15/06/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ -๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐ฌ๐ฃ๐ @๐๐๐๐ช ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐จ๐๐๐ฅ) ๐ฃ๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก
PEKAN, 15 Jun 2026 โ Mesyuarat Penyelarasan bagi program-program pendidikan dan bantuan bagi Wilayah Bubar telah diadakan diantara Pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM bersma Bahagian Bantuan Pendidikan YPM telah diadakan di Bilik Gerakan PPD Pekan.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang pelaksanaan Program Tuisyen Pintar YPM, Program Teknik Menjawab Soalan, Program Celik Al-Quran dan Program Bantuan Persekolahan di PPD Pekan. Pihak KKDW telah menurunkan sejumlah peruntukan khas kepada 6 dalam daerah bubar iaitu Maran, Bera, Rompin, Temerloh, Jerantut dan Pekan untuk program pendidikan dan bantuan persekolahan di bawah kendalian YPM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Azizi Mohd Nor Timbalan Pegawai PPD Pekan Sektor Pebelajaran. Turut hadir bersama Encik Rejal Bin Jamaluddin, Eksekutif Kanan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM, Encik Mohd Syah Rizal Bin Ahmad Eksekutif Bahagian Bantuan Pendidikan YPM, Encik Mohd Hafiz Ab Rahman Pegawai Hal Ehwal Murid PPD Pekan dan pegawai penyelaras program YPM PPD Pekan.
Semoga program yang dirancang berjalan dengan lancar.
15/06/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ -๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐ฌ๐ฃ๐ @๐๐๐๐ช ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐จ๐๐๐ฅ) ๐ฃ๐ฃ๐ ๐ฅ๐ข๐ ๐ฃ๐๐ก
ROMPIN, 15 Jun 2026 โ Mesyuarat Penyelarasan bagi program-program pendidikan dan bantuan bagi Wilayah Bubar telah diadakan diantara Pejabat Pendidikan Daerah Rompin dan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM bersma Bahagian Bantuan Pendidikan YPM telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Rompin.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang pelaksanaan Program Tuisyen Pintar YPM, Program Teknik Menjawab Soalan, Program Celik Al-Quran dan Program Bantuan Persekolahan di PPD Rompin. Pihak KKDW telah menurunkan sejumlah peruntukan khas kepada 6 dalam daerah Bubar iaitu Maran, Bera, Rompin, Temerloh, Jerantut dan Pekan untuk program pendidikan dan bantuan persekolahan di bawah kendalian YPM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik
Shahrul Lizan, Penolong Pegawai PPD Rompin Sektor Pembelajaran. Turut hadir bersama Encik Rejal bin Jamaluddin, Eksekutif Kanan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM, Encik Mohd Syah Rizal bin Ahmad Eksekutif Bahagian Bantuan Pendidikan YPM dan pegawai penyelaras program.
Semoga program yang dirancang berjalan dengan lancar.
15/06/2026
๐ฌ๐ฃ๐ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐ข๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ ๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก (๐ฆ๐๐๐ฃ) ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐จ๐ก๐๐ฆ๐ญ๐
KUALA NERUS, 15 Jun 2026 - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) meneruskan usaha murni bantuan pendidikan dengan menyumbang sebuah komputer riba kepada pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak.
Penyerahan ringkas tersebut dilaksanakan oleh Encik Mohd Zulfa bin Awang, Penolong Pendaftar Kanan Unit Latihan & Kepimpinan Pelajar UniSZA kampus Gong Badak dan disaksikan oleh Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Terengganu di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UniSZA kampus Gong Badak.
Penerima sumbangan, Nurain Soleha Hajar binti Mohd Sabri merupakan pelajar tahun pertama jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi (Kepujian).
Diharap dengan sumbangan ini mampu menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan pengajian dan meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dan sahsiah demi masa depan.
15/06/2026
๐ฌ๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐จ๐ฅ๐ก๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐ฆ๐ก๐๐/๐๐ฐ๐ฌ ๐๐ ๐ฆ๐ ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐
KUALA TERENGGANU, 15 Jun 2026 - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) meneruskan lagi usaha murni sumbangan Bantuan Persekolahan Asnaf/B40 bagi pelajar di SMK Seri Nilam.
Sumbangan bantuan disempurnakan oleh YBrs. Encik Armi Irzan bin Mohd, Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa Komuniti & Swasta (PIBKS) Daerah Kuala Terengganu.
