12/06/2026
π¨ Awas SMSSpy β panggilan mencurigakan boleh memancing anda muat turun aplikasi berbahaya.
Ia berisiko menyebabkan kehilangan wang dan data peribadi β jangan klik, jangan muat turun, dan segera laporkan jika ragu. π
12/06/2026
π‘π¬ Cegah penularan berita palsu dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.
π Semak dan laporkan keraguan di https://sebenarnya.my/
12/06/2026
Kerajaan MADANI menyediakan pembiayaan mikro lebih RM5 bilion bagi membantu lebih 400,000 usahawan mikro meningkatkan taraf hidup dan mengembangkan perniagaan. π°π
Inisiatif ini menyokong pelbagai golongan termasuk penjaja kecil, wanita, belia, pekerja gig dan lepasan TVET dengan kadar pembiayaan tertentu serendah 3% setahun.
12/06/2026
π Kerajaan terus memperkukuh stok penimbal dan bersedia mempercepat akses kepada ubat-ubatan kritikal apabila diperlukan.
12/06/2026
π Tenaga buruh Malaysia meningkat kepada 17.33 juta orang pada April, dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal kukuh pada 70.9 peratus.
12/06/2026
Kerajaan akan memperkukuh tindakan menangani isu penjajahan ekonomi oleh pihak bukan warganegara yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi negara serta daya saing usahawan tempatan.
Perkara itu antara fokus utama Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini.
Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2567465
12/06/2026
π Kerajaan terus memantau perkembangan krisis bekalan global yang memberi kesan kepada pasaran tenaga, makanan, logistik dan kos sara hidup bagi memastikan bekalan serta perkhidmatan penting kekal terjamin. π
β‘ Langkah kesiapsiagaan, pemantauan berterusan dan intervensi bersasar dilaksanakan demi mengekalkan kestabilan ekonomi, melindungi pekerjaan serta menjaga kesejahteraan rakyat. π€
12/06/2026
π²πΎπ€π―π΅ Lawatan rasmi ke Jepun membuka peluang baharu kerjasama strategik MalaysiaβJepun dalam bidang keselamatan maritim, AI, semikonduktor, tenaga, kewangan dan rantaian bekalan.
Kerjasama yang diperkukuh ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk mempererat perkongsian strategik komprehensif demi kemakmuran bersama. β¨