Bila muzium ‘datang’ ke sekolah… 🏫✨
Muzium Seni Bina Malaysia berjaya bawakan Program Muzium @ Komuniti ke SK Pulai, Merlimau pada 9 Jun 2026. Melibatkan lebih 600 pelajar, program ni penuh dengan aktiviti berimpak:
🔹 Lawatan Berpandu Pameran Bergerak Jejak Seni Bina Zon Zon Selatan
🔹 Kuiz Pameran 🧠
🔹 Pemasangan Kit STEM (Tajaan Yayasan Mr D.I.Y.) 🛠️
Kreatif dan penuh bertenaga! Jom lihat sekitar kemeriahan program itu. Sekolah korang bila lagi? 🎬
Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, Melaka
Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi
Muzium Seni Bina Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2004.
Muzium Seni Bina Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang memberikan gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk mempamerkan keunikan dan kepelbagaian warisan seni bina di Malaysia selain mengendali dan menyediakan maklumat asas mengenai sejarah s
10/06/2026
MELAKA, 10 Jun 2026 (Rabu) - Muzium Seni Bina Malaysia berjaya menghimpunkan lebih 600 pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Ya'akub, Merlimau dalam Program Muzium @ Komuniti yang berlangsung hari ini. Program dijalankan secara berperingkat bagi memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman interaktif melalui Lawatan Berpandu, kuiz pameran, dan aktiviti pemasangan Kit STEM Mr D.I.Y. Turut hadir YBrs. Encik Saufi bin Mat Kahar, Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’akub dan Encik Fakhrul Izhar bin Ramlee, Pegawai SIC+ TVET, selaku wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
09/06/2026
MELAKA, 9 Jun 2026 (Selasa) – Muzium Seni Bina Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Muzium @ Komuniti di Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, yang melibatkan penyertaan lebih 600 pelajar secara berperingkat. Program yang dirasmikan oleh Pegawai SIC+ TVET Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Encik Fakhrul Izhar bin Ramlee ini, padat dengan pelbagai aktiviti pengisian berimpak termasuk Lawatan Berpandu Pameran Bergerak Rumah Tradisional Zon Selatan, kuiz pameran, serta aktiviti pemasangan Kit STEM tajaan Mr D.I.Y.
01/06/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah Takzim Daripada:
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Muzium Malaysia
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.
Kementerian Perpaduan Negara
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026
Pengarah serta seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua umat Buddha.
Semoga semangat perpaduan dan nilai-nilai murni sentiasa mekar dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang budaya.
30/05/2026
Selamat Menyambut Tadau Kaamatan & Hari Gawai!
Pengarah dan seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tadau Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazandusun, Murut, dan Rungus, serta Selamat Hari Gawai kepada masyarakat Dayak di Sarawak.
Semoga perayaan menuai pada tahun ini membawa limpahan rezeki, keharmonian, kesihatan yang baik, dan kemakmuran yang berpanjangan buat kita semua. Bersama-sama kita terus memelihara dan menghargai kekayaan warisan budaya serta seni bina tradisi yang menjadi lambang identiti serta perpaduan negara.
Kotobian Do Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Gayu Guru Gerai Nyamai!
IMBASAN PROGRAM MUZIUM @ KOMUNITI: POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA (PMM)
Merlimau, 22 April 2026 - Muzium Seni Bina Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Muzium @ Komuniti yang membawakan Pameran Bergerak eksklusif bertajuk "Garis & Akar: Lensa Lim Chong Keat"
Pelbagai program pendidikan menarik telah dijalankan bagi menyokong pameran ini, antara
🔷️Lawatan Berpandu
🔷️Kuiz Interaktif Kahoot
🔷️Aktiviti Pemasangan Set STEM Mr. D.I.Y.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PMM atas kerjasama erat dan komitmen yang cemerlang sepanjang program ini berlangsung.
Sorotan Reruai Muzium Seni Bina Malaysia! 🇲🇾✨
Saksikan kemeriahan reruai kami bersempena Program Sambutan Minggu Perpaduan Zon Selatan 2026. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara dan menyokong warisan seni bina negara pada 8-10 Mei 2036 lalu di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka.
26/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Pengarah dan seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada para pengunjung setia kami. Semoga perayaan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.
NOTIS MAKLUMAN: PENUTUPAN OPERASI MUZIUM
Sila ambil maklum mengenai perubahan waktu operasi muzium sempena sambutan Hari Raya Aidiladha seperti ketetapan berikut:
Tutup: 27 Mei 2026 (Rabu)
Dibuka Semula: 28 Mei 2026 (Khamis)
Pihak pengurusan muzium memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Selamat bercuti dan pandu cermat ke destinasi anda!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota
Melaka
75000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 16:00 |