Bantuan berjumlah RM100 diagihkan kepada seramai 50 orang pelajar di sekolah berkenaan.
Matlamat utama bantuan adalah untuk meringankan sedikit sebanyak beban kewangan bagi pelajar meneruskan sesi persekolahan mereka.
Semoga dengan bantuan ini dapat menyuntik semangat para pelajar meneruskan pembelajaran mereka untuk ke arah yang lebih baik.
15/06/2026
๐ฆ๐จ๐ก๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐
KOTA BHARU, 15 Jun 2026 โ Kecaknaan berterusan Yayasan Pelajaran MARA dalam memperkasakan akses pendidikan terus dizahirkan menerusi penyaluran bantuan komputer riba kepada tiga pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu, di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP). Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha YPM dalam memastikan pelajar yang memerlukan mendapat kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif serta mampu mengikuti perkembangan pendidikan digital yang semakin mencabar dan kompetitif.
Majlis penyerahan bantuan SDEP YPM ini telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, Ahli Majlis MARA sebagai simbol keprihatinan terhadap keperluan pendidikan generasi muda, khususnya dalam membantu meringankan beban keluarga serta membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.Turut bersama ialah Tuan Haji Yahya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,MARA Coorporation; Tuan Haji Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM; Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1, Bahagian Dana Awam & Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM dan Encik Nor Yuslan Syah bin Mohd Junus, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kelantan.
Semoga bantuan yang disalurkan ini menjadi pemudah cara kepada para pelajar untuk terus cemerlang, mengejar cita-cita dan mengubah masa depan keluarga melalui kecemerlangan pendidikan.
14/06/2026
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฌ๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฅ
GUA MUSANG, 14 Jun 2026 - Yayasan Pelajaran MARA YPM melaksanakan kunjungan hormat di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR.
Kunjungan hormat YPM yang diketuai oleh Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Dana Awam Dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan, bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik YPM bersama KESEDAR khasnya usaha memperkasa Agenda Nasional demi pembangunan pendidikan Rakyat Bumiputera Kelantan.
Perbincangan dipengerusikan oleh Tuan Haji W Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR. Beliau menyambut baik kehadiran YPM dan menzahirkan kesudian minat menaja beberapa pengisian pendidikan yang diselaraskan oleh YPM tahun ini iaitu โFast Trackโ SPM, Tuisyen Pintar, dan Skim Anak Angkat.
Turut bersama sesi, Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KESEDAR dan PPPN Kelantan YPM. YPM merakamkan jutaan penghargaan KESEDAR atas kesudian menerima kunjungan dan berharap jalinan ini dapat diteruskan dan berpanjangan.
14/06/2026
๐๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐จ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฅ ๐ฌ๐ฃ๐ @๐๐๐๐ช ๐๐ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ฅ๐จ
PASIR GUDANG, 14 Jun 2026 - Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW MRSM Johor Bahru melibatkan 100 orang murid Tingkatan 5 dari 10 buah Sekolah Menengah Harian di sekitar Daerah Pasir Gudang.
Sesi perasmian telah disempurnakan oleh wakil rasmi penaja, YBhg. Cik Noraishah Radzi, Senior Vice Manager, GAS Malaysia Berhad diiringi oleh YBrs Encik Zainal Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Kerjasama Korporat & Industri, Jabatan Pembangunan Dana, Yayasan Pelajaran MARA.
Pada majlis tersebut turut disampaikan Insentif Kecemerlangan SPM kepada dua orang penerima lepasan SPM 2025 yang juga merupakan Anak Angkat YPM tajaan Yayasan Khazanah Nasional, yang telah memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2025 yang telah diumumkan.
Turut hadir, YBrs. Puan Ain, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Puan Annies Yus Umaimah binti Yusuf, Pengetua MRSM Johor Bahru, Puan Sabrina binti Ahmad, Eksekutif Kanan, Bahagian Kerjasama Korporat & Industri, Yayasan Pelajaran MARA, Encik Mohamad Fakhrur Radhi bin Abd Karim dan Encik Rahmat Hakimi bin Salim, Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Johor, guru-guru penyelaras sekolah terlibat, tenaga pengajar dan para peserta program.
Semoga impak daripada pelaksanaan program ini memberikan sinar kecemerlangan dan inspirasi buat peserta yang sedang menempuhi peperiksaan SPM untuk terus berjaya pada masa hadapan.
