GTPC Official Launch | 6 June 2026
A significant milestone for Malaysia’s TVET ecosystem.
On 6 June 2026, the GITC TVET Placement Centre (GTPC) was officially launched, bringing together government, industry, TVET institutions, and strategic partners under one platform with a shared mission: connecting TVET talent with industry opportunities.
GTPC is designed to strengthen industry participation in talent development through internships, Work-Based Learning (WBL), apprenticeships, graduate placement, and skills matching powered by technology and industry collaboration.
We extend our sincere appreciation to all industry partners, associations, training institutions, government agencies, and stakeholders who have supported this initiative and contributed to making the launch a success.
The launch is only the beginning.
We welcome more employers and industry partners to join GTPC and become part of a national movement to develop a future-ready workforce and strengthen Malaysia’s talent pipeline.
To learn more about GTPC and explore opportunities for collaboration, internships, apprenticeships, and talent placement, visit:
www.tvetplacement.gov.my
GTPC – CONNECTING TALENT, EMPLOYERS AND TRAINING PROVIDERS.
"TVET SHAPES THE NATION'S FUTURE"
GITC Official
Government-Industry TVET Coordination Body
09/06/2026
7 Jun 2026, Putrajaya
Bersempena sambutan Hari TVET Negara 2026, satu sesi perkongsian khas mengenai GITC TVET Placement Centre (GTPC) telah disampaikan oleh Ts. Br Jamil Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif GITC, di Hub 6 TVET Infotainment.
Sesi ini memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi GTPC sebagai platform strategik yang menghubungkan graduan TVET dengan peluang pekerjaan industri, sekali gus memperkukuh agenda pemadanan bakat serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET negara.
Perkongsian ini turut menekankan komitmen GITC dalam memperkasakan ekosistem TVET melalui kerjasama erat antara institusi pendidikan, industri dan agensi berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.
"TVET Membentuk Masa Depan Negara"
09/06/2026
08/06/2026
6 Jun 2026, Putrajaya
PELANCARAN GITC TVET PLACEMENT CENTRE (GTPC): MEMPERKUKUH JAMBATAN ANTARA BAKAT TVET DAN INDUSTRI
Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) telah melakar satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran rasmi GITC TVET Placement Centre (GTPC) bersempena Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), yang menegaskan bahawa TVET kini menjadi laluan strategik kepada pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan, mobiliti sosial serta masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda Malaysia.
GTPC diwujudkan sebagai platform nasional yang menghubungkan institusi TVET dengan industri melalui penyelarasan penempatan latihan industri, pembelajaran berasaskan pekerjaan (Work-Based Learning), perantisan, peluang pekerjaan serta pemadanan bakat secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Selain menjadi pemudah cara kepada penempatan bakat TVET, GTPC turut berperanan sebagai pusat rujukan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja semasa industri, seterusnya membantu memastikan penawaran bakat yang dihasilkan selari dengan permintaan pasaran.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan GITC dalam memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan institusi TVET bagi membangunkan modal insan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan sektor berpertumbuhan tinggi negara.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Pengerusi GITC, YBhg Tan Sri Dato' (Dr) Soh Thian Lai; Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah; Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim; Timbalan Pengerusi GITC, YBhg. Dato' J. Palaniappan; dan Ketua Pegawai Eksekutif GITC, YBrs. Ts. Br. Jamil Bakri.
Selain itu, turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Ahmad Rizal Adnan; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah ; serta Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), YBrs Ir Ts Dr Kamaruzaman Md Ali.
Sila layari laman web www.tvetplacement.gov.my atau http://www.tvetplacement.gov.my. Terus mendaftar sebagai bakat TVET atau rakan industri bagi meneroka peluang kerjasama, penempatan dan pembangunan kerjaya melalui GTPC.
"TVET MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA"
05/06/2026
Pelancaran Rasmi GITC TVET Placement Centre (GTPC) sempena Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung pada 6 Jun 2026 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET).
📅 6 Jun 2026
📍 Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya
TVET MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA
MTVET
03/06/2026
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku.
Sembah Takzim Daripada,
Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurusan Dan Kakitangan.
‘TVET MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA’
31/05/2026
GITC mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambut.
Semoga sambutan ini membawa kedamaian, keharmonian dan kebahagiaan kepada anda serta keluarga tercinta.
"TVET MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA"
Ikhlas daripada,
Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Kakitangan GITC.
28/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Level 1, Wisma FMM, No. 3, Persiaran Dagang, PJU 9
Kuala Lumpur
52200
