Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Share

JPJ WPKL Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937.

Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu. Sebelum

Photos from Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia's post 15/06/2026
15/06/2026

LETIH? JANGAN MEMANDU!

Memandu ketika letih meningkatkan risiko kemalangan maut 4 kali ganda, terutamanya antara jam 10 malam hingga subuh. Jangan abaikan tanda‑tanda awal keletihan seperti mengantuk, mata penat, kurang tumpuan, atau tindak balas perlahan.

✅ Tip elak keletihan:
Berhenti rehat setiap dua jam
Tidur seketika selama 20 minit
Minum air secukupnya
Tukar pemandu jika penat

Utamakan keselamatan nyawa lebih penting daripada sampai cepat.








15/06/2026

UTAMAKAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Jalan raya adalah hak bersama, keselamatan tanggungjawab kita. Amalkan 4 sikap berhemah ini:
🚶‍♂️ 1. Beri Laluan – Utamakan pejalan kaki di lintasan belang.
🚴‍♂️ 2. Kongsi Jalan – Jaga jarak selamat dengan penunggang basikal & motosikal.
♿ 3. Prihatin OKU – Bersabar dan beri ruang untuk golongan kurang upaya.
🚦 4. Patuhi Undang-undang – Ikut isyarat lampu dan had laju.
Sikap bertolak ansur menjamin keselamatan semua.







Photos from Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 13/06/2026

RERUAI JPJ WPKL MERIAHKAN KARNIVAL EDUFEST SMK SERI SELAYANG TAHUN 2026

📍 SMK Seri Selayang
🗓️ Sabtu | 13 Jun 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan WPKL melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) telah membuka reruai Pameran dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan perkhidmatan kaunter bergerak JPJ Mobile sempena Karnival Edufest SMeKSeS Tahun 2026.

✨ Antara tarikan di reruai JPJ:
✅ Kaunter JPJ e-ID & pertanyaan urus niaga
✅ Advokasi keselamatan jalan raya
✅ Kuiz interaktif undang-undang trafik
✅ Nasihat penunggangan motosikal selamat – fokus kepada pelajar & belia

Antara Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile :
• Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
• Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
• Pendaftaran mySIKAP & MyJPJ

🎯 JPJ terus komited mendidik pengguna jalan raya ke arah “Malaysia Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya” serta sasaran pengurangan 50% kadar kematian menjelang 2030.








Photos from Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 12/06/2026

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA DAN PEMANDUAN BERHEMAH

📍 Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur
📅 12 Jun 2026 (Jumaat)

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) telah menyampaikan Ceramah Keselamatan Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah anjuran 93 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (93 Bn KPD) yang berlangsung di Dewan Khidmat, Kem Batu Kentonmen.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta memupuk kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota tentera mengenai aspek keselamatan jalan raya. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya dalam setiap situasi pemanduan bagi mewujudkan budaya pemanduan yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Bagi menambah elemen interaktif, sesi turut diserikan dengan Kuiz Kahoot Keselamatan Jalan Raya yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap peraturan serta amalan pemanduan selamat. Para peserta yang berjaya menjawab soalan dengan cemerlang telah menerima hadiah saguhati sebagai penghargaan atas penyertaan mereka.

Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai visi “Malaysia Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya dan Penurunan 50% Jumlah Kematian Akibat Nahas Jalan Raya Menjelang Tahun 2030”.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Sajiyaahrao a/l Vengatusan dan disertai oleh kira-kira 100 orang anggota dan pegawai. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen tinggi pihak tentera dalam menyokong agenda keselamatan jalan raya demi kesejahteraan masyarakat dan negara.








12/06/2026

PAKAI TOPI KELEDAR – TAK KIRA JARAK DEKAT ATAU JAUH

Kemalangan boleh berlaku bila‑bila masa, walaupun hanya beberapa minit dari rumah. Topi keledar bukan sekadar aksesori ia pelindung nyawa anda.
✅ Pakai dengan betul – pastikan saiz sesuai dengan kepala.
✅ Ikat tali dengan kemas – tali longgar boleh sebabkan kecederaan serius.
✅ Gunakan topi keledar berkualiti – pilih yang mempunyai pensijilan SIRIM.

🚫 Jangan beri peluang kepada kemalangan. Lindungi diri, sayangi nyawa.

Dekat atau jauh, keselamatan tetap nombor satu.








12/06/2026

AMALKAN PEMANDUAN BERHEMAH (DEFENSIVE DRIVING)

Sentiasa peka terhadap persekitaran dan jangka tindakan pemandu lain di jalan raya.
✅ Patuh lampu isyarat dan tanda amaran.
✅ Kekalkan jarak selamat sekurang-kurangnya 2 saat.
✅ Elakkan provokasi dan jangan memotong secara mengejut.
✅ Periksa cermin secara berkala dan pandu dengan tenang.

Ingat bersabar di jalan raya








12/06/2026

PATUH HAD LAJU DI KAWASAN SEKOLAH

Keselamatan murid adalah tanggungjawab kita bersama. Sentiasa pandu mengikut had laju 30 km/j di zon sekolah dan berhati‑hati ketika melintas.

✅ Jaga jarak selamat
✅ Utamakan nyawa, bukan kelajuan

Ingatlah satu saat cuai boleh meragut nyawa.








11/06/2026

6 TIP KESELAMATAN UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL

Keselamatan di jalan raya bermula dengan sikap berhemah dan kepekaan terhadap persekitaran. Amalkan enam langkah mudah ini setiap kali menunggang:

✅ Rancang perjalanan – pastikan laluan dan keadaan cuaca sesuai.
✅ Ikut had laju – elak memandu laju melebihi had ditetapkan.
✅ Jaga jarak selamat – jangan mengekori kenderaan terlalu rapat.
✅ Patuh garis panduan semasa memotong – pastikan ruang mencukupi dan pandangan jelas.
✅ Jangan guna lorong kecemasan – hormati pengguna jalan lain.
✅ Elak mencelah di antara kenderaan – tindakan berisiko tinggi yang boleh mengundang kemalangan.

Utamakan keselamatan, patuhi undang‑undang, dan pandu cermat sampai selamat.








Photos from Briged Ke-11 Infantri Malaysia's post 11/06/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 14264 Jalan Genting Kelang, Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 16:30