14/05/2026
AWAN Nasional
Laman Rasmi Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN), Parti Amanah Negara
Amanah โข Progresif โข Peduli
14/05/2026
12/05/2026
Jangan heret nama sahabat Nabi untuk retorik politik - Wanita AMANAH - Harapan Daily Wanita AMANAH mengingatkan mana-mana pihak termasuk pemimpin politik dan agamawan supaya tidak menggunakan naratif sensasi berkaitan para sahabat Rasulullah SAW sehingga boleh mencetuskan salah faham terhadap Islam. Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah Al Jundi berkata pihaknya memandang serius penyeb...
12/05/2026
Selamat Hari Jururawat 2026 ๐ท
Di sebalik setiap wad yang sibuk,
setiap malam yang panjang tanpa tidur,
dan setiap air mata pesakit yang gugurโฆ
ada insan bernama jururawat
yang memilih untuk terus kuat demi orang lain.
Mereka bukan sekadar petugas kesihatan.
Mereka adalah tangan yang menenangkan,
suara yang memberi harapan,
dan hati yang terus sabar walaupun penat tidak pernah hilang.
AWAN Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jururawat di Malaysia yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.
Terima kasih kerana terus berkhidmat dengan penuh ihsan, kasih sayang dan pengorbanan.
Ketika ramai berehat, kalian masih berdiri menjaga nyawa.
Ketika ramai mengalah, kalian terus bertahan demi manusia lain.
Semoga setiap langkah kalian dipermudahkan,
setiap lelah menjadi pahala,
dan setiap pengorbanan sentiasa dihargai rakyat serta negara.
โจ โJururawat bukan sekadar profesion, tetapi jiwa kemanusiaan yang hidup untuk membantu insan lain.โ
Selamat Hari Jururawat 2026
Daripada
AWAN Nasional ๐
12/05/2026
Hari Bertemu YB Taman Templer
11/05/2026
WANITA AMANAH : T20 BANDAR TIDAK SEMESTINYA โKAYAโ
Angkatan Wanita Amanah Negara (Wanita Amanah) menghargai komitmen Kerajaan dalam melaksanakan reformasi subsidi petrol bagi memperkukuh kedudukan fiskal negara. Namun begitu, cadangan penarikan subsidi RON95 terhadap kategori T20 wajar diteliti semula agar selari dengan realiti kos sara hidup rakyat hari ini.
Berdasarkan Household Income Survey 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ambang T20 nasional adalah RM12,680. Namun di Selangor (RM16,040) dan Kuala Lumpur (RM17,030), angka tersebut tidak semestinya menggambarkan kemewahan mutlak. Sebaliknya, ia mencerminkan tekanan kos sara hidup bandar yang jauh lebih tinggi, khususnya melibatkan perumahan, makanan, pendidikan, penjagaan anak dan logistik harian.
Realitinya, ramai dalam kategori ini merupakan golongan kelas menengah bandar yang berpendapatan lebih tinggi di atas kertas, tetapi berdepan komitmen kewangan yang besar serta tekanan inflasi yang berterusan.
Sehubungan itu, Wanita Amanah berpandangan bahawa penentuan kelayakan subsidi perlu lebih persis dan tidak lagi bersandarkan kategori pendapatan kasar semata-mata. Penilaian tersebut wajar mengambil kira faktor-faktor berikut :
* Pendapatan Boleh Guna (Disposable Income) : Baki pendapatan sebenar selepas ditolak komitmen asas kehidupan.
* Profil Tanggungan : Bilangan ahli keluarga yang memerlukan sokongan pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
* Lokaliti Geografik : Jurang kos sara hidup yang ketara antara bandar dan luar bandar.
* Kestabilan Ekonomi Individu : Perlindungan kepada golongan profesional dan pekerja yang terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan ketika ketidaktentuan ekonomi.
Dalam masa yang sama, reformasi subsidi ini mesti disertakan dengan jaringan keselamatan mobiliti yang kukuh agar akses rakyat ke tempat kerja dan institusi pendidikan terus terjamin.
Antara langkah yang perlu diperkukuh ialah:
* Pengangkutan Awam yang Efisien : Memperluas inisiatif Demand Responsive Transit (DRT) di kawasan bandar berkepadatan tinggi bagi menyediakan alternatif mobiliti yang lebih fleksibel dan mampu milik.
* Pembelaan Komuniti Luar Bandar : Memastikan rakyat di kawasan luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada petrol untuk aktiviti ekonomi dan logistik harian tidak terpinggir daripada manfaat subsidi bersasar.
Wanita Amanah turut mengambil maklum pandangan pakar ekonomi yang mencadangkan agar rasionalisasi subsidi dimulakan secara lebih bersasar kepada kelompok pendapatan tertinggi (T1). Pendekatan ini dilihat lebih adil bagi melindungi kelas menengah bandar yang kini berdepan tekanan kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang semakin mencabar.
