22/05/2026
Pernah semak tak Al-Qur'an kat rumah tu ada perakuan KDN ke tak? Kalau tak pasti atau memang tak ada, jom singgah ke Dataran Himpun PPR Seri Alam esok! 🏃♂️💨
Menerusi inisiatif JEQ (Jom Exchange Al-Qur'an!), anda boleh serahkan naskhah tanpa perakuan KDN dan bawa pulang naskhah Al-Qur'an yang baharu. Percuma je tau! 😍
Save the date guys!
🗓️ 23 Mei 2026 (Sabtu / Esok)
⏰ 8.30 AM - 3.00 PM
📍 Dataran Himpun, PPR Seri Alam
⚠️ Peringatan mesra: Pertukaran adalah terhad kepada 1 mushaf Al-Qur'an untuk setiap seorang.
Tag kawan-kawan dan keluarga korang di ruangan komen kat bawah supaya dorang tak terlepas peluang keemasan ni! 👇👇👇
15/05/2026
13 Mei 2026 | Konti IKIM.fm
Alhamdulillah, sesi perkongsian ilmu bertajuk “Al-Qur’an Ori? Semak Perakuan KDN Dulu!” telah berlangsung secara langsung di IKIM.fm.
Perkongsian ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memiliki mushaf Al-Qur’an yang mempunyai Perakuan KDN serta peranan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 dalam memelihara kesucian kalam Allah.
Terima kasih kepada Tuan Mohd Erwan Johari, DJ Tyzo dan DJ El Mohsen serta pihak IKIM.fm atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk sentiasa menyemak Perakuan KDN pada setiap mushaf Al-Qur'an.
11/05/2026
Al-Quran Anda Ori? Jom Semak! 📖✅
Masih ragu-ragu dengan kesahihan naskhah Al-Quran yang anda miliki? Jangan ambil mudah! Pastikan setiap naskhah mempunyai perakuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu.
Ikuti kupasan lanjut bersama Puan Nor Juliena Azleen Bt Ahmad, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN WPKL dalam slot khas ini.
🗓 Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
🕒 Masa: 09:30 Pagi
📻 Platform: IKIMfm (Slot Inspirasi Pagi)
📍 Frekuensi: 91.5 FM (Lembah Klang)
Jangan lupa temu janji kita di udara! Sebarkan info penting ini kepada keluarga dan rakan-rakan.
08/03/2026
Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ).
🗓️ 02 hingga 05 Mac 2026
📍 Twin Towers Fitness Centre (TTFC), KLCC.
⏰ 10:00 pagi hingga 04:00 petang
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah hadir serta mengambil bahagian dalam Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) dengan menukar Al-Qur’an yang tiada PERAKUAN KDN dan juga Al-Qur’an yang ROSAK kepada yang baharu sepanjang program berlangsung. Penyertaan dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan usaha murni ini.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada pihak penganjur, iaitu Persatuan Isteri-Isteri Kakitangan & Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) dengan kerjasama Surau Al-Muhsinin, PETRONAS Twin Towers, atas inisiatif dan komitmen dalam menganjurkan program yang bermanfaat ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda.
KEARAH SIFAR AL-QUR’AN YANG TIADA PERAKUAN KDN.
25/02/2026
Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) kembali lagi.
🗓️ 02 hingga 05 Mac 2026
📍 Twin Towers Fitness Centre (TTFC), KLCC.
⏰ 10:00 pagi hingga 04:00 petang
Anjuran Persatuan Isteri-Isteri Kakitangan & Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) dengan kerjasama dengan Surau Al-Muhsinin, PETRONAS Twin Towers untuk perkara di atas.
Kemasukan ke Petronita Bazaar Raya 2026
Terbuka kepada staff PETRONAS dan orang awam berumur 16 tahun ke atas.
Jumpa anda disana 😊
07/02/2026
Hebahan Khas Rakan Penguatkuasa PK KDN di seluruh negeri!
Dah jadi ahli kesatuan ke belum? Antara manfaat TERBESAR adalah akses kepada Premium Perlindungan Takaful yang direka khas mengikut skop kerja kita.
Risiko tugas tinggi? Kita lindungi.
Kos sara hidup naik? Kita bagi rate mampu milik.
Jadilah ahli yang bijak. Kita bersatu, kita terlindungi.
08/01/2026
JEMPUTAN RASMI
MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & DOA SELAMAT
SEMPENA ULANG TAHUN KESATUAN SEKERJA KE-2
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Majlis Bacaan Surah Yasin & Doa Selamat akan diadakan sempena Ulang Tahun Kesatuan Sekerja Ke-2. Sehubungan dengan itu, semua ahli Kesatuan Sekerja dari seluruh negeri dan cawangan adalah dengan ini dijemput serta dialu-alukan untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:
🗓 Tarikh: 9 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.45 pagi
📍 Tempat: Surau Ar-Rahman PK WPKL
💻 Kaedah: Secara hybrid melalui laman media sosial Bahagian PK KDN WPKL
Diharapkan kehadiran para ahli dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh perpaduan serta memanjatkan doa agar Kesatuan Sekerja terus maju dan diberkati.
31/12/2025
kami warga PK KDN WPKL CEMERLANG ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2026 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun 2026 ini mengukuhkan lagi perpaduan kita. Ayuh kita jaga negara kita, rumah kita, bersama-sama.