Unsung Hero

Unsung Hero

Share

Like Facebook Unsung Hero untuk mendapatkan info-info terkini

Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..Tujuan utama page Friends of Bomba Malaysia ini diwujudkan adalah untuk berkongsi segala info berkenaan tugas-tugas yang dilakukan oleh anggota bomba.

Photos from Unsung Hero's post 07/06/2026

Insiden pilu 28 Mei lalu menimpa Muhammad Zahari Mohd Zain, 26, yang meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan adik iparnya yang hanyut di Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang.

Apa yang meruntun hati, pemergiannya itu meninggalkan isteri yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan, anak pertama mereka.

Hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk bertemu anak sulungnya, tapi takdir menentukan sebaliknya 🥺😭

Kredit: TikTok shafiqahafndii & Sinar Harian

03/06/2026

Tulisan shafandi

Pagi ni aku duduk baca balik beberapa kes orang hilang ketika hiking di Malaysia dari tahun 2000 sampai 2026…

Serius, meremang.

Bukan sebab cerita mistik semata-mata.
Tapi sebab realitinya… ramai yang hilang ni bukan orang biasa-biasa. Ada yang berpengalaman, fit, biasa masuk hutan, malah ada yang aktif trail run dan mendaki bertahun-tahun. Tapi akhirnya tetap “ghaib” dalam hutan Malaysia.

Antara yang paling buat aku termenung…

📍 Jashiah Iskandar — guru sekolah, hilang ketika hiking solo di Bukit Kutu tahun 2015. Sampai sekarang tak ditemui.

📍 Acap — Mohammad Ashraf Hassan. Hilang masa Gopeng Ultra Trail 2019. Antara peserta depan, trek dah ditanda, SAR besar-besaran dibuat… tapi sampai hari ni masih belum ada jawapan.

📍 Nora Anne Quoirin — ditemui meninggal dunia selepas 10 hari hilang berhampiran kawasan resort dan hutan. Sampai sekarang ramai masih tertanya-tanya macam mana dia boleh berada di lokasi tu.

📍 Jaslinda Saludin — pendaki berpengalaman lebih 10 tahun. Hilang tahun 2026 ketika ekspedisi di Gunung Batu Putih. Yang buat ramai pelik… dia sempat tinggalkan nota di puncak gunung. Maksudnya dia memang sampai atas. Tapi lepas tu hilang tanpa jejak.

📍 Nur Izzati Humaira — baru 19 tahun. Terpisah ketika turun bukit bersama keluarga. Ditemui meninggal dunia selepas beberapa hari operasi mencari.

Bila tengok balik semua kes ni, satu benda aku sedar…

Hutan ni tak kisah kau kuat ke tak.
Tak kisah kau pernah hiking 100 kali pun.
Kadang cukup dengan:

- cuaca berubah,
- kabus tebal,
- tersalah simpang beberapa minit,
- panik,
- atau bergerak sorang terlalu jauh.

Dan yang paling sedih… ada keluarga yang sampai hari ni masih tunggu kepastian.

Ramai s**a cakap “alah sesat je tu”.
Tapi bila baca detail operasi SAR sebenar — bomba, polis, PGA, Orang Asli, K9, drone, helikopter — kau akan faham betapa luas dan ganasnya hutan Malaysia ni.

Bukan nak takutkan orang hiking.
Tapi nak ingatkan… jangan terlalu yakin dengan alam.

Kadang alam diam je.
Tapi bila dia “ambil”, dia ambil terus tanpa jawapan. 🌲

01/06/2026

HEBAT BOMBA MALAYSIA
Seorang pendaki lelaki seberat lebih 100 kilogram yang cedera akibat tergelincir ketika melakukan aktiviti riadah di Air Terjun Jeram Perlus, Hulu Langat semalam, berjaya dibawa turun 9 pagi tadi.

​Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mangsa berusia 32 tahun itu disyaki patah kaki kiri serta cedera pada kaki kanan, dibawa turun menggunakan pengusung sejauh kira-kira lapan kilometer.

Operasi menyelamat melibatkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dan Ampang itu memakan masa hampir 20 jam berikutan faktor fizikal mangsa dan keadaan muka bumi yang mencabar.

📷 JBPM Selangor
Sumber Bernama News

11/05/2026

Pagi tadi Pas**an Bomba Seri Kembangan berjaya memujuk dua pelajar berusia 19 tahun yang dipercayai cuba terjun dari tingkat satu asrama di Institut Pertanian UPM.

