03/06/2026
๐ฌ๐ช๐น๐ณ ๐ฉ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐
๐๐ ๐น๐๐, ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐
Saya meneruskan hari ini dengan menyempurnakan Majlis Perasmian Trak Pameran Bergerak ECRL 2026, satu inisiatif libat urus awam oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. bagi mendekati masyarakat secara lebih langsung dan menyeluruh.
Dengan kemajuan keseluruhan Projek ECRL yang kini mencapai 94 peratus setakat Mei 2026, inisiatif ini menjadi platform penting untuk berkongsi maklumat, meningkatkan kefahaman rakyat serta memperkukuh sokongan terhadap pelaksanaan projek infrastruktur strategik negara ini.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
03/06/2026
Memulakan pagi ini dengan menerima kunjungan hormat dari YBhg. Datoโ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus, Pengerusi SUHAKAM dan delegasi beliau. Turut serta ialah Ketua Pengarah BHEUU, YBhg. Datuk Zamri bin Misman.
Isu hak asasi manusia merupakan keutamaan Kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua golongan rakyat adalah terjamin dan terpelihara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
01/06/2026
Menjunjung kasih Tuanku.
Pagi penuh bahagia ini, saya dan isteri hadir bersama barisan kepimpinan negara dan Perkhidmatan Awam ke Majlis Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi Tahun 2026 di Istana Negara.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAA Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara atas pengurniaan Seri Setia Mahkota (S.S.M) dan The Pocket Rocketman, YBhg. Datoโ Mohd Azizulhasni bin Awang @ Muda, Atlet Berbasikal Trek Negara yang meletakkan Malaysia di persada dunia atas pengurniaan Darjah Bakti (D.B ).
Tahniah juga kepada YBhg. Tan Sri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg. Inspektor Jeneral Polis Tan Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara atas pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N), YBhg. Tan Sri Johan bin Mahmood @ Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Amran bin Mohamed Zin, KSU Kementerian Luar Negeri, YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, atas pengurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M).
Ucapan tahniah turut dizahirkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, KSU Kementerian Pendidikan Tinggi dan YBhg. Datuk Hairil Yahri bin Yaacob, KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atas pengurniaan Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) serta kepada semua penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada hari ini.
Semoga terus menjadi pembakar semangat memberikan perkhidmatan terbaik kepada raja dan negara.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Kredit: Unit Foto JAPEN
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Patik sekalian mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taโala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan rahmat, hidayah, kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan dan kemuliaan yang berdaulat sepanjang masa.
Dirgahayu Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
31/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.
Semoga nilai murni yang dihayati melalui perayaan ini terus memperkukuh semangat hormat-menghormati, menyatukan kepelbagaian dan mempererat keharmonian yang menjadi asas kekuatan Malaysia.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
29/05/2026
Alhamdulillah, berkesempatan bersama-sama penduduk Kampung Tanjong Batu, Nenasi, Pekan dalam Program Qorban dan Kenduri Rakyat yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan, muafakat dan semangat kekeluargaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tok Empat Muzafar Abu Samah, Ketua Kampung Tanjong Batu, seluruh JKK Kampung serta Jawatankuasa Masjid Tanjong Batu atas kerjasama menjayakan program kali ini.
Penghargaan turut dirakamkan kepada YBhg. Datoโ Indera Mahmud bin Mohd Nawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YBhg. Datoโ Mohd Lafzul bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang, serta YBhg. Datoโ Mohd Fairuz Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif YP Plantation atas sokongan dan penglibatan yang diberikan bagi memastikan kelancaran program ini.
Terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh penduduk Kampung Tanjung Batu, Taman Seri Tanjong dan Taman Seri Agropolitan yang berganding bahu serta menyumbangkan tenaga dalam semangat gotong-royong bagi memastikan program ini berlangsung dengan lancar. Semangat kebersamaan, muafakat dan kesukarelawanan yang ditunjukkan ini wajar terus dipupuk dan dipertahankan sebagai nilai yang mengakar dalam kehidupan bermasyarakat.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
29/05/2026
Terima kasih kerana terus menjadi mata dan telinga masyarakat. Terima kasih kerana terus memilih ketepatan berbanding sensasi, konteks berbanding spekulasi, walaupun ada masanya kebenaran itu pahit untuk ditelan.
Teruskan menulis dengan berani, laporkan dengan telus dan kekalkan prinsip cepat, tepat, berintegriti dan berasaskan fakta.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026. Semoga pena terus tajam, ketukan jari terus laju mengejar masa dan setiap byline terus membawa makna dengan niat ikhlas demi negara.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