11/06/2026
๐ข MAKLUMAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SEPENUHNYA SISTEM TERRABOX PPTGWP
Bermula 1 Julai 2026, semua urusan perserahan dan kutipan dokumen di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWP) akan dilaksanakan sepenuhnya melalui Sistem TerraBox PPTGWP.
Pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan, mempercepatkan proses urusan serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan sistematik kepada pelanggan.
โ
Perserahan dokumen secara digital
โ
Semakan status yang lebih pantas
โ
Kutipan dokumen yang lebih teratur dan efisien
โ
Mengurangkan penggunaan dokumen fizikal
Sehubungan itu, orang ramai dan pihak berkepentingan adalah disarankan untuk membuat persediaan awal dan menggunakan Sistem TerraBox PPTGWP bagi semua urusan berkaitan mulai tarikh tersebut.
โ๏ธ Sebarang pertanyaan, sila hubungi meja bantuan TerraBox:
๐ 03-2610 3337
๐ Hari Bekerja (Isnin โ Jumaat)
8.00 pagi โ 4.00 petang
๐ 03-8084 1008
Selain waktu pejabat dan hari bekerja:
โข Isnin โ Jumaat: 5.00 petang โ 10.00 malam
โข Sabtu & Ahad: 8.00 pagi โ 12.00 tengah malam
โข Cuti Umum: 8.00 pagi โ 10.00 malam
PPTGWP komited ke arah penyampaian perkhidmatan tanah yang lebih cekap, telus dan mesra pelanggan melalui transformasi digital.
03/06/2026
AGIHAN DAGING IBADAH KORBAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 1447H / 2026M
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan dan keprihatinan menerusi Program Agihan Daging Ibadah Korban Tahun 1447H / 2026M.
Agihan daging korban kepada penerima yang telah disenaraikan telah dilaksanakan pada:
๐
3 Jun 2026 (Rabu)
๐ Menara 1 DBKL
Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada para penerima serta menyemarakkan semangat kebersamaan, kesyukuran dan keprihatinan dalam masyarakat.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU!
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada YBhg. Datin Paduka Rahilah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta seluruh Warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
31/05/2026
๐พ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ๐พ
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga musim menuai ini membawa kemakmuran, kegembiraan dan keberkatan, serta mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai.
31/05/2026
๐ชท Selamat Menyambut Hari Wesak ๐ชท
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua serta terus memupuk nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan dalam masyarakat.
30/05/2026
๐ฒ Tak sempat ke kaunter? Tak perlu risau ๐
Bayaran Cukai Tanah / Cukai Petak PPTGWP boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi eTanah WP โ cepat, mudah dan boleh dibuat di mana sahaja! Hanya imbas kod bar bil anda dan bayar!
๐งพ Semak bil
๐ณ Terus buat bayaran
โฐ Elakkan tunggakan & caj lewat bayaran
Jangan lupa jelaskan bayaran anda sebelum 31 Mei ๐
Terima kasih warga Wilayah Persekutuan โค๏ธ
26/05/2026
๐โจ Salam Aidiladha 1447H | 2026M โจ๐
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita di samping menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan. ๐คฒ๐ป
Ikhlas daripada
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan seluruh warga PPTGWP.
21/05/2026
โณ Tinggal 10 hari lagi!
Masih sempat untuk jelaskan bayaran Cukai Tanah / Cukai Petak PPTGWP anda ๐
Elakkan tunggakan dan caj lewat bayaran dengan membuat bayaran sebelum atau pada 31 Mei.
๐ฑ Bayar lebih mudah di portal PPTGWP atau melalui aplikasi eTanah WP
โ๏ธ Cepat
โ๏ธ Mudah
โ๏ธ Bila-bila masa
Jangan tunggu saat akhir ya ๐
Terima kasih warga Wilayah Persekutuan!
21/05/2026
๐ข Peringatan Mesra Warga Wilayah Persekutuan ๐
Jangan lupa untuk menjelaskan bayaran Cukai Tanah / Cukai Petak PPTGWP sebelum atau pada 31 Mei bagi mengelakkan caj lewat bayaran dikenakan.
๐ป Bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi PPTGWP:
www.ptgwp.gov.my
๐ฑ Atau melalui aplikasi eTanah WP
โ๏ธ Mudah
โ๏ธ Cepat
โ๏ธ Bila-bila masa
Terima kasih atas kerjasama anda ๐
20/05/2026
๐ข KENYATAAN MEDIA
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan ingin menegaskan bahawa proses penukaran status pegangan hakmilik tanah di Taman Segar, Cheras daripada Pegangan Bertempoh (Leasehold) kepada Pegangan Selama-lamanya (Freehold) adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi serta tertakluk sepenuhnya kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Proses tersebut merupakan tindakan perundangan yang dimulakan oleh pemilik tanah sendiri melalui Saman Pemula dan bukan melibatkan sebarang inisiatif politik atau campur tangan mana-mana pihak berkepentingan.
PPTGWPKL turut menegaskan bahawa tiada penglibatan secara langsung mana-mana YB Menteri atau ahli politik dalam menentukan kelulusan permohonan berkenaan. Segala urusan adalah tertakluk kepada keputusan badan kehakiman serta pelaksanaan teknikal berdasarkan Kanun Tanah Negara.
Orang awam disarankan agar sentiasa merujuk kepada sumber rasmi dan tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan.