16/06/2026
Salam Awal Muharam 1448H.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan yang berterusan buat kita semua.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H.
Permodalan RISDA Berhad (PRB) is a wholly owned subsidiary of RISDA
16/06/2026
Salam Awal Muharam 1448H.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan yang berterusan buat kita semua.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H.
13/06/2026
Setinggi-tinggi ucapan salam takziah daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja PRB. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
"๐๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐-๐๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ค๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข."
(๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ช๐๐ซ๐๐ก: ๐๐๐)
Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan ucapan takziah kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Ngainon binti Haji Kasmoin pada awal pagi ini.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-fatihah.
03/06/2026
Satu langkah ke hadapan, satu usaha ke arah perkembangan yang lebih besar. Alhamdulillah, sesi perbincangan bersama Affin Bank hari ini berlangsung dengan baik sebagai usaha memperkukuh potensi kerjasama strategik dalam memperluaskan fasiliti kewangan bagi menyokong pertumbuhan perkhidmatan pemfaktoran.
Semoga segala perancangan dan perbincangan yang dimulakan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama, mengukuhkan ekosistem pembiayaan, serta menjadi pemangkin kepada perkembangan Jabatan Pemfaktoran ke arah yang lebih besar, lebih kukuh dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.
03/06/2026
Seluruh Warga RISDA merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Encik Ahmad Shukri bin Ab Malek, staf daripada Pejabat RISDA Daerah Jerantut yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-fatihah.
01/06/2026
DAULAT TUANKU ๐ฒ๐พ
DIRGAHAYU TUANKU,MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU PADA 1 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447H
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
EN ZAILANI BIN AHMAD
DAN
SELURUH WARGA KERJA
PERMODALAN RISDA BERHAD
31/05/2026
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Illahi, warga Permodalan RISDA Berhad turut bersama menjayakan Majlis Korban RISDA Tahun 1447H / 2026M dalam suasana penuh keberkatan, ukhuwah dan semangat kebersamaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA.
Penyertaan warga PRB termasuk pelaksanaan ibadah korban bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, bahkan menjadi manifestasi nilai keikhlasan, pengorbanan dan tanggungjawab sosial yang sentiasa menjadi teras dalam membentuk budaya organisasi yang prihatin serta berjiwa besar.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan menyempurnakan ibadah, malah menjadi ruang yang memperkukuhkan silaturrahim, menyatukan warga kerja dan menyemai semangat saling membantu serta berkongsi rezeki bersama masyarakat yang memerlukan.
Sesungguhnya, di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan nilai kemanusiaan yang menyatukan hati. Di sebalik setiap sumbangan, lahirnya keberkatan yang memberi makna kepada sebuah kebersamaan.
Semoga segala amal, pengorbanan dan usaha yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berpanjangan buat seluruh warga RISDA dan Permodalan RISDA Berhad.
โPengorbanan menyatukan hati, kebersamaan mengukuhkan ukhuwah.โ
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha. Semoga sambutan ini disambut dalam suasana harmoni, penuh kedamaian dan kesejahteraan.
Ikhlas Daripada
Ketua Pegawai Eksekutif
En. Zailani Bin Ahmad dan
Seluruh Warga Kerja Permodalan Risda Berhad
Ucapan Pengerusi Permodalan RISDA Berhad Dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan RISDA Berhad Sempena Hari Raya Aidiladha 1447H .
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ukhwah terus erat dan diberkati.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H
Aidiladha hadir membawa makna pengorbanan yang mendidik jiwa tentang keikhlasan, amanah dan keteguhan dalam melaksanakan tanggungjawab. Nilai-nilai inilah yang menjadi tunjang kepada sebuah organisasi yang berintegriti, progresif dan sentiasa membawa manfaat kepada masyarakat.
Dalam kita melangkah mendepani cabaran dan perubahan, semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan Nabi Ismail A.S. terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh iltizam, mempererat ukhuwah serta memacu kecemerlangan bersama.
Saya mewakili seluruh kepimpinan Permodalan RISDA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja, rakan strategik dan keluarga tercinta walau di mana jua berada.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dikurniakan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang terbaik di sisi Allah SWT.
โPengorbanan yang lahir daripada hati yang ikhlas akan sentiasa melahirkan keberkatan yang besar.โ
Ikhlas daripada
Pengerusi Permodalan RISDA Berhad
Ketua Pegawai Eksekutif
Permodalan RISDA Berhad
Dan seluruh Warga Kerja Permodalan RISDA Berhad
26/05/2026
Menjelang tirai cuti Aidiladha, semangat kerja tetap diteruskan.
Hari terakhir sebelum pejabat bercuti, Jabatan Pemfaktoran masih komited meneruskan sesi perbincangan bersama pelanggan daripada syarikat keselamatan dan perkhidmatan yang terlibat dengan projek serta kontrak bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
Sesi hari ini turut memberi penerangan berkenaan solusi pemfaktoran bagi membantu aliran tunai syarikat menjadi lebih lancar, cepat dan efisien demi operasi perniagaan.
Bagi syarikat yang mempunyai kontrak kerajaan, GLC atau projek korporat dan memerlukan kemudahan kewangan melalui pemfaktoran, kami sentiasa bersedia membantu.
Pintu kami sentiasa terbuka.. selesai raya, terus datang berjumpa kami. Boleh hubungi Pengurus Pemasaran Kami En Hafizdzul di talian 0199761344 ๐ค
| Monday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Tuesday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Wednesday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Thursday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Friday | 08:30 - 12:15 |
| 14:45 - 17:30 |