Majlis Belia FELDA Malaysia

Majlis Belia FELDA Malaysia

Share

Page Rasmi MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA.

Photos from Majlis Belia FELDA Malaysia's post 14/06/2026

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KOMUNITI MBFM WILAYAH JENGKA

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Membina Jati Diri, Memperkasa Generasi FELDA

Alhamdulillah, Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Komuniti MBFM Wilayah Jengka telah berjaya dilaksanakan pada 12 hingga 14 Jun 2026 di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi, Kedah.

Program ini bertujuan memperkukuhkan semangat patriotisme, memantapkan kefahaman terhadap aspirasi Malaysia MADANI, serta melahirkan generasi belia FELDA yang berilmu, berintegriti dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pengisian yang memberi penekanan kepada aspek kenegaraan, kepimpinan, perpaduan, pembangunan komuniti dan pembinaan karakter belia sebagai pewaris kepimpinan negara dan warga FELDA.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), FELDA, urus setia program serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi FELDA yang terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

โ€œMalaysia MADANI, FELDA Gemilang, Belia Cemerlang.โ€

06/06/2026

VAMOS OFFICIALLY FLYING TO MSC PARIS!

A dream come true! After fighting with everything theyโ€™ve got, Team Vamos has officially locked in the coveted slot to represent Malaysia at the MSC 2026 international tournament in France!

06/06/2026

Sorotan Program Rakan Bumi Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026

Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi inisiatif Rakan Muda : Rakan Bumi telah berjaya menganjurkan Program Rakan Bumi di Pantai Kuala Kerteh, Terengganu.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Penyelaras Dun Kemasik, Majlis Belia FELDA Wilayah Terengganu, Persatuan Belia FELDA Jerangau serta persatuan-persatuan belia FELDA Zon Kerteh dalam usaha memupuk kesedaran dan tanggungjawab bersama terhadap kelestarian alam sekitar.

Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga demi memastikan pantai kita kekal bersih, indah dan lestari untuk generasi akan datang.

๐ŸŒฑ Belia Prihatin Alam, Bumi Kekal Lestari.

Majlis Belia Malaysia JBSNegara FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Photos from Majlis Belia FELDA Malaysia's post 06/06/2026

PROGRAM RAKAN BUMI SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026 ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Program Rakan Bumi Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 5 Jun 2026 bertempat di Pantai Kuala Kerteh, Terengganu dengan penyertaan aktif belia, komuniti setempat serta pelbagai pihak yang komited terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program ini merupakan anjuran Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi inisiatif Rakan Muda : Rakan Bumi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama erat daripada Penyelaras Dun Kemasik, Majlis Belia FELDA Wilayah Terengganu, Persatuan Belia FELDA Jerangau, serta persatuan-persatuan belia FELDA di sekitar Zon Kerteh yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan program ini.

Melalui aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan pantai, program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap kebersihan kawasan rekreasi awam, malah menjadi medium pendidikan kepada masyarakat khususnya golongan belia mengenai kepentingan memelihara alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama.

Majlis Belia FELDA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, rakan strategik, agensi terlibat serta komuniti setempat yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

โ€œBelia Prihatin Alam, Bumi Kekal Lestari.โ€ ๐ŸŒฑ



Majlis Belia Malaysia
JBSNegara
FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Photos from Yayasan Felda's post 16/05/2026
Photos from Wan Rosdy bin Wan Ismail's post 13/05/2026
11/05/2026
Photos from Majlis Belia FELDA Malaysia's post 09/05/2026

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽธ GEGAR JENGKA BAKAL BERMULA! ๐ŸŽธ๐Ÿ”ฅ

Sempena sambutan Himpunan Generasi FELDA Pahang 2026 & 70 Tahun FELDA, pentas paling panas bakal menyaksikan pertembungan band-band terbaik dalam:

โšก FELDARIAN BATTLE OF THE BANDS : MEDLEY CLASH 2026 โšก

๐ŸŽค Persembahan khas artis jemputan:
๐Ÿ”ฅ Joe Burn Mark
๐Ÿ”ฅ Kecik Ogie
๐Ÿ”ฅ Cherpen

๐Ÿ“… 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam โ€“ 11.30 malam
๐Ÿ“ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang

Saksikan gabungan muzik, energi dan nostalgia dalam satu malam penuh gegaran!
Band-band terbaik bakal berentap demi merebut kejuaraan dan mencipta memori di pentas terbesar generasi FELDA!

โ€œSatu Pentas, Seribu Emosi, Satu Juara!โ€

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam paling epik sempena 70 Tahun FELDA!






Photos from FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan's post 08/05/2026

MALAM BERSELAWAT SEMPENA 70 TAHUN FELDA โœจ

Alhamdulillah, suasana penuh syahdu dan keberkatan apabila warga FELDA bersama masyarakat setempat berhimpun dalam Majlis Malam Berselawat yang berlangsung dengan penuh harmoni dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. ๐Ÿค

Lantunan selawat, alunan qasidah serta kehadiran anak muda dan komuniti FELDA membuktikan bahawa semangat perpaduan dan penghayatan Islam terus subur dalam jiwa generasi FELDA.

Semoga program seperti ini terus menjadi medium penyatuan ummah, menyemai kasih sayang serta memperkukuh nilai spiritual dalam komuniti kita.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Segalanya FELDA โค๏ธ








Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Menara Felda
Kuala Lumpur
54000