Bomba menerima panggilan jam 7.37 pagi dan tiba di lokasi pada jam 7.45 pagi. Anggota bomba berjaya memujuk mangsa untuk tidak terjun dan diselamatkan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.06 pagi. Mangsa rupanya ada penyakit anxiety dan halusinasi.

Kredit gambar : BBP Seri Kembangan

Photos from Unsung Hero's post 07/05/2026

780 HARI PEMERGIAN ISTERI, SUAMI MASIH SETIA ZIARAH KUBUR BAWA BUNGA CANTIK

Kesetiaan seorang lelaki bernama Azreein Rumi Aziz mengundang rasa hiba ramai. Hari ke-2 Ramadan tahun 2024, isterinya, Nor Hazamiah rebah & koma selama 50 hari sebelum meninggal dunia.

"Minta maaf you kahwin dengan i, tak kaya. I takde BMW & Mercedes. Tapi buka peti ais ada ayam, ada daging. Anak-anak pergi sekolah ada duit. Shopee, you order nanti i tolong bayar. Kita mewah dekat situ. Saya sangat rindu masakan dia, sangat sedap. Dulu saya gemuk, sekarang 25kg hilang macam tu je. Dah 780 hari, tiada siapa dapat tandingi dia"😭🥺

Photos from Unsung Hero's post 30/04/2026

Selepas tiga hari penuh harapan dan penantian, kehilangan adik Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, berakhir apabila satu tubuh kanak-kanak ditemui di tebing sungai di Sungai Buloh, tadi dan disahkan meninggal dunia.

Salam takziah buat ahli keluarga 🥺

Kredit: Sinar Harian

29/04/2026

24 APRIL 2026 | UNIT DERMA ORGAN DAN TISU
KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN
WalkofHonor

24.4.2026- Harith Aizuddin bin Salleh telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian.
Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan. Namun begitu, keluarga memilih untuk menjadikan pemergian
Harith Aizuddin sebagai satu rahmat untuk insan lain dengan mendermakan tisu injap jantung serta kornea mata yang boleh membantu sebanyak 6 orang pesakit.

Semoga pengorbanan ini menjadi amal jariah yang mengalir berterusan buat arwah. Takziah kepada keluarga arwah, dan terima kasih kerana mengajar kami tentang erti pengorbanan.

_“Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia" (Surah Al-Ma'idah: 32)”_

Via fb : HOSPITAL SUNGAI BULOH

Photos from Unsung Hero's post 29/04/2026

"Sikit Lagi Nak Sampai Rumah" - Pegawai Imigresen Maut Kemalangan, Rutin 'Ride' 700KM Demi Anak Isteri Berakhir Tragedi

Perjalanan seorang suami… berakhir sebelum sempat sampai ke pangkuan keluarga 💔

Seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Azman Mazni, dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu ketika dalam perjalanan p**ang ke rumahnya di Sibu, Sarawak.

Apa yang lebih meruntun jiwa, arwah ketika itu sedang menunggang motosikal selepas menempuh perjalanan jauh dari Papar, Sabah — satu rutin yang dilakukannya hampir setiap minggu demi insan tersayang.

Lebih 700 kilometer ditempuh… merentas negeri, malah merentas negara melalui Brunei… semuanya demi seorang ibu di Miri serta isteri dan anak-anak di Sibu.

Menurut perkongsian sahabatnya, arwah baru sahaja berhubung dalam kump**an WhatsApp sekitar jam 8 malam. Namun tidak lama kemudian, sekitar jam 9.45 malam, berita yang amat memilukan diterima — Azman terlibat dalam kemalangan.

“Ini ‘last ride’ kau sahabat… sikit lagi nak sampai rumah…”

Kata-kata itu cukup menggambarkan betapa dekatnya arwah dengan destinasi yang paling dirindui — rumah dan keluarga.

Difahamkan, arwah sudah berusaha untuk memohon pertukaran tempat kerja agar lebih dekat dengan keluarga. Permohonannya telah mendapat sokongan di peringkat negeri, namun masih belum diluluskan sepenuhnya.

Bukan kerana s**a-s**a dia berulang-alik sejauh itu… tapi kerana ada insan tersayang yang menunggu.

Pengorbanan seorang suami, seorang ayah, dan seorang anak… yang akhirnya terhenti di jalanan.

Bayangkan… hampir 11 jam perjalanan ditempuh, dan hanya tinggal kurang dari satu jam untuk sampai ke rumah… namun takdir Allah mengatasi segalanya.

Pemergian arwah bukan sahaja meninggalkan luka mendalam buat keluarga, malah turut dirasai rakan-rakan yang mengenalinya sejak kecil.

Al-Fatihah buat arwah Azman Mazni. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Hargailah orang tersayang sementara masih ada… kerana kita tak pernah tahu, perpisahan itu datang tanpa diduga.

Photos from Unsung Hero's post 27/04/2026

“1 lagi Unsung Hero”
Terperangkap tepi lebuh raya dengan bil baiki motor cecah RM140, rider Grab ini terus menangis teresak-esak selepas mendengar kata-kata pomen ini. Tuan-puan, ini bukan drama swasta, tetapi realiti perit pejuang jalanan yang pasti buat dada kita sebak!

Bayangkan situasi ini. Tengah pulun cari order untuk anak isteri, tiba-tiba ujian datang menyapa. Rantai motor putus tepi jalan. Kos nak tukar rantai baharu siap dengan pelapik brek bukannya murah. Masa itulah kepala mula runsing memikirkan baki duit dalam poket. Cukup ke nak makan hari ini? Macam mana nak bayar bil nanti?

Akan tetapi, Allah SWT itu sifatnya Maha Pemberi Rezeki. Dia hantar seorang hamba-Nya yang menggerakkan inisiatif 'Minyak Hitam Jalanan' untuk membantu. Pomen bergerak ini datang bukan sekadar membaiki motor yang rosak, tetapi membawa satu khabar yang terus meluluhkan hati rider tersebut.

Mari kita hayati kembali perbualan ringkas tetapi padat dengan emosi ini:

Minyak Hitam Jalanan (MHJ): Abang pernah tengok Papa Zola?

Rider Grab: Pernah.

MHJ: Abang tak payah bayar bang. Tak payah.
(Rider Grab tidak mampu menahan sebak lalu terus menangis)

MHJ: Tak payah bang. Sama-sama kita bang. Saya pernah alami. Saya tahu perasaan abang. Saya faham abang. Saya tahu abang tak ada rantai, tetapi abang terpaksa cari rezeki. Tak apa bang. Jom bang. Anggap rezeki abang hari ni ya. Sebab dah ada orang infak, saya jalankan amanah orang. Doakan yang infak dimurahkan rezeki.

Rider Grab: Terima kasih banyak bang.

Allahuakhbar. Berat sungguh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Ada yang diuji dengan kesempitan wang, dan ada p**a yang diuji dengan harta untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tuan-puan, kisah ini mengajar kita erti empati yang sebenar. Saudara kita ini faham sangat kesusahan rakan jalanan sebab dia sendiri pernah berada di tempat yang sama, merasai perit jerih mencari sesuap nasi. Inilah indahnya Islam. Ukhuwah itu bukan sekadar manis di bibir, sebaliknya dibuktikan dengan tindakan nyata.

Melihat kepada kejadian ini, ia mengingatkan kita pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW tentang kelebihan membantu saudara seagama:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya daripada kesusahan pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Indah sungguh susunan takdir Tuhan. Duit infak daripada hamba Allah yang tidak dikenali, disalurkan melalui tangan pomen yang jujur, lalu sampai tepat kepada rider yang sedang sangat-sangat memerlukan bantuan.

Sama-sama kita tadah tangan dan aminkan doa ini. Ya Allah, Engkau murahkanlah rezeki rider Grab ini dan permudahkanlah segala urusannya mencari nafkah. Berkatilah juga kudrat saudara Minyak Hitam Jalanan yang tidak jemu menghulurkan tangan buat mereka yang terkandas. Buat para penyumbang dana infak yang sentiasa pemurah, semoga Allah gandakan rezeki kalian seluas lautan dan jadikan sedekah ini sebagai asbab kalian melangkah ke syurga tanpa hisab. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terus kuat sahabat-sahabat jalanan. Rezeki itu pasti, cuma masanya sahaja yang menjadi rahsia Ilahi.

Via: Ceramah Ustaz & Ustazah

Photos from Unsung Hero's post 27/04/2026

Usung hero. Walau apa pun keadaan Bomba tetap membantu selamatkan akak ni. Komen murni2 ya gais

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Cheras
Kuala Lumpur