Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia

Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia

Share

Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), PLANMalaysia

Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 09/06/2026

KURSUS PENGGUNAAN TOOLS SISTEM MUO SIRI 2 TAHUN 2026

8-9 Jun 2026 | PLANMalaysia, Putrajaya - telah diadakan Kursus Penggunaan Tools MUO Siri 2 Tahun 2026 yang memfokuskan kepada latihan praktikal pembangunan Dashboard dan Storymap. Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan teknik visualisasi data yang lebih efektif bagi menyokong penyampaian maklumat perancangan bandar yang lebih interaktif dan dinamik.

โ€‹Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta daripada Bahagian dan Pejabat Projek PLANMalaysia yang terlibat.

โ€‹Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan sepenuhnya demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian PLANMalaysia.

Photos from Malaysia Urban Observatory's post 08/06/2026
Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 08/06/2026

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ (๐—ฅ๐—ž๐—ž) ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ (๐—ฅ๐—˜) ๐—–๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—˜ (๐—–๐—™๐—ฆ) ๐—›๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—” - ๐—›๐—ฆ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ž - ๐—›๐—ฆ ๐—š๐—”๐——๐—œ๐—ก๐—š (๐—•-๐—ฆ๐—Ÿ ๐Ÿญ)

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก

๐Ÿ“PUTRAJAYA | 5 JUN 2026 - Satu sesi perbincangan dan penyelarasan peruntukan kos kajian telah diadakan di bilik perbincangan, Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dipengerusikan oleh Pengurus Projek, Puan Norhasrin binti Abdullah. Perbincangan telah dihadiri oleh wakil Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, PLANMalaysia Negeri Selangor dan juga Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Perbincangan bertujuan untuk menyelaras semula peruntukan kos pengurusan bagi kajian RKK RE CFS BSL-1 sebelum pembentangan di peringkat Jabatan, seterusnya Majlis Penuh MPHS dan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor akan datang. Selain itu, perbincangan adalah berkenaan program publisti awal kajian secara atas talian yang berlangsung pada 5 Mei 2026 sehingga 5 Jun 2026 dan akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026. Turut dibincangkan adalah berkenaan penyelarasan lawatan tapak bagi pengemaskinian data geospatial yang akan diadakan pada 9-10 Jun 2026 di sekitar kawasan kajian.

Sesi penyelarasan kajian RKK RE CFS BSL-1 menjadi platform penting dalam memperkukuh usaha pemuliharaan rangkaian ekologi dan memastikan setiap langkah perancangan dilaksanakan secara teratur, inklusif dan mampan. Bersama-sama memperkukuh perancangan RKK Rangkaian Ekologi CFS bagi memastikan khazanah hutan terus terpelihara, biodiversiti terus dilindungi dan keseimbangan alam terus terjamin.

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚.




Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 06/06/2026

๐Ÿ™๏ธ ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐€๐ง๐š๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฌ ๐๐š๐ง ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง (๐‹๐€๐’๐)

๐Ÿ“ Putrajaya | 4 Jun 2026 - Mesyuarat Pasukan Kajian Bil. 2/2026 bagi peringkat Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan (LASP) telah diadakan bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah ini telah dihadiri oleh pasukan kajian dan agensi teknikal serta pembentangan oleh pihak perunding bagi memperhalusi dapatan analisis serta strategi pembangunan yang dicadangkan dan persediaan pelaksanaan Focus Group Discussion (FGD) bagi mendapatkan pandangan serta input daripada pihak-pihak berkepentingan.

Ke arah pembangunan yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif, pelbagai cadangan strategi telah dibentangkan sebagai asas dalam membentuk hala tuju pembangunan Daerah Manjung menjelang tahun 2040.

โœจ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฆ๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐๐ž๐ฆ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ .





26/05/2026

โœจ ๐Ÿ•Œ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026M โœจ

Di sebalik pengorbanan, terselit nilai keikhlasan, kesyukuran dan kebersamaan.

Semoga hari yang mulia ini membawa rahmat serta kebahagiaan buat kita semua.

Ikhlas daripada
Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT)

Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 23/05/2026

๐ŸŒŠ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ, ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š ๐๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ ๐Ÿ๏ธ

๐Ÿ“๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ , ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐š๐ง) bukan sekadar lawatan lapangan, tetapi perjalanan memahami denyut nadi pembangunan, keindahan alam dan potensi masa depan Daerah Manjung.

Dari pesisir Pulau Pangkor hingga ke gugusan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak, setiap lokasi membuka ruang penelitian terhadap isu, cabaran serta peluang pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan seimbang antara pembangunan serta pemeliharaan alam sekitar. ๐ŸŒฟ

Panorama laut dan pulau yang memukau, perkampungan tradisi yang unik serta kekayaan khazanah marin menjadi gambaran jelas bahawa Manjung bukan sahaja destinasi pelancongan dan maritim, malah aset strategik yang perlu dirancang dengan teliti demi generasi akan datang. Lawatan lapangan ini merangkumi Pasir Bogak, Teluk Nipah, Kg. Sungai Pinang Kecil & Besar, Kg. Teluk Gedung, Pekan Pangkor, kawasan jeti dan hasil laut, Lapangan Terbang Pangkor serta kawasan pemeliharaan alam sekitar dan persisiran pulau seperti Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Lalang, Pulau Nipis, Pulau Rumbia dan beberapa pulau kecil lain yang membentuk gugusan Pulau Sembilan.

Lawatan lapangan Pulau Jarak yang merupakan pos kawalan dan stesen luar pantai TLDM mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan ini turut disertai oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, wakil Majlis Perbandaran Manjung (MPM), YBrs. Dr. Chua Rhan See, Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah PLANMalaysia, Puan Norhasrin Abdullah, Pengurus Projek Pejabat Projek Zon Tengah PLANMalaysia serta pasukan perunding Rekarancang Sdn. Bhd.

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Perbadanan Taman Negeri, pasukan perunding dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga lawatan lapangan ini menjadi langkah penting dalam merangka hala tuju pembangunan Daerah Manjung 2040 yang lebih inklusif, lestari dan berdaya saing serta terancang demi kesejahteraan masa hadapan. ๐ŸŒฟโœจ






TPr Alias Rameli
PLANMalaysia

22/05/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 4 & 5, Blok F5, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00