15/06/2026
WOW, GEGAR PPR JELATEK
Ahad, 14 Jun 2026 - AADK Daerah Dang Wangi telah berjaya melaksanakan Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) sempena Hari Komuniti PPR Jelatek. Program ini merupakan anjuran bersama pihak Pertubuhan Wanita Berdaya (WOW), Mah Sing Foundation dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Jelatek bersama-sama rakan-rakan strategik.
Melalui program ini, AADK Dang Wangi mengambil peluang keemasan untuk mendekati masyarakat setempat melalui aktiviti Pameran Antidadah, Bicara Saku AADK, kuiz interaktif Kahoot, Pesanan Antidadah (PESADA) bersama komuniti, kaunter aduan AADK dan pendaftaran SKUAD Antidadah. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain juga disediakan oleh rakan strategik termasuk pemeriksaan kesihatan, aktiviti kanak-kanak, gerai jualan makanan dan cabutan bertuah.
Usaha bersepadu bersama pihak swasta dan NGO seperti ini amat penting untuk memastikan mesej antidadah dapat disampaikan secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat, memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan dalam komuniti, memberi kemahiran kepada penggerak komuniti mengurus masalah penyalahgunaan dadah dan bahan dalam komuniti seterusnya mewujudkan persekitaran tempat yang selamat dan sejahtera.
Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 Keramat, Tuan Haji Zulkifli Zainudin, Penolong Pengurus Mah Sing Foundation, Encik Yoke Fai, Naib Presiden WOW (Women of Will), Encik Shashi, Pengerusi KRT PPR Jelatek, Puan Sally Mahdi dan Setiausaha Persatuan Penduduk PPR Jelatek, Encik Samad Ali.
Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini telah tamat pada 1.30 petang. Komitmen berterusan akan terus dirangka melalui pelbagai program susulan demi memastikan mesej pencegahan dadah dapat dihayati sepenuhnya oleh setiap lapisan masyarakat.
12/06/2026
Jika dunia yang kita kejar, maka hanya penat yang kita akan dapat kerana tiada penghujungnya.
Sering kali kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa bahawa bagi mereka, kitalah seluruh dunia itu, maka luangkanlah masa bukan hanya dengan jasad yang hadir, tetapi dengan jiwa yang mendengar, mata yang memandang penuh kasih, dan tangan yang sedia memimpin.
Kerana pada akhirnya, bukan harta atau kejayaan yang akan kita kenang, melainkan saat-saat hening berbual di meja makan atau tawa kecil yang dikongsi bersama, sebelum kerusi yang mereka duduki hari ini hanya tinggal memori yang tidak lagi mampu diulang.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
12/06/2026
"Tidak ada iman bagi orang yang tidak amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menunauikan janji."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Marilah kita bersama-sama memperkasakan jati diri dengan sifat amanah dalam apa jua tugasan yang digalas.
Teras kejayaan dan kredibiliti sesebuah organisasi bermula daripada nilai integriti yang dijunjung tinggi oleh setiap warganya.
Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
KementerianDalamNegeri
Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
12/06/2026
MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK JALAN RAJA MUDA
Pada 11 Jun 2026, Khamis, Unit Pencegahan AADK Daerah Dang Wangi telah hadir ke SK Jalan Raja Muda, Parlimen Titiwangsa Subzon 3 untuk menjayakan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah berkenaan.
Sesi ceramah yang telah disampaikan oleh En. Abdul Ghani dan pameran kesedaran antidadah melibatkan seramai 550 orang pelajar dan 12 orang guru. Sepanjang sesi ceramah, semua pelajar memberi perhatian dan kerjasama yang baik.
Sebarang pertanyaan, aduan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah atau khidmat nasihat, sila hubungi talian bebas tol AADK di talian 1-800-22-2235 atau whatapps ke 019-6262233.
10/06/2026
Dulu, bila sebut pasal pertanian, otak kita terus bayangkan cangkul, lumpur, dan panas bawah matahari. Tapi tahu tak? Sekarang, kerja paling menarik sebenarnya ada kat tengah ladang.
"Tapi saya tak ada modal/tanah..." Sekarang banyak geran Agropreneur Muda dan bantuan agensi yang tengah cari anak muda yang ada visi. Tak perlu mula dengan 10 ekar. Mula dengan 100 beg polibeg kat belakang rumah pun dah cukup untuk faham cara menguruskan.
Dunia tengah berubah. Masa depan bukan lagi tentang siapa paling lama duduk depan komputer, tapi siapa yang paling bijak uruskan sumber bumi.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.