Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)

Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)

Share

โ€œKENALI, SAYANGI DAN LESTARI WARISAN KITAโ€ FUNGSI UTAMA JABATAN WARISAN NEGARA:

1. Memelihara dan memulihara warisan negara.
3.

SEJARAH PENUBUHAN:

Bermula dengan Bahagian Warisan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKwa) dan dinaik taraf sebagai sebuah Jabatan pada 1 Mac 2006 . Jabatan ini mempunyai peranan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] dan bertanggungjawab untuk memulihara, memelihara, melindungi dan mempromosikan kekayaan khazanah warisan Malaysia. Menguatkuasa

Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 14/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฅ๐ฅ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐๐„๐๐‚๐€๐‹๐Ž๐๐€๐ ๐™๐€๐๐ˆ๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐Š๐„๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€๐€๐ ๐”๐๐„๐’๐‚๐Ž

Majlis Perasmian Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN) merangkap Pesuruhjaya Warisan bertempat di Hotel Royal Park@UNITEN, Bangi, Selangor.

Turut berlangsung sesi menandatangani surat persetujuan dan keizinan komuniti sebagai manifestasi sokongan padu daripada pengamal, penggiat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap usaha pencalonan Zapin di bawah Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Khas Zapin yang menampilkan gabungan penggiat dan penari Zapin dari seluruh Malaysia. Persembahan ini bukan sahaja mencerminkan keunikan dan kepelbagaian gaya Zapin di negara ini malah menjadi simbol penyatuan komuniti dalam memelihara serta memartabatkan warisan budaya yang menjadi identiti bangsa.

Jabatan Warisan Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan menjadi pemangkin kepada kejayaan pencalonan Zapin serta mengangkat martabat warisan budaya Malaysia di persada dunia.

"๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿis๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"

Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 14/06/2026

14 JUN 2026 || Mengimbau nostalgia dan memupuk semangat kebersamaan menerusi Pameran Interaktif Permainan Tradisional oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) sempena HAWANA Fun Walk 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bersempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

JWN telah dijemput untuk memeriahkan HAWANA Fun Walk 2026 dengan mengetengahkan Pameran Interaktif Permainan Tradisional yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Antara permainan yang dipamerkan ialah kercang, batu seremban, dam aji, congkak dan tating lawi.

Pameran ini bertujuan mengimbau kembali nostalgia permainan tradisional dalam kalangan pengunjung, di samping memperkenalkan serta memupuk minat generasi muda terhadap warisan permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti dan budaya masyarakat Malaysia.

โ€œ๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"


Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 13/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฅ๐ฅ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐๐„๐๐‚๐€๐‹๐Ž๐๐€๐ ๐™๐€๐๐ˆ๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐Š๐„๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€๐€๐ ๐”๐๐„๐’๐‚๐Ž

Hari Kedua Bengkel Siri 1 Pencalonan Zapin di bawah Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO diteruskan dengan sesi perbincangan yang komprehensif dengan memberi tumpuan kepada langkah-langkah perlindungan dan pelestarian Zapin, di samping membincangkan aspek penyertaan aktif serta persetujuan komuniti sebagai elemen penting dalam proses pencalonan.

Selain itu, bengkel ini turut melibatkan sesi rakaman temu bual bersama wakil agensi kerajaan, pakar, ahli akademik, komuniti dan penggiat Zapin. Sesi tersebut bertujuan mendapatkan pandangan, mendokumentasikan perspektif pelbagai pihak serta menghimpunkan sokongan terhadap usaha pencalonan Zapin di bawah Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.

Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita.โ€



Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 13/06/2026

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—š๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฏ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฏ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ

Pada 9 hingga 11 Jun 2026, Bahagian Daftar Warisan (BDW), Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menganjurkan Bengkel Kerja Garis Panduan Penilaian Pampasan Objek dan Objek Warisan Ketara di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel yang julung kali diadakan ini bertujuan membangunkan satu garis panduan yang komprehensif sebagai rujukan kepada Jawatankuasa Penilaian Pampasan dalam menentukan kadar pampasan bagi penemuan objek dan objek warisan ketara selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Pelbagai aspek penilaian telah dibincangkan dan diperhalusi, termasuk nilai warisan, signifikan sejarah, keaslian, usia, keunikan dan tahap kesempurnaan objek. Inisiatif ini penting bagi memastikan proses penilaian pampasan dilaksanakan secara sistematik, telus dan berintegriti, sekali gus memperkukuh usaha pemeliharaan warisan negara.

Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai JWN serta wakil agensi berkaitan, termasuk Jabatan Muzium Malaysia, PADAT, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Turut hadir sebagai fasilitator dan pakar rujuk ialah Prof. Madya Dr. Zuliskandar bin Ramli, Encik Sangam @ Musa Antok dan Encik Abdul Aziz bin Abdul Rashid.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah JWN merangkap Pesuruhjaya Warisan.

๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป.

"๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"

Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 12/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฅ๐ฅ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐๐„๐๐‚๐€๐‹๐Ž๐๐€๐ ๐™๐€๐๐ˆ๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐Š๐„๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€๐€๐ ๐”๐๐„๐’๐‚๐Ž

Bengkel Siri 1 Pencalonan Zapin di bawah Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO sedang berlangsung dari 12 hingga 14 Jun 2026 di Hotel Royal Park@UNITEN, Selangor. Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk wakil kementerian dan agensi kerajaan, pakar, ahli akademik, pengamal seni, komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) serta penggiat Zapin dari seluruh Malaysia.

Zapin telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], sekali gus mengiktirafnya sebagai warisan budaya yang mempunyai nilai sejarah, seni dan identiti yang amat signifikan kepada negara.

Selaras dengan usaha memelihara, melindungi dan memperkukuh kelestarian warisan budaya negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) sedang menggerakkan usaha ke arah pencalonan Zapin untuk disenaraikan di bawah Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan (Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity) UNESCO. Dokumen pencalonan (dossier) dijangka akan dikemukakan kepada UNESCO pada Mac 2027.

Penganjuran bengkel ini bertujuan mendapatkan maklumat dan input daripada semua pihak berkepentingan sebagai asas penting dalam penyediaan dokumen pencalonan tersebut. Kerjasama erat antara kerajaan, pakar, komuniti dan penggiat Zapin diharapkan dapat memastikan proses pencalonan ini dilaksanakan secara menyeluruh, inklusif dan selaras dengan kriteria serta keperluan yang ditetapkan oleh UNESCO.

Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita.โ€



Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 09/06/2026

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฏ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต/๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ

Jabatan Warisan Negara (JWN) hari ini menerima kunjungan hormat daripada pihak penerbit Majalah 3 yang sedang melaksanakan pendokumentarian syiling lama untuk sebuah dokumentari yang bakal diterbitkan.

Kunjungan tersebut bertujuan mendapatkan khidmat nasihat, pandangan serta perkongsian kepakaran daripada Ketua Pengarah/Pesuruhjaya Warisan berhubung aspek sejarah, kepentingan dan nilai warisan syiling lama agar maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah tepat, sahih dan berintegriti.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab memelihara, melindungi dan memulihara warisan negara, JWN sentiasa komited dalam membantu usaha pendokumentarian, penyelidikan dan penyebaran ilmu berkaitan warisan kebangsaan. Peranan ini penting bagi memastikan khazanah warisan negara terus dihargai, difahami dan dipelihara oleh masyarakat.

Melalui kerjasama seperti ini, JWN bukan sahaja berkongsi kepakaran warisan kepada pihak media, malah membantu meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan warisan serta mengelakkan berlakunya salah tafsir, penyalahgunaan atau kehilangan warisan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—น๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป.

"๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"

04/06/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Jabatan Warisan Negara mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‡๐“๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) yang akan berlangsung selama tiga hari di ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š.

Program ini merupakan platform terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelbagai aktiviti menarik, pameran interaktif, demonstrasi kemahiran, peluang kerjaya serta perkongsian ilmu daripada pemain industri dan institusi TVET terkemuka.

