30/05/2026
Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam
Laman rasmi Parti Keadilan Rakyat Cabang Shah Alam
30/05/2026
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga Shah Alam✨
Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna cinta, taat dan penghambaan kepada Yang Maha Esa.
Hari Raya Aidiladha bukan sekadar sambutan, malah ia merupakan sebuah madrasah yang mendidik kita tentang erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan dalam memberi, serta ketaatan mutlak kepada Allah SWT.
Marilah kita mengambil semangat Aidiladha ini untuk memperkukuh ukhuwah sesama kita, saling membantu mereka yang memerlukan, dan bersama-sama membina masyarakat yang harmoni serta rahmah berteraskan aspirasi Malaysia Madani.
Tulus ikhlas daripada kami di KEADILAN Cabang Shah Alam.
17/05/2026
13 Mei 2026
Telah berlangsungnya perjumpaan di antara Setiausaha Cabang Shah Alam bersama Wanita Keadilan Padang Jawa.
Agenda berkisar kepada menyampaikan info semasa, penyelarasan pendaftaran ahli baru dan penyusunan program bagi Hari Raya Aidil Adha.
Turut hadir, Tok Samsudin Nali, Ketua Kampung Padang Jawa Petaling yang juga AJK Cabang Shah Alam dan Raja Norhasliza, Ketua Ranting Padang Jawa 5.
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara Nadi Negara”
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara. 📚🇲🇾
Ucapan tulus ikhlas daripada KEADILAN Cabang Shah Alam
Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YB Tuan Najwan Halimi, Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam merangkap Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.
Seluruh warga Keadilan Cabang Shah Alam mendoakan agar YB dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang afiyat, serta diberkati segala urusan dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan dan hikmah kepada YB untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan rakyat, khususnya di Shah Alam dan negeri Selangor amnya.
Barakallah Fii Umrik, YB!
16/04/2026
JANGAN TERLEPAS! KEMASKINI STATUS KEANGGOTAAN ANDA SEKARANG 🗣️
KEADILAN Cabang Shah Alam menyeru semua anggota untuk segera menyemak status yuran melalui aplikasi ADIL. Pembayaran yuran tahun 2026 adalah penting bagi membolehkan anda memiliki kad digital dan menghadiri MATC 2026.
Mudah sahaja, semuanya di hujung jari melalui bahagian 'Profil' dalam aplikasi.
Muat turun aplikasi ADIL di App Store dan Google Play Store.
Mari kita perkuatkan barisan keanggotaan kita!
10/04/2026
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WANITA KEADILAN CABANG SHAH ALAM BAGI TAHUN 2026
Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pejabat KEADILAN Cabang Shah Alam, G-08, Blok 2, TTDI Adina, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13 Shah Alam
Semua anggota Wanita KEADILAN Cabang Shah Alam dijemput hadir!
06/04/2026
MISI KEMANUSIAAN: MALAYSIA KE GAZA MELALUI GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 🇲🇾🇵🇸
Didoakan Misi Bantuan Kecemasan ke Gaza yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, selaku Ketua Delegasi bagi pihak Perdana Menteri Malaysia dipermudahkan dan bantuan sampai terus kepada saudara kita di Gaza yang sangat memerlukan 🤲
Misi ini bukan sekadar penghantaran bantuan, tetapi simbol Solidariti Tegas Malaysia menentang kepungan rejim Zionis.
"Dari Sungai ke Segara, Palestin Akan Merdeka!"
04/04/2026
Selamat Ulang Tahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat!
KEADILAN Cabang Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perjuangan berterusan parti dalam menegakkan keadilan, reformasi dan suara rakyat sejak tahun 1999.
27 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang ketabahan, pengorbanan dan komitmen dalam membina sebuah Malaysia yang lebih adil dan inklusif.
Semoga KEADILAN terus utuh, progresif dan menjadi harapan rakyat untuk masa depan yang lebih gemilang.
Reformasi! ✊
04/04/2026
Krisis tenaga global bukan lagi isu jauh—ia sedang memberi kesan kepada Malaysia ⚡🇲🇾
Konflik di Asia Barat menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia.
Apa langkah terbaik untuk kita hadapi situasi ini? Infografik ini menjelaskan tindakan Kerajaan Madani Malaysia di bawah kepimpinan PMX menghadapi saat genting kini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
301, Lorong Selangor, Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100
