01/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jen Tan Sri Datoโ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Panglima Tentera Udara atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri.
Semoga pengiktirafan yang amat berprestij ini menjadi pemangkin untuk terus menerajui kecemerlangan dan memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam mempertahankan kedaulatan negara.
01/06/2026
Sekalung Tahniah kepada Jeneral Tan Sri Datoโ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin Angkatan Tentera Malaysia dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi kedaulatan negara.
01/06/2026
Bukan sekadar seragam yang disarung,
bukan sekadar latihan yang ditempuh.
Di sebalik setiap langkah dan pengorbanan,
tersemat cinta kepada tanah air yang tidak pernah luntur.
Selamat Hari Ulang Tahun ke-68 Rejimen Askar Wataniah
Berkhidmat Untuk Negara
01/06/2026
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Dayak di Sarawak daripada Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ Azhan bin Hj Md Othman serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia.
Semoga sambutan yang diraikan menjadi lambang kesyukuran atas hasil tuaian, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara.
Gayu Guru Gerai Nyamai
Selamat Hari Gawai 2026 ๐พ
01/06/2026
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ Azhan bin Hj Md Othman serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-68 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada seluruh warga TUDM.
Sejak penubuhannya, TUDM terus memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara serta memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Malaysia melalui profesionalisme, kesiapsiagaan dan semangat juang yang tinggi.
Semoga TUDM terus melakar kecemerlangan, memperkasa keupayaan angkatan dan kekal menjadi perisai negara yang disegani.
Kuasa Udara, Perisai Negara
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan serta kesihatan yang berpanjangan serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku dalam menerajui negara yang tercinta.
Sembah takzim daripada Panglima Tentera Darat serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia
31/05/2026
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ Azhan bin Hj Md Othman serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada penganut Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang dalam kehidupan serta memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama demi kemakmuran negara yang tercinta.
Selamat Hari Wesak 2026 โจ
29/05/2026
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููู
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ Azhan bin Hj Md Othman serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Lt Jen Datoโ Hj Abdul Aziz bin Hassan (Bersara), Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Ke-17 yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat institusi Tentera Darat Malaysia. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah
28/05/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban Perdana Tentera Darat Tahun 2026M/1447H sebagai tanda kesyukuran serta penghayatan semangat pengorbanan dan kebersamaan dalam kalangan warga TDM.
Sebanyak 18 ekor lembu terlibat dalam pelaksanaan ibadah korban kali ini melibatkan 11 ekor lembu korban hasil penyertaan warga TDM serta 7 ekor lembu sumbangan khas. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada warga TDM, keluarga yang memerlukan serta komuniti setempat. Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam, malah memperkukuh ukhuwah, semangat keprihatinan dan perpaduan antara warga Tentera Darat Malaysia dengan masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal serta barisan kepimpinan tertinggi TDM yang bersama-sama melaksanakan aktiviti penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban.