15/06/2026
📖✨ PROGRAM MENGENANG NEGARAWAN TUN FUAD STEPHENS: “LEGASI HUGUAN SIOU MEMBINA NEGARA BANGSA” ✨📖
Program Mengenang Negarawan Tun Fuad Stephens bertemakan “Legasi Huguan Siou Membina Negara Bangsa” telah berjaya dilaksanakan pada 15 Jun 2026 di Le Méridien Kota Kinabalu, Sabah.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan Arkib Negara Malaysia dalam mendokumentasikan serta mengangkat ketokohan, jasa dan sumbangan negarawan negara untuk tatapan serta rujukan generasi masa hadapan.
Melalui sesi pengkisahan dan bicara negarawan, para peserta berpeluang menghayati peranan penting Allahyarham Tun Fuad Stephens sebagai Huguan Siou dalam pembentukan Malaysia serta penyatuan masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah negara, selaras dengan legasi Tun Fuad Stephens yang membuktikan bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada perpaduan, persefahaman dan semangat kebersamaan rakyat.
15/06/2026
15 Jun 2026 - Arkib Negara Malaysia telah menerima lawatan berpandu seramai 40 orang peserta daripada Istana Negara.
Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan ANM secara umum, melihat koleksi bahan arkib di dewan penyelidikan, demonstrasi pemuliharaan bahan arkib dan sistem pengurusan rekod di ANM.
Diharapkan lawatan berpandu ini dapat memberikan ilmu dan pendedahan bermanfaat kepada para peserta.
14/06/2026
Arkib Negara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda dalam menjayakan program yang menjadi platform penting untuk menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh keharmonian serta meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian adat, budaya dan tradisi rakyat Malaysia.
Selaras dengan tema “Bersama Membina Negara Bangsa”, kehadiran dan penglibatan anda mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh perpaduan sebagai asas kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan negara.
Semoga semangat perpaduan yang disemarakkan sepanjang sambutan ini terus mekar dalam sanubari setiap rakyat Malaysia demi membina sebuah negara bangsa yang lebih bersatu, harmoni dan maju.
14/06/2026
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir dan memeriahkan Pameran Aset Keselamatan dan Agensi yang merangkumi Perkhidmatan Bergerak, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta dan Agensi Keselamatan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 14 Jun 2026 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua agensi yang telah mengambil bahagian dan memberikan komitmen sepanjang penganjuran pameran ini. Penyertaan serta kerjasama yang diberikan telah membantu menjadikan pameran ini sebagai platform yang berkesan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat serta meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan dan fungsi pelbagai agensi.
Semoga para pengunjung memperoleh manfaat daripada perkongsian maklumat, perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan sepanjang pameran berlangsung. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan antara agensi dan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan selaras dengan tema “Bersama Membina Negara Bangsa”.
Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan. Jumpa lagi di program akan datang!