12/06/2026
Keuntungan tinggi. Risiko rendah. Pulangan cepat.
Nampak menarik tetapi jika tawaran itu seakan-akan indah khabar dari rupa, kemungkinan besar itu benar.
Sentiasa sahkan skim pelaburan melalui sumber rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi.
Jika ragu-ragu, sahkan dengan BNMLINK di bnmlink.bnm.gov.my
__
High profits. Low risk. Quick returns.
It’s tempting - but if it sounds too good to be true, it probably is.
Always verify investment schemes through official sources before making any transactions.
If in doubt, verify with BNMLINK at bnmlink.bnm.gov.my
11/06/2026
Gabenor Rasheed telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Jepun, Katayama Satsuki bersempena dengan Nikkei Forum Future of Asia 2026 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.
Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai kerjasama kewangan serantau di bawah ASEAN+3, di mana Jepun kini memegang peranan sebagai Pengerusi Bersama, serta usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun.
__
Governor Rasheed met the Minister of Finance of Japan, Katayama Satsuki at the sidelines of the Nikkei Forum Future of Asia 2026 in Tokyo, Japan.
Both sides exchanged views on regional financial cooperation through ASEAN+3, where Japan currently serves as Co-chair this year, as well as the strengthening of bilateral cooperation between Malaysia and Japan going forward.
10/06/2026
Gabenor Rasheed bersama-sama para gabenor daripada Central Bank of the Republic of Türkiye dan Palestine Monetary Authority di 3rd Global Islamic Economic Summit anjuran AlBaraka Forum di Türkiye bagi satu sesi perbincangan panel bertajuk “Re-Engineering Capital Flows: An Islamic Framework for Comprehensive Macro-Micro Economic Integration".
Sesi tersebut membincangkan pendekatan untuk menggerakkan modal dengan tujuan yang jelas, lantas memastikan aliran modal selaras dengan penciptaan nilai jangka panjang serta pembangunan negara yang mampan.
___
Governor Rasheed joined fellow Governors from the Central Bank of the Republic of Türkiye and the Palestine Monetary Authority at the 3rd Global Islamic Economic Summit by AlBaraka Forum in Türkiye for a panel discussion on “Re-Engineering Capital Flows: An Islamic Framework for Comprehensive Macro-Micro Economic Integration".
The session discussed pathways to mobilise capital with clear purpose, ensuring capital flows align with long-term value creation and sustainable nation-building.
06/06/2026
Ingat tak simbol ini daripada zaman sekolah? Anggap ini sebagai petanda untuk bina tabiat kewangan yang lebih mantap!
__
You just unlocked a childhood memory. Now this is your sign to unlock better financial habits!
03/06/2026
Skim Jaminan BNM–CGC kini dibuka untuk permohonan mulai 1 Jun 2026!
Dengan enam jaminan portfolio ditawarkan, skim ini menyokong PKS dalam memacu pertumbuhan, inovasi, kelestarian dan daya tahan.
Untuk maklumat lanjut, layari bnm.gov.my/bnmcgcgtee
--
The BNM–CGC Guarantee Schemes are now open for applications starting 1 June 2026!
With six portfolio guarantee offerings, the schemes support SMEs in driving growth, innovation, sustainability and resilience.
To learn more, visit bnm.gov.my/bnmcgcgtee
30/05/2026
Semoga musim menuai ini membawa kemakmuran berterusan, sambil kita meraikan tradisi yang berkekalan bersama insan tersayang.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai daripada kami di Bank Negara Malaysia. 🌾
--
May this harvest season bring continued abundance as we celebrate enduring traditions together with loved ones.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai from all of us at Bank Negara Malaysia. 🌾
28/05/2026
Sejak perasmiannya pada 15 Mei 1971, ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjadi simbol daya tahan yang menyaksikan pertumbuhan negara, mengharungi detik mencabar dan terus menjadi kediaman BNM sehingga ke hari ini.
_
Since opening its doors on 15 May 1971, the Bank Negara Malaysia (BNM) headquarters has stood as a symbol of resilience — witnessing the nation’s growth, navigating moments of challenge, and continuing to serve as BNM’s home to this day.
13/05/2026
Nak tahu lebih lanjut mengenai KGP? 🤔. Kami ringkas jawapannya melalui beberapa soalan lazim ini!
Ketahui lebih lanjut tentang KGP melalui bnm.gov.my/kgp
__
Want to learn more about the KGP? 🤔. Don't worry, we've got you covered with these frequently asked questions!
For further details, click bnm.gov.my/kgp
12/05/2026
Bantuan kewangan sentiasa tersedia. Hubungi bank anda lebih awal jika anda memerlukan bantuan. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut: bnm.gov.my/ra
__
Support is just a conversation away. Reach out to your bank early if you need assistance. Click this link for more info: bnm.gov.my/ra