11/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
: ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐)
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Seramai 335 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan dalam Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang berlangsung penuh istiadat di sebuah pusat konvensyen terkemuka di sini hari ini.
Majlis berprestij itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datoโ Dr Zulkeffeli bin Mat Jusoh yang menyampaikan PJM sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa, pengorbanan serta khidmat bakti para veteran dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Penganugerahan PJM bukan sekadar simbol penghormatan, malah merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap sumbangan besar warga veteran ATM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan tanah air.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui Kementerian Pertahanan serta Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dalam memastikan kebajikan veteran terus terbela dan dihargai.
JHEV ATM akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan dan program penghargaan bagi memastikan setiap veteran serta waris mereka menikmati kesejahteraan hidup selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.
Penghargaan seperti PJM diharap menjadi pemangkin semangat kepada para veteran untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara walaupun selepas menamatkan perkhidmatan dalam ATM.
Inisiatif ini selaras dengan agenda Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memperkasa kesejahteraan dan kebajikan warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan kepentingan golongan berkenaan serta keluarga mereka terus terpelihara tanpa ada yang tercicir atau terpinggir.
MINDEF sentiasa komited dan prihatin terhadap kebajikan serta hal ehwal berkaitan veteran ATM sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.
Malah, aspek kesejahteraan veteran ATM turut menjadi antara teras utama dalam Agenda Kesejahteraan Veteran menerusi Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026โ2030. Usaha ini diperkukuh lagi melalui inisiatif Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM sebagaimana digariskan dalam Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan yang merangkumi lapan fokus utama kementerian, dengan Fokus Ketujuh; Terus Memperkasa Kesejahteraan Veteran ATM Sebagai Penghargaan Jasa dan Pengorbanan Sepanjang Perkhidmatan Mereka.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Datoโ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM; Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki; Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Razak bin Haron; YDP Persatuan Veteran TLDM Cawangan Sabah (PVTLDMCS), Datoโ Amir Abdullah bin Abdul Makbul; Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail; dan Timbalan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohd Riduan bin Mohd Basheer.
10/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus komited dalam menjaga kebajikan komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penyerahan bantuan komputer riba kepada anak veteran serta sumbangan zakat kepada balu veteran dalam satu majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, hari ini.
Seramai lapan anak veteran ATM menerima bantuan komputer riba bagi menyokong keperluan pembelajaran mereka di institusi pengajian tinggi, manakala sembilan balu veteran ATM di negeri ini menerima sumbangan zakat yang disalurkan melalui Yayasan Veteran ATM Cawangan Negeri Sabah.
Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, berkata bantuan yang disalurkan merupakan usaha berterusan jabatan dalam memastikan kebajikan veteran ATM dan keluarga mereka sentiasa terbela, khususnya dalam aspek pendidikan dan kesejahteraan hidup.
Beliau berkata pihaknya komited untuk terus memperluas inisiatif kebajikan yang memberi impak langsung kepada komuniti veteran, termasuk bantuan pendidikan kepada tanggungan veteran serta sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
โDiharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para penerima serta membantu meringankan beban kewangan keluarga, di samping menyokong kecemerlangan akademik anak-anak veteran ATM,โ katanya.
Program berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dan Yayasan Veteran ATM dalam memperkasakan kebajikan veteran, balu dan tanggungan mereka selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti veteran ATM di seluruh negara.
Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran En Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATMLt Kol Azwadi bin Jamian dan Pengarah Negeri Sabah Mej Ismail bin Merah
09/06/2026
๐ข JOM SERTAI HARI BERSAMA PELANGGAN (HBP) MINDEF SECARA MAYA!
Ada pertanyaan berkaitan perkhidmatan MINDEF, kebajikan veteran, pembiayaan perumahan, koperasi, persaraan atau urusan berkaitan ATM? Kini lebih mudah, cepat dan terus dari hujung jari anda!
๐ 11 Jun 2026 (Khamis)
โฐ 10.00 pagi โ 4.00 petang
๐ Secara Maya melalui Portal e-Pelanggan MINDEF:
๐ https://epelanggan.mod.gov.my/
Pelbagai agensi dan jabatan di bawah MINDEF akan bersedia untuk membantu anda mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan panduan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan, antaranya:
โ
Semakan gaji dan elaun
โ
Urusan persaraan anggota ATM
โ
Kebajikan dan kerjaya veteran
โ
Perkhidmatan pencarum LTAT
โ
Khidmat nasihat pembiayaan LPPSA
โ
Pertanyaan produk dan perkhidmatan Koperasi Tentera
โ
Semakan maklumat berkaitan veteran ATM
โ
Dan banyak lagi!
๐ฌ Perkhidmatan Pantas | Komunikasi Berkesan | Akses Mudah | Maklumat Tepat
๐ฒ Imbas kod QR pada poster atau terus layari Portal e-Pelanggan MINDEF melalui pautan di atas untuk menyertai program ini.
Jangan lepaskan peluang untuk berhubung terus dengan agensi berkaitan dan mendapatkan maklumat yang anda perlukan tanpa perlu hadir secara fizikal.
