Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur

Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur

Share

Sentul Sentiasa Unggul Pada 16 Oktober 2008, Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul Kuala Lumpur (PPWSKL) ditubuhkan. Sektor Perancangan.
2. Sektor Pembelajaran.
3.

PPWSKL bertanggungjawab terhadap pengurusan 58 buah sekolah rendah dan 23 buah sekolah menengah di Zon Sentul. PPWSKL telah memulakan operasinya dengan kapasiti perjawatan seramai 14 orang pegawai, iaitu seorang Caretaker, 6 orang Penolong Pegawai Pelajaran, 2 orang Penyelia Kanan dan 3 orang Penyelia dengan surat pelantikan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2008. Pada 1 Disember 2008, PPWSKL telah men

11/06/2026

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Ahmad Zakhwan Aqeef bin Sifly , Murid Tingakatan 5, SMK Tiara Permai, Kuala Lumpur yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Jun 2026 (Khamis). Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ
Al-Fatihah ...
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.... .َ . ﺁﻣِّﻴْﻦ

Salam Takziah Daripada,

Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

,












Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 11/06/2026

Bengkel Kepimpinan Instruksional Pengetua Pengetua Daerah Sentul 2026

Tarikh: 9-10 Jun 2026
Masa: 11.00- 4.30pm
Tempat:SMK Tiara Permai

Anjuran:
Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL dengan kerjasama SPS PPD Sentul

Kehadiran:
2 pegawai SIP+ PPDS
1 pegawai SIP+ PPD BP
24 Pengetua Sentul

Objektif:

Pada akhir bengkel, peserta dapat:

1. Memahami konsep dan kepentingan Data Jangkaan sebagai asas kepada perancangan strategik dan peningkatan prestasi sekolah.

2. Mengaplikasikan Model 3-5-2 dalam proses penetapan sasaran sekolah secara sistematik dan berasaskan data bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan prestasi.

3. Menggunakan Data Slicer dan Pivot Table untuk menganalisis data prestasi murid dengan lebih pantas, tepat dan berfokus.

4. Mengenal pasti kumpulan murid High Risk dan Low Risk melalui analisis data bagi membantu perancangan intervensi yang bersasar.

5. Membuat interpretasi dapatan data pendidikan untuk menyokong proses pemantauan, penilaian dan penambahbaikan berterusan di peringkat sekolah.

6. Mengintegrasikan penggunaan NotebookLM sebagai alat sokongan kepimpinan instruksional dalam pengurusan maklumat, analisis dokumen dan penyediaan laporan berasaskan data.

7. Memperkukuh kompetensi kepimpinan instruksional pengetua dalam membuat keputusan strategik yang berimpak tinggi terhadap pencapaian akademik sekolah.

,












11/06/2026

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2027.

Iklan permohonan akan dibuka mulai 1 Jun 2026 jam 10:00 pagi hingga 31 Julai 2026 jam 11:59 malam.

Untuk semakan, sila layari https://tls.moe.gov.my

,












Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2027.

Iklan permohonan akan dibuka mulai 1 Jun 2026 jam 10:00 pagi hingga 31 Julai 2026 jam 11:59 malam.

Untuk semakan, sila layari https://tls.moe.gov.my

11/06/2026

TAHNIAH SMK LA SALLE SENTUL

Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMK La Salle Sentul atas kejayaan meraih Tempat Pertama Anugerah Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi Sesi 2025/2026.

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga sekolah dalam memupuk budaya kelestarian alam sekitar, amalan hijau serta pengurusan persekitaran sekolah yang cemerlang.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

PPD Sentul amat berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar kecemerlangan terus dilakar pada masa hadapan.

Ikhlas daripada,

Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

,












Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 10/06/2026

BIMBINGAN BERSEPADU SEKOLAH INSPIRASI KATEGORI SEKOLAH RENDAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SENTUL TAHUN 2026

Tarikh: 8 Jun Mei 2026 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur
Penyelaras: Encik Saifullizan bin Abd.Jamil
Kehadiran : Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan PPD, SIPartners+, SISC+ dan Penolong PPD

Objektif Program:
Objektif bimbingan berfokus bagi SK Kiaramas adalah untuk memperkukuh kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah melalui pendekatan bimbingan profesional yang sistematik, berfokus, dan kolaboratif bagi mengekalkan serta memantapkan status sekolah yang telah berjaya melonjak ke kategori Sekolah Inspirasi.

Program ini memberi penekanan kepada pemantapan kepimpinan instruksional serta peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong dan melestarikan trend peningkatan kualiti Kemenjadian Murid secara holistik, terutamanya dalam aspek pembangunan sahsiah dan akademik. Pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi turut difokuskan bagi memastikan kecemerlangan Pengurusan Sekolah kekal konsisten pada tahap optimum melalui pembudayaan amalan penambahbaikan berterusan.

Di samping itu, program ini berperanan sebagai medium sokongan strategik dalam memperkasa kapasiti warga pendidik dengan mengeksploitasi lonjakan luar biasa dalam Kualiti PdP Guru serta kecemerlangan Pencapaian Sekolah, di samping merangka intervensi khusus untuk memulihkan semula skor kekuatan guru dan memantapkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan institusi yang berdaya saing dan terus menjadi sumber inspirasi.

