CIDB Holdings

CIDB Holdings

Share

CIDB Holdings Sdn Bhd (417555-H) is a subsidiary of Construction Industry Development Board (CIDB)

Photos from CIDB Malaysia's post 12/06/2026
12/06/2026

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia

CIDB Holdings Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.

Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau dalam memperkasa industri pembinaan negara.

CIDB Holdings yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, CIDB Malaysia akan terus dipacu dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.

Selamat menjalankan amanah demi kemajuan industri pembinaan Malaysia.

Photos from CIDB Holdings's post 10/06/2026

Bengkel Pembangunan Soalan Modul SKP Siri Kedua

Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Soalan Modul SKP Siri Kedua bagi Sistem Pembetungan dan Pengurusan Fasiliti Bangunan pada 8 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur.

Bengkel ini melibatkan penyertaan panel pembangun dan pakar industri daripada JKR, JPP, SPAN, UTHM, UiTM, IWK, Prasarana serta AFD Resources.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Photos from CIDB Holdings's post 10/06/2026

Majlis Penutup Program Skilltech Sesi 2

Telah berlangsung Majlis Penutup Program Skilltech Sesi 2 pada 9 Jun 2026 bertempat di ABM Wilayah Tengah.

Seramai 18 peserta telah berjaya menamatkan latihan berstruktur dan akan meneruskan kelas bimbingan perniagaan serta teknikal selama 3 bulan secara dalam talian.

Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Photos from CIDB Holdings's post 10/06/2026

Kursus Traffic Controller & Flagman (TCF) In-House

Telah berlangsung Kursus Traffic Controller & Flagman (TCF) In-House pada 09 Jun 2026 bertempat di Majlis Daerah Tanjong Malim, melibatkan seramai 30 orang peserta.

Program ini memberi pendedahan berkaitan keselamatan kerja jalan, pengurusan trafik, peralatan papan tanda, serta peranan Traffic Controller dan Flagman.

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat.

05/06/2026

🚧 Peluang kerjaya dalam industri Oil, Gas & Services Equipment (OGSE) kini dibuka!

Sertai Program Pembangunan Keupayaan Bakat Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) dengan peluang latihan dan penempatan kerjaya bersama syarikat-syarikat OGSE terpilih.

πŸ“ Lokasi latihan: Sarawak, Sabah, Terengganu & Johor
πŸ“… Pengambilan: Jun 2026

Antara manfaat program:
βœ… Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP)
βœ… Yuran latihan ditanggung sepenuhnya
βœ… Elaun saku, penginapan, makan & minum disediakan
βœ… Peluang pekerjaan dalam industri OGSE

πŸ“² Terhad kepada 200 orang sahaja. Daftar sekarang di https://forms.gle/oCCvhvjZiBuWH3Bx5 atau hubungi pusat latihan berhampiran anda.

03/06/2026

PENGUMUMAN TARIKH BAHARU KONVENSYEN KONTRAKTOR

πŸ“… 17-18 Ogos 2026
πŸ“ PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena

Bertemakan β€œNexGen Builders: Pembina Generasi Baru”, konvensyen ini membuka ruang kepada pemain industri untuk meneroka peluang, teknologi dan jaringan strategik β€” khususnya di wilayah utara yang sedang pesat membangun.

Jadi… nak terus melihat perubahan, atau jadi sebahagian daripadanya?

Daftar sekarang:
πŸ‘‰ https://www.cidbholdings.com.my/konvensyen-kontraktor/

01/06/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H sembah takzim daripada seluruh warga kerja CIDB Holdings.

30/05/2026

Happy Vesak Day, on this auspicious occasion, may your life be filled with peace, happiness, and contentment. May the spirit of compassion, harmony, and kindness continue to inspire us all in building a better and brighter future together.

Wishing all Buddhists a meaningful and blessed Vesak Day.

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang diraikan pada hari penuh keberkatan ini terus memperkukuh nilai kemanusiaan dan perpaduan dalam kehidupan kita.

Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan buat anda sekeluarga. ✨

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Level 26, The Met Corporate Tower, 20 Jalan Dutamas 2
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 12:00
15:00 - 17:00