LAWATAN PEMANTAUAN KERJA PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE PEJABAT RISDA DAERAH MARAN
Pejabat RISDA Daerah Maran telah menerima lawatan kerja daripada Pengarah RISDA Negeri Pahang, Encik Abdul Aziz bin Awang, dalam satu sesi lawatan pemantauan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kepada pekebun kecil di peringkat daerah.
Antara intipati utama yang dibincangkan ialah:
• Data profiling pekebun kecil berdasarkan data banci tahun 2023 bagi memastikan ketepatan maklumat serta keberkesanan perancangan program pembangunan.
• Pencapaian usaha menyantuni pekebun kecil secara inklusif sehingga Jun 2026 sebagai indikator keberkesanan pelaksanaan program turun padang dan intervensi bantuan.
• Format Pemantauan Kemajuan Pekebun Kecil bertemakan “Mensejahtera Komuniti, Memperkasa Komoditi” sebagai pendekatan pemantauan yang lebih sistematik, tersusun dan menyeluruh.
• Strategi “Anchor Buyer” peringkat PRD Maran bagi memperkukuh rantaian pemasaran serta memastikan jaminan pasaran yang lebih stabil dan mampan kepada pekebun kecil.
Semoga lawatan pemantauan kerja ini dapat memperkukuh kefahaman, meningkatkan komitmen serta menyemarakkan kesepaduan seluruh warga RISDA dan pekebun kecil dalam merealisasikan agenda transformasi organisasi secara berkesan dan berterusan.
RISDA Daerah Maran
Pejabat RISDA daerah Maran 26500 Maran Pahang
11/06/2026
ALHAMDULILLAH...
PERMULAAN YANG BAIK DI KG PAYA PASIR MARAN.
11 JUN 2026
Harga skrap yang menarik hari ini membuktikan bahawa hasil kebun getah masih mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pekebun kecil.
📍 Belian Getah Bergerak RISDA di Kg Paya Pasir ✅ 2 orang peserta ✅ Jumlah belian 1,395.00 kg ✅ Harga belian RM4.34/kg
Alhamdulillah, peserta terus menerima bayaran hasil jualan tanpa perlu bersusah payah menghantar ke pusat belian yang jauh.
📞 Berminat untuk menjual skrap? Hubungi En. Akmal (RPSB) 📱 011-1910 5979
Jom jual skrap kepada RISDA.
Komer terus ke kebun anda.💰🚚
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
10/06/2026
📢 "AWOKMER BILE LAGI WEH!!!"
PEKEBUN KECIL GETAH, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Masih ada yang simpan skrap lama-lama atau tunggu harga naik lagi? Sedangkan sekarang RISDA datang terus ke kawasan anda untuk membeli getah skrap.
5,003 kg skrap berjaya dikumpulkan dengan 16 orang pekebun kecil telah mengambil peluang menjual hasil mereka melalui Program Belian Getah Bergerak RISDA di Kg Bukit Lada.
✅ Tak perlu pening cari pembeli
✅ Tak perlu keluar kos pengangkutan yang tinggi
✅ Timbangan telus dan pembayaran terjamin
✅ RISDA datang lebih dekat dengan pekebun
Ruginya jika peluang seperti ini dibiarkan berlalu begitu sahaja. Skrap yang tersimpan di kebun atau belakang rumah bukan sekadar timbunan getah, tetapi boleh menjadi sumber pendapatan tambahan untuk keluarga.
🌱 Jual banyak atau sedikit, RISDA tetap sedia membeli.
📍 Belian Getah Bergerak RISDA
📌 Kg Bukit Lada
📅 10 Jun 2026
💰 Harga Semasa: RM4.40/kg
📞 Untuk maklumat lanjut atau tempahan belian di kebun, hubungi: En. Akmal (RPSB) 📱 011-1910 5979
Jangan tunggu lama-lama..
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
09/06/2026
📢 KEMPEN BELIAN GETAH BERGERAK RISDA DAERAH MARAN 📢
Jangan lepaskan peluang menjual getah anda pada harga yang kompetitif dan pembayaran yang telus!
RISDA Daerah Maran melalui RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) akan meneruskan Program Belian Getah Bergerak ke beberapa lokasi terpilih bagi memudahkan pekebun kecil memasarkan hasil getah mereka tanpa perlu pergi jauh.
JADUAL BELIAN GETAH RPSB
📍 8 Jun 2026 (Isnin) – Jengka 16
📍 9 Jun 2026 (Selasa) – Kg Embun
📍 10 Jun 2026 (Rabu) – Bukit Lada
📍 11 Jun 2026 (Khamis) – Kg Sungai Ling
📍 16 Jun 2026 (Selasa) – Paya Ladang Chenor
✅ Harga belian yang kompetitif
✅ Timbangan yang telus dan tepat
✅ Pembayaran yang teratur
✅ Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil
✅ Pembeli getah utama yang dipercayai
Pekebun kecil digalakkan mengambil peluang ini bagi memastikan hasil getah dijual kepada saluran pemasaran yang sah, telus dan menguntungkan.
📞 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En. Akmal (RPSB)
☎️ 011-1910 5979
"RPSB Terus Beli Di Kebun Anda"
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
09/06/2026
HARGA SKRAP MENARIK TARIK MAKIN RAMAI PEKEBUN KECIL KEPADA RISDA
KG EMBUN, 9 Jun 2026 – Program Belian Getah Bergerak RISDA Daerah Maran terus mendapat sambutan positif daripada pekebun kecil apabila harga belian skrap yang kompetitif berjaya menarik minat lebih ramai peserta untuk menjual hasil getah mereka terus kepada RISDA.
Dalam program yang diadakan di Kampung Embun hari ini, seramai 4 orang pekebun kecil telah mengambil bahagian dengan jumlah kutipan skrap sebanyak 1,023.00 kilogram. RISDA menawarkan harga belian sebanyak RM4.42 sekilogram, sekali gus memberikan pulangan yang lebih baik kepada pekebun kecil.
Pendekatan belian terus ke kebun melalui perkhidmatan Belian Getah Bergerak RISDA dilihat mampu memudahkan urusan pemasaran hasil getah, di samping menjimatkan masa dan kos pengangkutan yang perlu ditanggung oleh pekebun kecil.
RISDA Daerah Maran komited untuk terus memperluaskan perkhidmatan ini bagi memastikan pekebun kecil mendapat manfaat maksimum daripada hasil tanaman mereka serta menikmati saluran pemasaran yang lebih mudah, cepat dan telus.
Pekebun kecil yang berminat untuk menyertai program ini atau mendapatkan
maklumat lanjut boleh menghubungi:
📞 En. Akmal (RPSB)
011-1910 5979
"RISDA Terus Beli Ke Kebun Getah Anda"
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
09/06/2026
ALHAMDULILLAH...
TAHNIAH!!!
PERMULAAN YANG SANGAT POSITIF DI KG JALAN PANJANG CHENOR,
9 JUN 2026
RISDA Daerah Maran mencatatkan permulaan yang amat memberangsangkan bagi program belian skrap getah secara bergerak bersama pekebun kecil di Kg Jalan Panjang.
Seramai 3 orang peserta telah berjaya menjual hasil getah dengan jumlah kutipan sebanyak 470 KG pada harga RM4.42/KG. Sambutan positif ini membuktikan komitmen pekebun kecil dalam meningkatkan hasil pendapatan melalui inisiatif yang dibawa oleh RISDA.
Program ini merupakan usaha berterusan RISDA dalam memudahkan urusan pemasaran getah dengan konsep “RISDA terus beli ke kebun getah anda”, sekali gus membantu menjimatkan masa dan kos pengangkutan pekebun.
Terima kasih kepada semua pekebun yang memberikan kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan permulaan kawasan belian skrap di Kg Jalan Panjang.
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
En. Akmal (RPSB)
011-1910 5979
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
08/06/2026
BELIAN GETAH BERGERAK RISDA PLANTATION
DI TSB JENGKA 16, MARAN
8 JUN 2026
Program Belian Getah Bergerak RISDA anjuran RISDA Daerah Maran telah berjaya dilaksanakan di TSB Jengka 16 dengan sambutan menggalakkan daripada pekebun kecil sekitar kawasan tersebut.
Seramai 18 peserta telah mengambil bahagian dengan jumlah kutipan getah sebanyak 1,881.00 KG pada harga belian RM4.48/KG.
Program ini merupakan antara inisiatif RISDA dalam membantu pekebun kecil memasarkan hasil getah secara terus di kebun, sekali gus memudahkan urusan jualan dan meningkatkan pendapatan pekebun.
RISDA akan terus komited memperkasakan perkhidmatan kepada pekebun kecil melalui program turun padang dan belian bergerak dari semasa ke semasa.
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
En Akmal (RPSB)
011-1910 5979
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
08/06/2026
🌿 RUMPAI TERKAWAL, HASIL GETAH MENINGKAT! 🌿
Tahukah anda? Rumpai yang tidak dikawal boleh bersaing dengan pokok getah untuk mendapatkan nutrien, air dan cahaya, sekali gus menjejaskan pertumbuhan serta pengeluaran lateks.
📌 Kenal pasti jenis rumpai di kebun anda:
✅ Rumpai Berkayu
✅ Paku-pakis
✅ Rumput Kasar
Penggunaan racun rumpai yang sesuai mengikut jenis rumpai dan kadar yang disyorkan mampu memberikan kawalan yang lebih berkesan serta menjimatkan kos pengurusan kebun.
⚠️ Utamakan keselamatan dengan memakai PPE dan lakukan semburan ketika cuaca baik serta tidak berangin.
🌱 Pengurusan rumpai yang betul hari ini adalah pelaburan untuk hasil getah yang lebih tinggi pada masa hadapan.
05/06/2026
PRESTASI BELIAN GETAH RISDA DAERAH MARAN BAGI BULAN MEI 2026
Pejabat RISDA Daerah Maran ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pekebun kecil getah di Daerah Maran Pahang yang terus memberikan sokongan serta kepercayaan kepada program pemasaran getah melalui RISDA dan RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB).
Berdasarkan rekod belian bagi tempoh 1 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026, jumlah getah yang berjaya dibeli adalah sebanyak 94.68 metrik tan (MT). Manakala jumlah belian terkumpul bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Mei 2026 telah mencapai 345.13 metrik tan (MT).
Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi para pekebun kecil dalam memastikan hasil getah terus dipasarkan melalui saluran yang sah, telus dan memberi pulangan yang kompetitif. Kejayaan ini juga mencerminkan kerjasama erat antara RISDA dan komuniti pekebun kecil dalam usaha memperkukuhkan sektor pekebun kecil getah di Daerah Maran.
RISDA Daerah Maran akan terus komited menyediakan perkhidmatan pemasaran yang cekap, telus dan berintegriti bagi membantu meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan pekebun kecil.
📌 Jom jual getah kepada RPSB!
✅ Harga menarik, harga terbaik
✅ Harga adil, pendapatan terjamin
✅ Kualiti terjamin, perkhidmatan cemerlang
Terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak.
RISDA...
"Mensejahtera Komuniti, Memperkasa Komoditi"
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
04/06/2026
💰 PEKEBUN GETAH, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
RISDA DATANG TERUS KE KEBUN GETAH ANDA!!
Lubuk Paku Maran,
| 4 JUN 2026
Alhamdulillah, program Belian Getah Bergerak RISDA di Kg Lubuk Paku terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pekebun kecil.
✅ 34 peserta ✅ 6,768 KG skrap berjaya dibeli ✅ Harga tawaran RM4.59/KG
Ini membuktikan bahawa semakin ramai pekebun kecil memilih RISDA sebagai rakan pemasaran yang dipercayai kerana proses yang mudah, telus dan harga yang kompetitif.
🚛 RISDA datang terus ke kebun anda! Tidak perlu pening memikirkan urusan pengangkutan atau pemasaran.
Kumpulkan skrap anda dan biarkan RISDA membantu memasarkan hasil titik peluh anda.
🌟 Sedikit atau banyak, tetap bernilai. Setiap kilogram skrap yang dijual mampu menambah pendapatan keluarga pekebun kecil.
📢 Kepada seluruh pekebun kecil getah di Daerah Maran dan kawasan berhampiran, marilah bersama-sama menyertai Program Belian Getah Bergerak RISDA.
Jual dengan yakin, jual dengan mudah, jual dengan RISDA!
HARGA BERMARUAH !!!
📞 Hubungi En. Akmal (RPSB) 011-1910 5979
RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
PEJABAT RISDA DAERAH MARAN
Maran
26500
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