Wanita Amanah menghargai langkah berani Kerajaan dalam memastikan hasil negara diurus secara lebih cekap dan berintegriti. Namun, reformasi subsidi tidak boleh dilaksanakan secara pukul rata. Dasar yang adil ialah dasar yang memahami jurang kos sara hidup, tekanan ekonomi bandar, dan realiti sebenar rakyat yang bekerja keras tetapi masih terbeban dengan peningkatan kos kehidupan.
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Wanita Parti Amanah Negara/ Ketua Wanita Pakatan Harapan
11 Mei 2026
10/05/2026
Kini, Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Selangor 2026โ2030 telah berjaya diluluskan.
Satu khabar yang amat menggembirakan, hasil perbincangan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang lalu. Saya amat menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.
InsyaAllah, kita terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang benar-benar inklusif.
10/05/2026
Hari ini kita meraikan insan yang paling besar pengorbanannya dalam hidup manusia iaitu seorang ibu.
Wanita yang tidak pernah berhenti memberi, walau sering terluka. Yang tetap kuat, walau dirinya penat dan lelah. Yang mendidik dengan kasih sayang, membina keluarga dengan sabar, dan membentuk masyarakat dengan cinta serta nilai kemanusiaan.
Ibu bukan sekadar penjaga rumah tangga.
Ibu ialah pendidik pertama. Penyambung kasih.
Benteng akhlak dan nadi kekuatan sesebuah bangsa.
AWAN Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ibu di Malaysia, suri rumah, wanita bekerjaya, ibu tunggal, nenek, penjaga, serta semua wanita yang memikul amanah kehidupan dengan penuh kasih dan ketabahan.
Dalam dunia yang semakin mencabar, perjuangan seorang ibu tidak boleh dipandang ringan.
Kesihatan mental, keselamatan wanita, tekanan ekonomi, keseimbangan kerja dan keluarga. Semua ini perlu menjadi perhatian bersama. Membela wanita dan ibu bukan sekadar slogan, tetapi tanggungjawab masyarakat dan negara.
Semoga setiap ibu terus diberikan kekuatan, kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang yang tidak pernah putus. Semoga anak-anak membesar dengan rasa hormat, ihsan dan penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu.
Selamat Hari Ibu.
Terima kasih kerana menjadi cahaya dalam kehidupan.
Ikhlas daripada,
AWAN Nasional
Angkatan Wanita AMANAH Negara
07/05/2026
๐ง๐ฟ๐ฎ๐ด๐ฒ๐ฑ๐ถ ๐ฒ๐ญ ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป: ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ป๐ด๐ด๐ ๐บ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ป๐๐ฎ, ๐ต๐ฒ๐ป๐๐ถ ๐๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ป๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ ๐๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ
Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim membuat beberapa tuntutan dan cadangan untuk melindungi wanita termasuk sokongan kepada keluarga mangsa pada waktu ini.
https://harapandaily.com/2026/05/03/jangan-tunggu-mangsa-seterusnya-henti-segera-keganasan-terhadap-wanita/
๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐๐ฝ๐ฒ๐ธ ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฐ ๐ท๐ฎ๐บ
Cekap polis Kelantan jejak suspek dan tangkap.
https://harapandaily.com/2026/05/02/tragedi-61-tikaman-polis-kelantan-berjaya-tangkap-suspek-kurang-24-jam/
07/05/2026
Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasa wanita melalui penambahbaikan Undang-Undang Keluarga Islam ke arah Gender Outlook Forum (GOF) yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, di samping memperkukuh peranan agensi agama dalam menangani keganasan berasaskan Gender-Based Violence (GBV), termasuk isu femisid yang semakin membimbangkan.
Saya juga menyentuh keperluan memperkukuh sokongan kepada komuniti OKU, antaranya melalui Fiqh Autisme dalam pembangunan fatwa yang lebih responsif, serta cadangan penubuhan Jawatankuasa OKU Islam Kebangsaan sebagai platform yang lebih tersusun dan inklusif.
Saya amat menghargai inisiatif YB Menteri dalam melancarkan Fiqh Autisme, yang jelas mencerminkan komitmen beliau terhadap usaha memperkasa kefahaman serta pendekatan yang lebih inklusif kepada komuniti autisme.
Saya juga sangat terharu dan gembira apabila usaha yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor ini selari dengan perancangan di peringkat Kementerian dan YB Menteri turut menyambut baik cadangan untuk memperkukuh kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Insya-Allah, dengan usaha-usaha ini, diharap dapat membuka jalan kepada perubahan yang lebih besar. Mohon doa agar segala ikhtiar ini dipermudah dan memberi manfaat kepada seramai mungkin.
Kredit foto: Media YB Menteri
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Address
Wisma Amanah Negara, No. 73-1, Jalan Seri Utara OFF Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
68100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
