13/06/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, keberkatan usia serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin MAIWP ke arah kecemerlangan demi kesejahteraan ummah.
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang dicurahkan dalam memperkasakan agenda kebajikan serta pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.
Selamat Hari Lahir dan semoga sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.
Ikhlas daripada:
Pengurus Kanan serta seluruh warga kerja
MAIWP Cawangan Putrajaya
11/06/2026
Foodtruck MAIWP singgah di mana minggu ini?
Kalau nampak Foodtruck MAIWP di kawasan anda, jangan lupa sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan. โค๏ธ
Setiap pek makanan yang diagihkan bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi membawa mesej kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan buat komuniti.
๐ Rujuk jadual lokasi pada poster dan bantu kami kongsikan kepada seramai mungkin.
Bersama MAIWP, kita ringankan beban dan ceriakan ummah.
01/06/2026
Daulat Tuanku.
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat Allah SWT serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.
Sembah takzim daripada:
Pengerusi, Ahli dan Keluarga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
26/05/2026
Selamat Hari Raya AidilAdha 1447H / 2026M.
ุงููู ุงูุจุฑ ุงููู ุงูุจุฑ ุงููู ุงูุจุฑ ูููู ุงูุญู
ุฏ
Semoga AidilAdha ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita. Moga segala amal ibadah serta pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Salam AidilAdha buat semua, semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.
26/05/2026
Selamat menyambut Hari Arafah.
Semoga segala doa, zikir dan amal ibadah kita diterima Allah SWT, serta dikurniakan keampunan dan rahmat-Nya.
Perbanyakkan doa dan istighfar pada hari yang penuh keberkatan ini.
25/05/2026
PUTRAJAYA, 24 Mei 2026 โ Program Melangkah Bersama MADANI: โAspirasi Menuju Redhaโ telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium JAKIM, Putrajaya bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan kehadiran para peserta daripada pelbagai latar belakang masyarakat.
Program berteraskan nilai kerohanian dan kesejahteraan ummah ini menampilkan beberapa tokoh wanita inspirasi tanah air bagi menyampaikan perkongsian berkaitan kekuatan diri, ketabahan menghadapi cabaran hidup serta usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Antara pengisian utama program ialah sesi eksklusif bersama YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapan beliau, masyarakat khususnya golongan wanita diseru agar terus memperkukuhkan nilai akhlak, ilmu dan spiritual dalam mendepani cabaran semasa.
Turut hadir sebagai tetamu istimewa ialah Puan Masitah Mohd Afandy, Wanita Ikon Muda Johor 2024/25 yang berkongsi pengalaman dan motivasi kepada para peserta agar terus berusaha mencapai kejayaan dengan berpandukan nilai agama dan jati diri yang kukuh.
Majlis turut diserikan dengan pengacaraan oleh selebriti tanah air, Puan Vanida Imran yang berjaya menghidupkan suasana program dengan penuh mesra dan profesional.
Tema program, โBila dunia mengecewakan, Allah sedang menguatkanโ memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada para peserta untuk terus tabah menghadapi ujian kehidupan serta menjadikan reda Allah sebagai matlamat utama kehidupan.
Program ini turut mendapat sokongan pelbagai agensi JPM, usahawan, termasuklah MAIWP Putrajaya yang bersama-sama menjayakan pembukaan reruai pameran dalam usaha memperkenalkan fungsi-fungsi MAIWP secara terus di lapangan terutama kepada komuniti di Putrajaya. Selain penyampaian informasi informasi skim bantuan zakat, kuiz kenali MAIWP juga dijalankan dengan pendekatan santai dan meriah.
21/05/2026
๐จ ๐ป๐ฌ๐ด๐ผ๐ซ๐ผ๐ฎ๐จ ๐ป๐ฌ๐น๐ฉ๐ผ๐ฒ๐จ ๐บ๐ฌ๐ด๐ท๐ฌ๐ต๐จ ๐ฏ๐จ๐น๐ฐ ๐ฉ๐ฌ๐ณ๐ฐ๐จ ๐ต๐ฌ๐ฎ๐จ๐น๐จ 2026 ๐จ
MAIWP dengan kerjasama Maraliner Sdn Bhd membuka peluang kepada belia yang berminat untuk menyertai program latihan kemahiran dan kerjaya dalam pelbagai bidang berpotensi tinggi! ๐ผโจ
๐
23 Mei 2026 (Sabtu)
๐ 9.00 Pagi hingaa 4.00 petang
๐ Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
๐ Program ditawarkan:
โ
KJP Juruteknik Fiber Optik
โ
KJP Kapten Bas
โ
KJP Spa dan Perbidanan
โ
KJP Perincian Kenderaan
โ
SKM 2 Pembaikan Kenderaan Ringan
โ
SKM 3 HVAC
โจ Kelebihan menyertai:
โ๏ธ Tajaan penuh MAIWP
โ๏ธ Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
โ๏ธ Gaji minima RM1,800 sebulan
โ๏ธ Sijil diiktiraf Kerajaan Malaysia
๐ Syarat penyertaan:
โช๏ธ Berumur 16 tahun ke atas
โช๏ธ Warganegara Malaysia
โช๏ธ Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
๐ Sebarang pertanyaan:
www.wasap.my/60178384675/nakjoinTEMUDUGATERBUKA
๐ Rebut peluang membina masa depan kerjaya anda bersama MAIWP!
19/05/2026
Jumpa Asnaf atau ada maklumat orang yang dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan Putrajaya?
Bantu maklumkan kepada kami segera.
03 8871 5000 (Waktu Pejabat)