09/06/2026
๐๐ฒ ๐๐๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐ฉ๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ญ๐ซ๐ข๐จ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐.
Penyatuan masyarakat daripada pelbagai latar belakang melalui penganjuran larian amal My Warrior Run 2026 dilihat berjaya. Penyertaan dalam acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi keamanan dan kesejahteraan tanah air.
Kempen tabung pahlawan yang dilaksanakan memberikan peluang kepada masyarakat untuk menyumbang secara langsung kepada kebajikan veteran ATM dan keluarga mereka. Inisiatif ini turut berperanan meningkatkan kesedaran awam mengenai pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.
JHEV ATM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong Kempen Tabung Pahlawan. Setiap sumbangan yang diberikan merupakan pelaburan bermakna dalam membangunkan Malaysia yang gemilang.
Pautan hebahan media
https://share.google/JjEZUnzo1GNACkGta
https://share.google/Hc2uf7SC4TPMJtGoa
https://share.google/JgAhXsifTMJJh3Lgp
1Rakyat 1Ringgit Demi Pahlawanku.
09/06/2026
๐๐ฒ ๐๐๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ๐ฌ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐ฉ๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ญ๐ซ๐ข๐จ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐.
Penyatuan masyarakat daripada pelbagai latar belakang melalui penganjuran larian amal My Warriors Run 2026 dilihat berjaya. Penyertaan dalam acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi keamanan dan kesejahteraan tanah air.
Kempen tabung pahlawan yang dilaksanakan memberikan peluang kepada masyarakat untuk menyumbang secara langsung kepada kebajikan veteran ATM dan keluarga mereka. Inisiatif ini turut berperanan meningkatkan kesedaran awam mengenai pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.
JHEV ATM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong Kempen Tabung Pahlawan. Setiap sumbangan yang diberikan merupakan pelaburan bermakna dalam membangunkan Malaysia yang gemilang.
Pautan hebahan media
https://share.google/JjEZUnzo1GNACkGta
https://share.google/Hc2uf7SC4TPMJtGoa
https://share.google/JgAhXsifTMJJh3Lgp
1Rakyat 1Ringgit Demi Pahlawanku
08/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
KUALA LUMPUR, 8 Jun 2026 โ Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Datoโ Hashim Meon, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF) ke-12, bersama Mejar Jeneral Datoโ Paduka Hashim Yahaya (B), mantan Ketua Pengarah JHEV ATM kedua.
Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh bermakna, dengan perbincangan tertumpu kepada isu-isu berkaitan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain usaha berterusan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada komuniti veteran di seluruh negara.
Dalam sesi tersebut, kedua-dua tokoh berkenaan turut berkongsi pandangan serta pengalaman mereka dalam memperkasakan peranan JHEV ATM, khususnya bagi memastikan kebajikan veteran sentiasa terpelihara selaras dengan aspirasi Kementerian Pertahanan. Tan Sri Datoโ Hashim Meon juga merupakan pelopor kepada penubuhan JHEV ATM pada 11 Oktober 2000.
Sementara itu, Ketua Pengarah JHEV ATM merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menzahirkan komitmen jabatan untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan kepada veteran ATM melalui pelbagai inisiatif yang dirancang.
Kunjungan ini mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan terdahulu dan semasa dalam usaha berterusan memartabatkan kebajikan warga veteran Angkatan Tentera Malaysia.
07/06/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Program My Warriors Run (MWR) 2026 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam satu acara larian amal bersempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026.
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai jasa dan pengorbanan para perwira negara.
Majlis disempurnakan oleh Penaung Kempen Tabung Pahlawan, YABhg. Datoโ Seri Dr. Wan Azizah binti Datoโ Dr. Wan Ismail. Turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ Azhan bin Haji Md Othman; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datoโ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris; Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.
Acara itu disertai masyarakat awam termasuk pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), penjawat awam, wakil sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap usaha memperkasa kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Selain mengumpul dana bagi Kempen Tabung Pahlawan, program berkenaan turut menjadi platform memperkukuh solidariti masyarakat dalam menghargai jasa bakti veteran ATM yang telah berkorban mempertahankan kedaulatan negara. Pada masa sama, ia menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat menerusi penyertaan individu, keluarga, komuniti dan sektor korporat.
Para peserta melalui laluan larian sejauh kira-kira tujuh kilometer di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum menamatkan larian di Dataran DBKL.
Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pameran aset Angkatan Tentera Malaysia, pameran rakan strategik, kaunter bergerak perkhidmatan JHEV ATM, sesi senamrobik serta cabutan bertuah.
Penganjuran My Warriors Run 2026 membuktikan semangat penghargaan terhadap para perwira negara terus subur dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping mengukuhkan hubungan antara masyarakat dan komuniti veteran ATM.
Selaras dengan slogan โDari Wira, Untuk Wiraโ, program itu bukan sekadar acara larian, tetapi simbol penghargaan rakyat Malaysia terhadap jasa dan pengorbanan para perwira negara.