menanti anda termasuk pameran perkhidmatan kerajaan, aktiviti komuniti, program kesejahteraan rakyat serta peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif Kerajaan MADANI.

Jumpa anda di Dataran Segamat!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud

Malaysia Madani
Jabatan Penerangan Malaysia
Perpaduan Negeri Johor




24/06/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐Š๐‡๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐Ž๐† ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘ ๐”๐’๐“๐€๐™๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹: ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‘๐€ ๐Œ๐”๐’๐“๐€๐‡๐ˆ๐‹ ๐Š๐„ ๐Œ๐„๐Š๐€๐‡ (๐‰๐ˆ๐‹๐ˆ๐ƒ ๐Ÿ) ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐ˆ๐’๐€

Naskhah ini mengisahkan pengembaraan luar biasa Ahmad Isa dan isterinya mengayuh basikal dari Malaysia menuju ke Mekah melalui Thailand dan Myanmar. Sarat dengan kisah cabaran, ketabahan dan pengorbanan, buku ini menjadi sumber inspirasi kepada pembaca untuk terus berusaha merealisasikan impian.

๐ŸŽ™๏ธ Ingin mengetahui kisah di sebalik penghasilan naskhah ini? Sertai Sesi Dialog Dari Pena Penulis Siri 3 bersama Ahmad Isa dan dengarkan perkongsian beliau secara langsung pada:

Tarikh: 29 Jun 2026 (Isnin)
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Ruang Imersif, Aras 1, Anjung Bestari, PNM
๐Ÿ“บ Siaran langsung di PNM TV Channel
https://youtube.com/live/DUMNMLcWVaw?feature=share

Jangan lupa subscribe dan sertai kami dalam talian!

๐Ÿ“– Rujuk/baca naskhah ini di Aras 7, Menara PNM

Photos from Perpustakaan Negara Malaysia's post 23/06/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 โ€” Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Mesyuarat Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia Bil. 1/2026 pada 23 Jun 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Serbaguna, Menara PNM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat PNM iaitu YBhg. Datuk Saraya binti Arbi dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia serta Ahli Lembaga Penasihat lantikan sesi 2025 โ€“ 2028.

Mesyuarat telah membentangkan dua (2) kertas makluman iaitu Transformasi Digital PNM, Projek Kajian Pengesanan dan Pemetaan Bahan Bersejarah berkaitan Melaka di Sepanyol, Portugal dan Belanda 2025 serta Projek Pengesanan, Pendokumentasian dan Perolehan Manuskrip Melayu di Belanda dan Rusia 2026. Turut dibentangkan tiga (3) laporan iaitu Status Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Menaik Taraf (PPUN) Premis Perpaduan PNM 2026, Status Pemutihan Tanah Perpustakaan Desa dan Status Indeks Membaca Kebangsaan.

Selain itu, Mesyuarat Lembaga Penasihat PNM Bil. 1/2026 memberi ruang kepada Ahli Lembaga Penasihat untuk berkongsi idea dan pandangan bagi hala tuju, pembangunan infrastruktur serta perancangan strategik bagi pembangunan serta kemajuan PNM selari dengan trend semasa dan kekal relevan.

Ahli Lembaga Penasihat juga telah dibawa melawat Pusat Pembelajaran Imersif Perpustakaan Negara Malaysia di Bangunan Anjung Bestari, PNM untuk merasai sendiri pengalaman imersif yang merupakan salah satu perkhidmatan baharu yang disediakan oleh PNM.





22/06/2026
Photos from Aaron Ago Dagang's post 22/06/2026
Photos from Perpustakaan Negara Malaysia's post 22/06/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐‹๐ข๐›๐š๐ญ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐‘๐ž๐ ๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐š๐œ๐ญ ๐€๐ง๐š๐ฅ๐ฒ๐ฌ๐ข๐ฌ (๐‘๐ˆ๐€)

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2026 โ€“ Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Peringkat Kajian Regulatory Impact Analysis (RIA) bagi Semakan Semula Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) dan Perintah Penyerahan Bahan Perpustakaan (Pindaan Jadual 1) 2021 [P.U. (A) 378] yang berlangsung pada 15 hingga 16 Jun 2026 di Akademi Perundangan Negara (APN), Bandar Baru Bangi.

Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai PNM. Program ini dikendalikan dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) sebagai agensi peneraju dalam pelaksanaan amalan Good Regulatory Practice (GRP) di Malaysia.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan asas berkaitan proses RIA, mengenal pasti isu dan cabaran semasa berkaitan pelaksanaan Akta 331 serta mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas awal daripada pihak berkepentingan bagi menyokong usaha semakan semula perundangan tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada prinsip-prinsip GRP, pelaksanaan RIA, penyediaan Regulatory Impact Statement (RIS) serta kepentingan konsultasi awam dalam proses pembangunan dan penambahbaikan dasar serta peraturan kerajaan. Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada analisis impak cadangan pindaan akta, pengenalpastian isu pelaksanaan, serta strategi bagi memastikan sistem penyerahan bahan perpustakaan negara terus relevan dan responsif terhadap perkembangan teknologi serta landskap penerbitan digital.

Input dan maklum balas yang diperoleh sepanjang bengkel ini akan dijadikan asas bagi menyokong cadangan semakan semula Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331), selaras dengan usaha memperkukuh pemeliharaan dan pendokumentasian khazanah ilmu negara untuk manfaat generasi masa kini dan akan datang.





22/06/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐๐๐Œ)

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf ruang perkhidmatan sedang dijalankan di kawasan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia bagi meningkatkan keselesaan pengguna pada masa akan datang.

Sepanjang tempoh kerja berlangsung, pengguna mungkin mengalami gangguan bunyi bising dan keadaan berdebu. Pengguna disarankan memakai pelitup muka dan ear plug semasa berada di kawasan perpustakaan. Pengguna yang mempunyai masalah kesihatan digalakkan menggunakan ruang perkhidmatan di Aras 6โ€“9, Menara PNM sehingga kerja-kerja selesai.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan pemahaman semua pengguna amat dihargai.

Terima kasih.





21/06/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’‘๐’‚ ๐Ÿ‘จ๐Ÿซถ

Bapa adalah wira di hati kita.
Tidak banyak bicara, tetapi penuh kasih.
Tidak selalu meminta dihargai, tetapi sentiasa memberi.

Sempena Hari Bapa, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bapa atas segala pengorbanan, usaha dan cinta yang dicurahkan tanpa syarat. Semoga setiap langkah bapa sentiasa diberkati dan setiap penat lelah dibalas dengan kebahagiaan yang indah.

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Perpustakaan Negara Malaysia

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


232 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50572

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00