09/06/2026
Program Penyasaran Semula Subsidi Diesel Kepada Peneroka FELDA
FELDA telah memulakan pelaksanaan agihan bantuan subsidi diesel kepada peneroka melalui bayaran pada paysheet peneroka bermula bulan September 2024. Agihan ini melibatkan jumlah keseluruhan penggunaan peruntukan sebanyak RM82.7 juta sehingga Julai 2025.
Bagi tahun 2026, agihan bantuan subsidi diesel kepada warga peneroka FELDA diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM60 juta yang diberikan oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban peneroka dalam menguruskan kos operasi ladang susulan langkah penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia yang telah bermula pada Januari 2026.
FELDA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan dan komitmen yang berterusan ini, yang memberikan manfaat besar kepada kesejahteraan peneroka serta kemajuan sektor komoditi perladangan negara amnya.
08/06/2026
Program Cit Chat BKSF Siri 3/2026 Galak Perkongsian Ilmu Secara Santai
Putrajaya, 5 Jun 2026-Unit Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Program Chit Chat BKSF Siri 3/2026 bertempat di Aras 1, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana. Program yang berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11.15 pagi menghimpunkan seramai 50 orang pegawai melibatkan seluruh warga Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF, JPM).
Bagi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafizi bin Harun, Pegawai dari Seksyen Dasar BKSF, JPM dengan tajuk βKitaran Hidup Pokok Durianβ.
Program ini bertujuan untuk melatih pegawai menyusun idea secara sistematik dan kritis, supaya setiap ucapan mempunyai struktur yang teratur dan mudah difahami oleh pendengar serta program ini bermatlamat untuk membina daya kepimpinan melalui kebolehan berinteraksi secara interaktif, termasuk kecekapan dalam mengendalikan sesi soal jawab serta memberi respons yang bernas terhadap pelbagai situasi spontan.
Semoga dengan adanya program seperti ini menjadi platform memperkukuh hubungan silaturrahim, menambah baik kerjasama antara pegawai, serta memudahkan kerja pada masa hadapan.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2025 / 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF,JPM), Jabatan Perdana Menteri.
27/05/2026
Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam walau di mana jua berada. πβ¨
Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi mengajar kita makna keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan yang sebenar kepada Allah SWT.
Aidiladha mengingatkan kita bahawa dalam kehidupan, setiap insan pasti melalui ujian dan pengorbanan tersendiri.
Ada yang berkorban masa demi keluarga, ada yang menahan penat mencari rezeki, dan ada juga yang menyembunyikan kesedihan demi melihat orang lain tersenyum.
Semua pengorbanan yang lahir daripada hati yang ikhlas pasti mempunyai nilai yang besar di sisi Allah SWT. Semoga setiap doa diangkat, setiap pengorbanan diterima dan setiap langkah kehidupan dipenuhi keberkatan.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf Zahir dan Batin. π€²πΌ
19/05/2026
ππππππ ππππππ ππππππ: πππππ ππππππππ πππππππ πππππ
Ketegangan geopolitik yang tercetus susulan serangan ke atas Iran pada 28 Februari 2026 telah mencetuskan gelombang ketidaktentuan global dan memberi kesan langsung terhadap kestabilan bekalan tenaga dunia.
Gangguan di Selat Hormuz, yang merupakan laluan strategik perdagangan minyak antarabangsa, bukan sahaja menjejaskan rantaian bekalan global malah menyebabkan harga minyak mentah melonjak serta kos tenaga meningkat di pelbagai negara.
Situasi ini turut memperlihatkan berlakunya supply-side crisis, apabila bekalan barangan dan perkhidmatan terganggu akibat hambatan fizikal dalam sistem logistik dan perdagangan antarabangsa. Kesan domino daripada krisis tersebut akhirnya memberi tekanan kepada kuasa beli rakyat apabila kos sara hidup meningkat dan bekalan barangan tertentu menjadi semakin terhad.
Malaysia akan terus memantau perkembangan semasa secara dekat serta memperkukuh tahap kesiapsiagaan nasional bagi memastikan kestabilan ekonomi, keselamatan tenaga dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
abubakar
19/05/2026
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan (KPM) dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta bagi membiayai pembinaan bilik darjah tambahan.
19/05/2026
The crisis we have yet to feel
The worst of the Iran war is yet to come, but Malaysia must make tough decisions now to prepare for an uncertain future.
The crisis we have yet to feel
The worst of the Iran war is yet to come, but Malaysia must make tough decisions now to prepare for an uncertain future.
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
Hebatnya seorang guru bukan kerana tegasnya kata-kata,tetapi kerana ikhlasnya mendidik tanpa jemu.
Selamat Hari Guru buat insan hebat yang sentiasa mencurahkan ilmu,kasih sayang dan keikhlasan demi anak-anak bangsa.
13/05/2026
*KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERKHIDMATAN DIGITAL BKSF, JPM*
Kajian Kepuasan Pelanggan berhubung tahap kecekapan pengurusan *perkhidmatan digital* di Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) bagi tujuan menambah baik kualiti perkhidmatan yang diberikan berdasarkan pengalaman atau pemerhatian semasa berurusan dengan Bahagian ini.
Mohon jasa baik tuan/puan untuk imbas kod QR ataupun melalui pautan URL di bawah: https://forms.gle/DVnV71fL2QjemvJM7
Kerjasama serta maklum balas tuan/puan amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.
12/05/2026
Jelebu, 8 Mei 2026 β Majlis Kesyukuran Kenduri Sekampung sempena Penyerahan Projek Siap Santuni MADANI di FELDA Pasoh 4 telah disempurnakan oleh Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM.
Pelaksanaan projek infrastruktur di FELDA Pasoh 4 amat bertepatan dan diyakini mampu memberikan impak positif terhadap kesejahteraan penduduk setempat. Projek yang dilaksanakan bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas, malah turut menambah baik aspek keselesaan dan keselamatan komuniti, di samping menyokong pembangunan sosial serta ekonomi kawasan.
Selain itu, pelaksanaan projek ini juga dapat memperkukuh kemudahan awam sedia ada serta memberi manfaat menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Turut diadakan Program Ziarah Kasih Santuni MADANI yang menyaksikan penyerahan bakul makanan sumbangan FGV kepada golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.
Semoga usaha murni yang digerakkan ini dapat membawa nafas baharu kepada komuniti setempat daripada penyediaan ruang riadah yang lebih kondusif hingga pemerkasaan pusat komuniti demi memastikan kemudahan terbaik dapat dinikmati oleh seluruh warga FELDA Pasoh 4.
πΉοΈFelda Pasoh 4,Jelebu,Negeri Sembilan
π
8 Mei 2026