04/06/2026
TRANSFORMASI TAMAN REKREASI MADANI | TAMAN AWAM JALAN SIAKAP & JALAN MAHARAJA, BAGAN SERAI, PERAK 🌿
Wajah baharu taman kini lebih ceria, selamat dan selesa untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Naik taraf melibatkan:
🌱 Landskap dan kawasan dinaik taraf menjadi lebih moden
🌱 Peralatan permainan baharu yang selamat dan lebih menarik
🌱 Kawasan yang lebih kemas dan teratur
Impak kepada komuniti:
✅ Lebih selamat untuk semua
✅ Ruang riadah lebih selesa
✅ Galakkan gaya hidup sihat & interaksi komuniti
“Dari biasa kepada luar biasa, komitmen kami demi kesejahteraan bersama.”
31/05/2026
DAULAT TUANKU
Dengan penuh hormat dan takzim, merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“DIRGAHAYU TUANKU”
30/05/2026
SELAMAT HARI WESAK 2026 | 31 MEI 2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan ini membawa sinar kedamaian, keharmonian dan nilai kasih sayang dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Marilah bersama-sama menyemai sikap saling menghormati, bertoleransi dan hidup dalam suasana harmoni demi kesejahteraan bersama.
26/05/2026
🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H ✨🌙
Aidiladha hadir membawa pengertian pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini mengeratkan lagi ukhuwah, menyemai nilai keprihatinan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.
Semoga setiap amal dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh-Nya.
Tulus ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Landskap Negara. 💚
26/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT) KE JABATAN LANDSKAP NEGARA (JLN)
Pada 22/05/2026, telah diadakan satu sesi kunjungan hormat oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ke Jabatan Landskap Negara (JLN). Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Sahril bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Landskap MBKT. Sesi kunjungan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mazifah binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JLN.
JLN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini. Diharapkan agar hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi dapat memperkukuh pelaksanaan inisiatif landskap yang bersepadu dan lestari di peringkat tempatan, selaras dengan usaha merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang sejahtera.
22/05/2026
🏆 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN LANDSKAP NEGARA (JLN) SEMPENA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN 2025 KPKT
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan berterusan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memartabatkan Jabatan Landskap Negara.
Anugerah ini telah disampaikan sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2025 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berlangsung pada 21 Mei 2026 di PICC, Putrajaya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdaya saing demi kemajuan organisasi serta kesejahteraan masyarakat.
“MEMACU TRANSFORMASI, MENGUNGGULI PRESTASI”
21/05/2026
LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KEBANGSAAN (NCDRC), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DAN SESI PERBINCANGAN BERKAITAN PENERAPAN ELEMEN PEMBANGUNAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DALAM REKA BENTUK TAMAN AWAM 🌿👧🏻🧒🏻
Pada 13 Mei 2026, Jabatan Landskap Negara (JLN) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meneliti penerapan elemen pembangunan dan pembelajaran kanak-kanak dalam reka bentuk taman awam.
Delegasi JLN diketuai oleh En. Raja Saiful Rizal bersama pegawai daripada Bahagian Taman Awam, Bahagian Khidmat Teknikal dan Bahagian Taman Persekutuan.
Lawatan ini turut melibatkan sesi perbincangan bersama pihak pengurusan NCDRC yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC, berkaitan potensi kerjasama strategik ke arah pembangunan taman awam yang lebih interaktif, inklusif dan mesra kanak-kanak.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Dasar Landskap Negara 2.0 (DLN 2.0) dalam memperkukuh fungsi taman awam sebagai ruang pembelajaran luar dan menyokong kesejahteraan komuniti.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak NCDRC atas kesudian menerima lawatan serta berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga hubungan kerjasama ini dapat terus diperkukuh pada masa hadapan. 💚
20/05/2026
SESI PENYERAHAN DOKUMEN PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS DAERAH KENINGAU, SABAH 2035
Pada 9 Mei 2026 (Sabtu), Jabatan Landskap Negara (JLN) telah mengadakan Sesi Penyerahan Dokumen Pelan Induk Landskap (PIL) 2035 bagi Majlis Daerah Keningau, Sabah bertempat di Dewan Terbuka Membakut, Beaufort sempena Program Jelajah I-HIJAU 2026 anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).
Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mazifah binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Landskap Negara kepada YBrs. Tuan Mohd Fawzi Abdul Kadir, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau, Sabah serta disaksikan oleh Landskap Arkitek Nurulhayati Awang More, Ketua Penolong Setiausaha (Landskap), KKTP.
Pelan Induk Landskap ini mengetengahkan konsep “Kota Pelancongan Alam dan Budaya” dengan tema “Meraikan Alam dan Budaya Keningau, Satu Pengalaman” bagi memperkukuh identiti landskap serta potensi pelancongan Daerah Keningau.
Sebanyak enam (6) reka bentuk kawasan tindakan keutamaan telah dihasilkan melibatkan:
🌱 Pintu Masuk Daerah dan Bandar
🌱 Landskap Perbandaran Keningau
🌱 Landskap Perbandaran Sook
🌱 Taman Awam Pamalan
🌱 Landskap Pinggiran Sungai Pegalan
🌱 Landskap Sungai Dangulad
Semoga dokumen PIL ini bukan sahaja memberi manfaat dari aspek estetik, malah turut menjadi pemangkin kepada kesejahteraan penduduk serta pemuliharaan alam sekitar, sekali gus menyerlahkan potensi Keningau sebagai sebuah bandar beridentiti, moden dan kekal mesra alam
13/05/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PENARAFAN ANUGERAH ROSA-SINENSIS – PENARAFAN TAMAN AWAM 2026
Pada 12 Mei 2026 (Selasa), Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Anugerah Rosa-sinensis – Penarafan Taman Awam 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Jabatan Landskap Negara bagi mempertimbangkan dan meluluskan pengiktirafan penarafan kepada taman-taman awam yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Anugerah Rosa-sinensis – Penarafan Taman Awam 2026 dalam mesyuarat yang diadakan pada 27 April 2026 (Isnin)
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mansor bin Mohamad, Ketua Pengarah JLN, dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Ahmad Syaharuddin bin Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JLN, bersama ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerajaan Tempatan, Bahagian Kemampanan Bandar KPKT, Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM, Fakulti Alam Bina UiTM Kampus Puncak Alam, Kulliyyah of Architecture & Environmental Design (KAED) UIAM, Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Playground Safety Association of Malaysia (PSAM), Persatuan Arborist Malaysia (PArM) serta auditor JLN yang terlibat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga pengiktirafan yang diberikan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan taman awam yang lebih berkualiti, mampan dan selamat demi kesejahteraan masyarakat.