Agihan daging qurban oleh Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) di Gaza diteruskan, membawa manfaat kepada lebih ramai keluarga yang memerlukan.
Di sebalik cabaran yang dihadapi, sumbangan para penyumbang terus menjadi sumber harapan dan kegembiraan buat mereka yang menerima.
Terima kasih atas sokongan berterusan dalam menjayakan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap kebaikan yang dihulurkan menjadi amal yang diterima dan diberkati.
Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR
'Humanity Beyond Boundaries'
Alhamdulillah, agihan lori air bersih ke-8 telah berjaya dilaksanakan di Gaza.
Setiap penghantaran membawa bekalan yang amat diperlukan oleh penduduk yang berdepan krisis kekurangan air bersih. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas komitmen berterusan dalam membantu rakyat Gaza.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebersamaan buat anda sekeluarga.
Ikhlas daripada Malaysian Humanitarian Aid & Relief.
31/05/2026
Seluruh warga kerja dan sukarelawan MAHAR mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dipanjangkan umur, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT untuk terus menaungi rakyat dengan adil dan bijaksana.
"Demi Negara, Demi Rakyat, Demi Kemanusiaan."
Moga Malaysia terus aman, makmur, dan sejahtera di bawah naungan Tuanku.
30/05/2026
Agihan Daging Qurban di Somalia
Alhamdulillah, daging qurban telah berjaya diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Somalia.
Di sebalik setiap agihan, terselit kegembiraan dan harapan buat mereka yang jarang berpeluang menikmati hidangan daging. Terima kasih kepada para penyumbang yang telah berkongsi rezeki dan kebahagiaan Aidiladha bersama saudara-saudara kita di Somalia.
Semoga setiap pengorbanan ini diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat semua.
30/05/2026
Agihan Daging Qurban di Thailand
Alhamdulillah, amanah qurban para penyumbang telah berjaya disampaikan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Thailand.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Semoga setiap pengorbanan dan sumbangan ini diterima Allah SWT serta membawa manfaat kepada mereka yang menerima.
30/05/2026
Agihan Daging Qurban di Bangladesh
Alhamdulillah, ibadah qurban yang diamanahkan oleh para penyumbang telah berjaya dilaksanakan dan daging qurban telah diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Bangladesh.
Bagi sebahagian penerima, peluang menikmati daging adalah sesuatu yang jarang diperoleh. Kehadiran qurban pada Aidiladha ini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan makanan, malah membawa kegembiraan dan meringankan beban kehidupan mereka.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong usaha Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dalam menyampaikan amanah qurban kepada mereka yang memerlukan.
Semoga setiap ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat semua.
IbadahQurban
30/05/2026
Agihan Daging Qurban di Sudan.
Alhamdulillah, ibadah qurban para penyumbang berjaya dilaksanakan dan daging qurban telah diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Somalia.
Bagi ramai penerima, hidangan daging seperti ini adalah sesuatu yang jarang dinikmati. Kehadiran qurban bukan sekadar memenuhi keperluan makanan, tetapi turut membawa kegembiraan, harapan dan rasa kebersamaan pada hari yang penuh keberkatan ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah mengamanahkan ibadah qurban anda bersama Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR).
Semoga setiap titisan pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan diterima Allah SWT.
IbadahQurban
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
MAHAR Humanitarian Centre, 18, Jalan 45A/26, Sri Rampai
Kuala Lumpur
53300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
