25/05/2026
PERBADANAN PENGURUSAN DAN PERSATUAN PENDUDUK FLAT TAMAN MULIA ADAKAN MESYUARAT AGUNG SERENTAK
BANDAR TUN RAZAK 24 Mei β Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16, manakala Taman Mulia ABG Management Corporation turut melaksanakan Mesyuarat Agung kali ke-10 bagi tahun 2026 dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekitaan.
Mesyuarat yang berlangsung secara serentak itu bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan dan akta pengurusan strata, malah menjadi platform penting untuk penduduk bermuhasabah, berbincang serta menentukan hala tuju komuniti demi kesejahteraan bersama.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Haji Mohd Zainuddin Hj Amran daripada Pusat Mediasi Komuniti Madani Sejahtera, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan strata dan mediasi komuniti turut berkongsi ilmu dengan ahli mesyuarat yang hadir berkaitan usaha memperkukuhkan keharmonian penduduk serta meningkatkan kefahaman mengenai hak dan tanggungjawab pemilik unit.
Dalam mesyuarat tersebut juga, penduduk telah memilih barisan kepimpinan baharu bagi kedua-dua organisasi untuk meneruskan agenda pembangunan komuniti pada sesi akan datang.
Kejayaan pengurusan sesebuah komuniti tidak boleh dipikul oleh jawatankuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan, kerjasama dan penglibatan aktif seluruh penduduk bagi mewujudkan persekitaran yang lebih aman, teratur dan sejahtera.
19/05/2026
π’ PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Pengurusan Taman Mulia ABG Management Corporation Kali Ke-10 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
ποΈ Tarikh: 24 Mei 2026 (Ahad)
π Pendaftaran: 11.00 pagi
π¦ Mesyuarat Bermula: 11.30 pagi
π Tempat: Dewan Flat Taman Mulia, Persiaran Ikhlas
Semua pemilik petak/unit dijemput hadir bagi bersama-sama membincangkan hal berkaitan pengurusan dan pembangunan komuniti demi kesejahteraan bersama.
Kehadiran anda amat dihargai dan penting dalam memastikan pengurusan Management Corporation terus berjalan dengan baik selaras dengan Akta 757.
π Sila lakukan pengesahan kehadiran melalui QR Code yang disediakan pada poster.
01/05/2026
6 Tiang Lampu Solar, Malam Kini Lebih Bersinar! β¨
Flat Taman Mulia kini lebih ceria dan selamat dengan pemasangan 6 unit tiang lampu solar di sekitar kawasan perumahan ππ‘
Persatuan Penduduk Blok A, B & G Flat Taman Mulia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, khususnya YB Datoβ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas sumbangan yang amat bermakna ini π
Inisiatif ini bukan sahaja menerangi kawasan pada waktu malam, malah memberi ketenangan dan meningkatkan tahap keselamatan buat seluruh komuniti.
Terima kasih atas keprihatinan demi kesejahteraan penduduk β€οΈ
13/04/2026
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERIAHKAN KOMUNITI FLAT TAMAN MULIA
KUALA LUMPUR, 12 April β Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penduduk Blok A, B & G Flat Taman Mulia bersama Management Corporation telah berlangsung dengan meriah pada 12 April 2026 di Dewan Flat Taman Mulia, dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Majlis ini berjaya menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh keceriaan Aidilfitri, di samping kehadiran pemimpin masyarakat serta wakil-wakil agensi berkaitan yang turut memeriahkan acara. Keharmonian jelas terserlah melalui interaksi mesra, jamuan juadah tradisional serta semangat kebersamaan yang dipupuk sepanjang program berlangsung.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen komuniti dalam memperkukuh nilai muhibah dan perpaduan. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan majlis ini.
01/04/2026
Jom meriahkan suasana Aidilfitri! πβ¨
Penduduk-penduduk Flat Taman Mulia dijemput hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Raya Aidilfitri π‘
π
12 April 2026 (Ahad)
π 2.00 petang β 5.00 petang
π Dewan Flat Taman Mulia
Pelbagai juadah menanti, ukhuwah kita eratkan π€
Jumpa di sana! Jangan lupa ajak keluarga & jiran sekali! π
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 /1447 Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat.
Maaf Zahir & Batin