The Malaysia Competition Commission

The Malaysia Competition Commission

Share

The Malaysia Competition Commission is established under the Competition Commission Act 2010 to enforce the Competition Act 2010.

Its main role is to protect the competitive process for the benefit of businesses, consumers and the economy. Commission's Main Functions

The Competition Commission Act 2010 empowers the Malaysia Competition Commission (MyCC) to carry out functions such as implement and enforce the provisions of the Competition Act 2010, issue guidelines in relation to the implementation and enforcement of the co

Photos from The Malaysia Competition Commission's post 12/06/2026

🌴✨ Bah, MyCC turun ke Sabah!

Mesej telah dibawa ke Sabah menerusi Kursus Pengurusan Perolehan Tahun 2026 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh kesedaran mengenai undang-undang persaingan serta kepentingan amalan perolehan yang adil, telus dan berdaya saing.

Encik Mohd Naqib Ajmal Jamaludin, Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Korporat (CSD), MyCC, telah berkongsi pandangan mengenai isu tipuan bida dan tingkah laku anti-persaingan dalam perolehan serta peranan semua pihak dalam memastikan ekosistem perolehan yang lebih telus dan kompetitif.

📅 10 Jun 2026
⏰ 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 The Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

MyCC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), selaku penganjur serta para peserta dan semua pihak yang terlibat atas sokongan padu dan penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung.

Penglibatan anda telah menjadikan sesi ini lebih berimpak dan bermakna.

Bersama-sama, kita terus memupuk budaya persaingan yang sihat ke arah ekosistem perolehan yang lebih mampan dan berdaya saing 🤝✨.

Photos from The Malaysia Competition Commission's post 12/06/2026

MyCC telah berpeluang menyertai Taklimat Berkaitan Perolehan yang dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Mewakili MyCC, Encik Zairan Ishak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, telah berkongsi pandangan mengenai pematuhan persaingan, amalan perolehan yang sihat serta kepentingan mencegah perlakuan anti-persaingan dalam perolehan kerajaan. ⚖️📊

Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MyCC dalam meningkatkan kesedaran dan memperkukuh budaya persaingan yang sihat ke arah ekosistem perolehan yang lebih telus dan kompetitif. 🤝✨

📅 8 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Auditorium JWP, Aras 1, Blok 1, Menara Seri Wilayah

Photos from Armizan Mohd Ali's post 11/06/2026
10/06/2026

🎙️ Antitrust Atlas Episod 3 kini bersiaran!

Ikuti perbincangan bersama Datuk Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, yang ditemu bual oleh Dr. Amber Darr menerusi topik "MyCC at 15: Shaping Healthy Competition in Malaysia."

Episod ini mengimbas perjalanan MyCC sepanjang 15 tahun dalam memperkukuh persaingan sihat serta memupuk pasaran yang sihat dan dinamik di Malaysia 🇲🇾.

🎥 Tonton sekarang di YouTube :
https://youtu.be/vzeiHwv3bQU?si=xZ4ffQqOXINLFWiP

Photos from KPDN Laman Rasmi's post 09/06/2026
31/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Gawai kepada semua yang meraikannya 🌾✨!

Semoga sambutan ini dipenuhi dengan kegembiraan, kesyukuran dan semangat kebersamaan yang terus mengeratkan hubungan dalam masyarakat 💛.

Semoga tradisi dan warisan budaya terus dipelihara serta diraikan dengan penuh kebanggaan 🎉.

Selamat Pesta Gawai!

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU 👑🇲🇾

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 (15 Zulhijjah 1447H).

Semoga Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus memayungi negara dengan kebijaksanaan dan keberkahan.

Sembah takzim daripada seluruh warga MyCC.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Level 15, Menara SSM @Sentral, 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur
50623

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30