Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia

Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia

Share

Jentera Perpaduan dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Photos from Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia's post 11/06/2026

12 Jun 2026, 9 Malam

Telah berlangsung mesyuarat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia kali Ke-3 untuk tahun 2026.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah di ikuti dengan ucapan aluan Pengerusi serta pengenalan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga sesi 2026-2029 yang baru.

Antara yang di bincangkan adalah berkaitan program yang bakal berlangsung dalam masa terdekat serta perancangan di masa akan datang.

Juga pemakluman hal-hal lain berkaitan penduduk kampung.

Mesyuarat ditangguh pada jam 11.00 malam.

Syabas diucapkan kepada semua yang hadir!

11/06/2026

📢📢📢 Program Taklimat Keselamatan dan Demonstrasi Pemadaman Kebakaran 📢📢📢

Anjuran Bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia, MPP Seputeh Sub Zon 6 dan Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia.

📅 : 20 Jun 2026
🌞 : Sabtu
⏰ : 8.00 pagi hingga tamat
📍 : Pusat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia

Semua di jemput hadir!

31/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗨𝗹𝗮𝗻𝗴𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝟰𝟮!

Mengukuhkan Perpaduan, Memperkasakan Komuniti!

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H (2026 Masihi).

Semoga Aidiladha ini memberi semangat baharu buat semua ahli jawatankuasa yang dilantik serta semua warga Petaling Bahagia. Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan ini menjadi inspirasi dan membawa rahmat buat kita semua.

Ingatan tulus ikhlas daripada Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia dan Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia.

Photos from Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia's post 23/05/2026

23 Mei 2026, 7.30 Malam

Dilaporkan musibah bencana alam telah berlaku dan melibatkan rumah Puan Sitiy Jumaah (Lot 43). Sebuah pokok besar telah tumbang dan menimpa rumah beliau pada jam 3.30 petang tadi.

Setakat jam 8.30 malam tadi, pihak JPAM dan BOMBA masih lagi sedang menguruskan dahan pokok yang tumbang serta sebuah pokok lagi yang berisiko tumbang.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Seputeh - MPP Seputeh Sub Zon 6 En Alvin di iringi AJK En Nazir telah membuat lawatan tapak bagi mengenal pasti jenis kerosakan dan tahap kerugian yang dialami.

Wakil Rukun Tetangga sempat menziarahi mangsa bagi menyampaikan sumbangan kecemasan bagi meringankan beban yang dihadapi.

Semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.

Photos from Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia's post 22/05/2026

22 Mei 2026, 9 Malam

Telah berlangsung sesi pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk sesi 2026-2029.

Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia bagi sesi 2026-2029.

Syabas dan tahniah kepada yang terpilih dan selamat menjalankan tugas!

Semoga Allah SWT pelihara silaturahim ini dan moga Kampung Petaling Bahagia terus kekal bersatu 💪🏻

22/05/2026

Malam ini!

Semua warga Kampung Petaling Bahagia dijemput hadir!

Semua warga Kampung Petaling Bahagia dijemput hadir!

Photos from Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia's post 14/05/2026

Untuk Makluman Warga Kampung Petaling Bahagia

Sedang berlangsung kerja-kerja baikpulih dan membina "cut off" drain dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kerja baikpulih ini akan melibatkan "Road Curb" sepanjang 200 meter bermula dari Masjid Jamek Petaling hingga ke Pusat Rukun Tetangga.

Semoga kerja baikpulih ini berjalan lancar dan dapat menyelesaikan masalah air hujan turun dari Jalan Puchong masuk ke kawasan kampung.

Photos from Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia's post 12/05/2026

7 Mei 2026, 3 Petang

Alhamdulillah Ziarah Kasih Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia sempat menziarahi En. Subanardi, AJK Rukun Tetangga dan anak beliau yang terlibat dengan kemalangan tempohari.

Di doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

12/05/2026

Semua warga Kampung Petaling Bahagia dijemput hadir!

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pusat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia
Kuala Lumpur
58200