๐Ÿ“… ๐Ÿ“ โ€“ ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ โ€“ ๐€๐ก๐š๐)
โฐ ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
๐Ÿ“ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š

Ayuh bersama meneroka pelbagai peluang pendidikan, kemahiran dan kerjaya yang mampu membentuk masa depan lebih cemerlang serta menyokong pembangunan modal insan negara.

๐“๐•๐„๐“ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐‡๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง.
๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐š๐ง๐๐š ๐๐ข ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‡๐“๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€! โœจ

Hari TVET Negara kembali lagi! Jom sertai pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan institusi TVET, industri, pencari kerja dan usahawan dalam satu platform yang penuh peluang, inspirasi dan inovasi.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 5 โ€“ 7 Jun 2026 (Jumaat โ€“ Ahad)
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Lokasi: Dataran Putrajaya

Sama ada anda pelajar, graduan, pencari kerja, usahawan atau orang awam, inilah peluang terbaik untuk meneroka dunia TVET dan masa depan kerjaya anda.

TVET Pilihan Utama Kerjaya Masa Hadapan.





Photos from Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)'s post 03/06/2026

๐Ÿ“Œ๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐†๐€

๐Ÿญ. ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”-๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—• ๐——๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—— ๐——๐—œ ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ก๐—š, ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก-๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—œ๐—ง๐—”๐—ก (๐—๐—ช๐—ก.๐—ฃ๐—•๐—ก.๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿฑ/๐Ÿญ๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฎ)

โ—‰ Tarikh taklimat/ lawatan tapak: 10 Jun 2026 (Rabu) | 10.00 pagi | Kompleks Arkeologi Lembah Lenggong, Jabatan Warisan Negara Zon Tengah, Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak

โ—‰ Tarikh tutup sebut harga: 22 Jun 2026 (Isnin) | 12.00 tengah hari

๐Ÿฎ. ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”-๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก-๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—œ๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—๐—ช๐—ก.๐—ฃ๐—•๐—ก.๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿฑ/๐Ÿญ๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฏ)

โ—‰ Tarikh taklimat/ lawatan tapak: 11 Jun 2026 (Khamis) | 10.00 pagi | Kompleks Arkeologi Pengkalan Bujang, Pengkalan Bujang, Kedah

โ—‰ Tarikh tutup sebut harga: 22 Jun 2026 (Isnin) | 12.00 tengah hari

๐Ÿฏ. ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก (๐—๐—ช๐—ก.๐—ฃ๐—•๐—ก.๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿฑ/๐Ÿญ๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฐ)

โ—‰ Tarikh taklimat/ lawatan tapak: 12 Jun 2026 (Jumaat) | 10.00 pagi | Galeri Melayu Pulau Pinang, No 138, Jalan Hutton, 10050 George Town, Pulau Pinang

โ—‰ Tarikh tutup sebut harga: 22 Jun 2026 (Isnin) | 12.00 tengah hari

Pautan: https://www.heritage.gov.my/ms/tender/iklan-pelawaan-perolehan.html

"๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"

31/05/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐Œ๐ž๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก ๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€
๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐†
๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š
๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ
๐Š๐ž๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐๐ฎ๐ค๐š ๐๐š๐ ๐ข๐ง๐๐š ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ

๐ฉ๐š๐๐š
๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก ๐ญ๐š๐ค๐ณ๐ข๐ฆ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š
๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

โ€œ๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"

#๐‰๐–๐ #๐Œ๐ฒ๐Œ๐Ž๐“๐€๐‚ #๐Œ๐ฒ๐ฌ๐ž๐ง๐ข๐›๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š #๐•๐ข๐ฌ๐ข๐ญ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” #๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ

30/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Selamat Menyambut Hari Wesak diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Buddha yang meraikannya.

Selamat Hari Wesak!

โ€œ๐พ๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž"

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras Mezzanine, 15-20, Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB), No. 201-A, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00