01/06/2026
Selamat menyambut Ulang Tahun Barisan Nasional yang ke-52.
Semoga Barisan Nasional terus kekal utuh, relevan dan menjadi wadah perjuangan yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan komitmen seluruh kepimpinan, ahli serta penyokong yang sentiasa setia bersama perjuangan ini.
Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional Ke-52 🇲🇾💙
31/05/2026
Selamat Bersidang Perwakilan Wanita UMNO Negeri Selangor dan seluruh Perwakilan Wanita UMNO Malaysia.
Semoga persidangan yang berlangsung dari 1 Jun 2026 hingga 12 Julai 2026 berjalan lancar, penuh semangat perjuangan serta memperkukuhkan perpaduan dan kesepakatan demi agama, bangsa dan negara.
Wanita UMNO terus utuh, relevan dan menjadi tunjang kekuatan parti.
Datuk Hjh Halimaton Saadiah Hj Bohan
16/05/2026
Wanita UMNO Selangor hadir hari ini bukan sekadar memberi sokongan, tetapi membawa suara, maruah dan semangat rakyat yang menjunjung institusi Raja.
Barisan pimpinan Wanita UMNO Selangor yang turut serta diketuai oleh Datuk Hajah Halimaton Saadiah Haji Bohan selaku Ketua Wanita UMNO Selangor bersama saf kepimpinan Wanita UMNO Negeri dan bahagian-bahagian.
Turut hadir barisan kepimpinan UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Alhamdulillah, Himpunan Daulat Tuanku hari ini menyaksikan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan wanita yang turut sama berdiri teguh mempertahankan kedaulatan institusi Kesultanan Selangor.
Daulat Tuanku. ❤️💛
15/05/2026
🟥 WANITA SELANGOR MENJUNJUNG TITAH TUANKU
Wanita UMNO Selangor menzahirkan kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai payung negeri serta lambang perpaduan rakyat.
Menjunjung tinggi titah Tuanku bukan sekadar tanda hormat, tetapi juga satu amanah untuk mempertahankan kesucian agama Islam, memelihara kepentingan orang Melayu serta memperkukuhkan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu di Negeri Selangor.
Dalam apa jua keadaan, Institusi Diraja mesti terus dipelihara, dihormati dan dipertahankan demi kestabilan, keharmonian serta kesinambungan warisan bangsa dan negeri.
Ayuh bersama hadir menzahirkan solidariti, taat setia dan kasih rakyat kepada DYMM Sultan Selangor.
DAULAT TUANKU!
𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁𝗼𝗻 𝗦𝗮𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗼𝗵𝗮𝗻 / 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿
11/05/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO yang ke-80.
80 tahun perjuangan, pengorbanan dan khidmat tanpa henti demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Semoga terus teguh melangkah, memperjuangkan suara rakyat serta menjadi wadah penyatuan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
“Dulu, kini dan selamanya — perjuangan tetap diteruskan.”
08/05/2026
PAS balun UMNO,
PPBM balun UMNO,
PKR balun UMNO,
PAN balun UMNO,
DAP balun UMNO.
Semua pakat bersatu balun UMNO.
Jika ada orang bertanya parti mana yang nak di undi pilihan raya nanti? Maka…
"Undilah parti yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya,"
07/05/2026
Menghadiri ke Majlis Peluncuran Skuad Agrikomodoti yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.. Tahniah kepada YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi