Sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu 2026
Mohd Razlan Rafii
#MR2
#ItSOurTime
#KhidmatKamiUntukSemua
13/06/2026
Pagi ini saya hadir mewakili Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu 2026.
Seawal pagi lagi, para perwakilan telah mula memenuhi dewan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti, sekali gus membuktikan komitmen dan kesungguhan dalam memperkukuhkan perjuangan UMNO di peringkat akar umbi.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Zalani Bin Mat Darus, Setiausaha Politik kepada Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Bin Hasan.
Dalam ucapan perasmian beliau, penekanan diberikan kepada pentingnya kesatuan, kesetiaan dan kesiapsiagaan seluruh jentera parti dalam menghadapi cabaran politik semasa serta memastikan UMNO terus kekal relevan dan menjadi wadah perjuangan utama rakyat terutamanya di dalam bandar.
UMNO Bahagian Batu, melalui Timbalan Ketua UMNO Bahagian sdra. Bin Abdullah, telah menyerahkan satu memorandum yang menyuarakan hasrat serta pendirian akar umbi agar calon yang bakal mewakili Barisan Nasional di kawasan ini pada pilihan raya akan datang terdiri daripada calon Melayu (UMNO).
Mudah-mudahan segala keputusan dan pandangan yang dibawa akan menjadi pemangkin kepada kekuatan parti demi menghadapi pilihan raya dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.
Bersemangat pagi ini di parlimen Batu.
12/06/2026
Tarikh penting bersempena Pilihanraya Umum DUN Johor Ke-16 dan DUN Negeri Sembilan Ke-16.
12/06/2026
Salam Jumaat buat semua, semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.
Orang Melayu berpecah, semua parti Melayu akan berebut pengundi yang sama dan akhirnya tidak menjadi tunjang kepada negara ini.
10/06/2026
Kenyataan Media UMNO - 10 Jun 2026
10/06/2026
Lebih mengecewakan, usaha Perdana Menteri melalui Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang menetapkan semangat kerjasama rentas parti di peringkat akar umbi dilihat tidak diterjemahkan dengan sewajarnya.
Semangat yang digariskan di peringkat nasional sepatutnya dipraktikkan hingga ke bawah, bukan sekadar menjadi slogan.
Hannah semeja dengan Johari tapi Razlan bangkitkan soal keikhlasan Razlan dakwa hampir tiga tahun, tiada mesyuarat rasmi menghimpunkan pimpinan akar umbi pelbagai parti komponen kerajaan.
10/06/2026
Malam tadi, saya memenuhi jemputan sebagai panelis dalam sesi temubual bersama Datuk Seri Kamal Amir menerusi platform Facebook dan TikTok yang berlangsung di Studio AHF News & Media.
Politik 24 Jam ; banyak perkara dan isu yang berbangkit dikupas untuk difahami dan diperjelaskan.
Terima kasih sekali lagi kepada Ahf news & media atas jemputan dan ruang yang diberikan.
10/06/2026
Kerjasama politik diterjemahkan di peringkat tertinggi seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat pimpinan akar umbi bagi memastikan semangat kebersamaan pentadbiran benar-benar dirasai masyarakat.
Menurut Mohd Razlan, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) atas usaha Perdana Menteri sebenarnya telah meletakkan syarat untuk semua parti di peringkat akar umbi bekerjasama, namun syarat tersebut didakwa tidak diikuti dan tidak dipatuhi oleh Hannah Yeoh.
Kerjasama politik di Wilayah Persekutuan hanya di peringkat atasan - MKT UMNO KUALA LUMPUR - Kerjasama politik diterjemahkan di peringkat tertinggi seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat pimpinan akar umbi...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