,












Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 10/06/2026

Syabas dan Tahniah!

KEJOHANAN BADMINTON MSSWPKL 2026

Pasukan Badminton Daerah Sentul telah mengharumkan nama daerah dengan pencapaian cemerlang dan berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Badminton MSSWPKL 2026. Pencapaian pasukan MSSD adalah seperti berikut:

Kategori Menengah – JOHAN

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang luar biasa dalam kalangan murid dan guru pengiring. PPD Sentul amat berbangga dengan komitmen semua pihak yang terlibat dalam memastikan pencapaian terbaik ini dapat direalisasikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, guru, ibu bapa serta warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan!

Sentul Sentiasa Unggul!

Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

,












Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 09/06/2026

BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA MODUL PENGURUSAN GURU DI BAWAH SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SISTEM eOPERASI BAGI DATA BERAKHIR 30 APRIL 2026 SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH SENTUL BIL 2/2026

Tarikh: 20 dan 21 Mei 2026 (Rabu dan Khamis)
Masa: 11:00 pagi hingga 04:30 petang
Tempat: Bilik Gerakan, SMK Taman Bukit Maluri

Anjuran:
Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sentul

Penyelaras :
En. Aiman Bin Izhar
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sentul

Kehadiran:
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Daerah Sentul

Objektif:
1. Memastikan ketepatan, kesahihan dan kesempurnaan data Modul Pengurusan Guru dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) eOperasi.
2. Menyelaras dan menyeragamkan proses semakan serta verifikasi data guru di peringkat sekolah menengah harian Daerah Sentul mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Meningkatkan kefahaman Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkaitan pengurusan, pengemaskinian dan penyelenggaraan data guru dalam sistem eOperasi.
4. Mengenal pasti dan membetulkan sebarang ketidakpadanan, ralat atau maklumat yang tidak lengkap bagi memastikan integriti data yang tinggi.
5. Memastikan data yang direkodkan dalam sistem adalah terkini, tepat dan boleh digunakan sebagai sumber rujukan rasmi bagi tujuan perancangan, pengurusan sumber manusia dan pembuatan keputusan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam memastikan pengurusan data pendidikan dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan.

,












Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 09/06/2026

KUNJUNG BANTU DAN BIMBINGAN TPPD SPS KE SK TAMAN SERI SINAR

8 Jun 2026 | SK Taman Seri Sinar

Cik Hanifah binti Mat Yusoff, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), Pejabat Pendidikan Daerah Sentul telah mengadakan sesi kunjung bantu dan bimbingan ke SK Taman Seri Sinar.

Turut hadir mengiringi lawatan tersebut ialah Encik Wan Rozi bin Wan Jaafar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah.

Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau, memantau serta memperkukuh pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian sekolah agar selaras dengan dasar, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Selain itu, sesi ini turut memberi ruang kepada pihak sekolah untuk berkongsi inisiatif serta amalan terbaik yang dilaksanakan, di samping mendapatkan panduan, bimbingan dan khidmat nasihat secara lebih terarah bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan sekolah.

Diharapkan lawatan seumpama ini dapat terus memperkasa tadbir urus sekolah, meningkatkan keberkesanan pengurusan pendidikan serta menyokong usaha melahirkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkualiti demi kesejahteraan seluruh warga sekolah, khususnya murid-murid.














08/06/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Krishna Kumari a/p Naidu, Pengetua SMK La Salle Sentul, atas perkongsian amalan terbaik sekolah dalam webinar antarabangsa anjuran Southeast Asian Ministers of Education Organization bertajuk “Scaling Impact: Waste Hero Schools Leading Community Change” pada 21 Mei 2026.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen dan kecemerlangan sekolah dalam memupuk budaya kelestarian alam sekitar serta memperkasakan murid sebagai agen perubahan melalui program Waste Hero Schools. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah turut mengangkat imej pendidikan daerah Sentul di peringkat antarabangsa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan untuk terus melakar kejayaan, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan yang berkualiti serta mampan.

Tahniah dan syabas!

Sentul Sentiasa Unggul!

Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

,












Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 08/06/2026

Syabas dan Tahniah!

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSWPKL 2026

Pasukan Bola Tampar Daerah Sentul telah mengharumkan nama daerah dengan pencapaian cemerlang dan berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Bola Tampar MSSWPKL 2026. Pencapaian pasukan MSSD adalah seperti berikut:

Kategori Bawah 12 Tahun (Perempuan) – KETIGA
Kategori Bawah 18 Tahun (Lelaki) – KETIGA (MSSD SENTUL B)
Kategori Bawah 18 Tahun (Lelaki) – JOHAN (MSSD SENTUL A)
Kategori Bawah 18 Tahun (Perempuan) – JOHAN

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang luar biasa dalam kalangan murid dan guru pengiring. PPD Sentul amat berbangga dengan komitmen semua pihak yang terlibat dalam memastikan pencapaian terbaik ini dapat direalisasikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, guru, ibu bapa serta warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan!

Sentul Sentiasa Unggul!

Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

,












Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Sultan Azlan Shah
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30