14/06/2026
๐ญ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐ฆ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ฅ
KUALA KANGSAR, 13 Jun 2026 โ Seramai 100 orang pelajar cemerlang SPM 2025 dari Parlimen Kuala Kangsar telah menerima Sumbangan Insentif Kecemerlangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
Pemberian insentif tersebut merupakan penghargaan atas kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025.
Majlis penyampaian insentif telah disempurnakan oleh Datuk Maslin Sham bin Razman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA. Turut hadir ialah Encik Abdul Shukor bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Bantuan Pendidikan YPM.
Dalam majlis yang sama, Datuk Maslin Sham turut menyampaikan sumbangan Skim Dana Ehsan Pendidikan YPM berupa sebuah komputer riba kepada seorang penerima bantuan.
Semoga pemberian insentif ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan akademik, memperkukuh sahsiah diri serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
13/06/2026
๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐ง๐ฃ๐ง๐ก ๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐ญ๐๐ก๐๐ ๐๐ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ง
BATU PAHAT, 13 Jun 2026 - Telah berlangsungnya sesi Pemantauan dan Lawatan YPM bersama pihak penaja bagi menyantuni 7 orang penerima Skim Anak Angkat YPM tajaan PTPTN dan Yayasan Khazanah di MRSM Batu Pahat, hari ini.
Sesi Pemantauan dan Lawatan Anak Angkat YPM tajaan PTPTN dan Yayasan Khazanah ini telah diisi dengan penyampaian amanat dan kata-kata semangat oleh wakil PTPTN, YBrs. Puan Zaharatulnora binti Md Jamil, Pengurus Cawangan, Pejabat PTPTN Batu Pahat dan Tuan Haji Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, di samping beramah mesra secara dua hala bersama Anak-Anak Angkat YPM yang terlibat.
Hadir sama, Puan Norhuda binti Saimin, Timbalan Pengetua Kecemerlangan MRSM Batu Pahat; Puan Sabrina binti Ahmad, Eksekutif Kanan, Bahagian Kerjasama Korporat & Industri, YPM; Encik Shahrul, Penyelaras Program Tuisyen Pintar YPM MRSM Batu Pahat; Puan Norfaezah binti Roslan, Bahagian Kerjasama Korporat & Industri, YPM; Encik Mohamad Fakhrur Radhi bin Abd Karim dan Encik Rahmat Hakimi bin Salim, Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Johor, YPM.
Secara keseluruhannya, sesi pemantauan dan lawatan yang telah dijalankan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan bagi memastikan kebajikan, pembangunan dan kecemerlangan pelajar penerima manfaat YPM sentiasa terjaga.
13/06/2026
๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐ข๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐จ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฅ ๐ฌ๐ฃ๐ ๐๐ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ง
BATU PAHAT, 13 Jun 2026 - YPM telah meneruskan agenda Pembangunan Pendidikan melalui Pemantauan Program Tuisyen YPM tajaan RHB Islamic Bank Berhad di MRSM Batu Pahat, hari ini.
Pemantauan Program Tuisyen Pintar YPM bagi kelas minggu ketiga itu telah berlangsung dengan terancang dan sistematik di mana pihak penaja berpeluang melihat sendiri suasana pembelajaran tuisyen secara langsung di dalam kelas. Para pelajar turut berpeluang mendengar amanat dan perkongsian daripada wakil rasmi penaja, YBrs. Encik Mohd Nazri bin Hasan, Regional Sales Head (Asset) Group Retail Distribution, RHB Bank Berhad dan Tuan Haji Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM.
Hadir sama, Puan Norhuda binti Saimin, Timbalan Pengetua Kecemerlangan MRSM Batu Pahat; Puan Sabrina binti Ahmad, Eksekutif Kanan, Bahagian Kerjasama Korporat & Industri, YPM; Encik Shahrul Niza bin Md Zainudin, Penyelaras Program Tuisyen Pintar YPM MRSM Batu Pahat; Puan Norfaezah binti Roslan, Bahagian Kerjasama Korporat & Industri, YPM; Encik Mohamad Fakhrur Radhi bin Abd Karim dan Encik Rahmat Hakimi bin Salim, Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Johor, YPM.
Secara keseluruhannya, sesi pemantauan dan lawatan yang telah dijalankan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan impak positif kepada para pelajar.
Diharapkan program-program seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan, pembangunan dan kecemerlangan pelajar sentiasa mendapat perhatian daripada semua pihak yang berkepentingan.