Kementerian Ekonomi

Kementerian Ekonomi

Share

Laman Facebook Rasmi Kementerian Ekonomi

Photos from Kementerian Ekonomi's post 23/06/2026

Perbincangan bersama Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri (PMAC) tetap diteruskan bagi meneliti kertas cadangan berkaitan krisis tenaga global yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang.

Kertas daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tadalah berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuh keupayaan institusi pengajian tinggi dalam memastikan kesinambungan pembelajaran melalui pendekatan yang lebih inklusif dan berdaya tahan pada masa hadapan dengan mengambilkira situasi semasa negara dan sekiranya krisis berpanjangan.

Pembentangan kertas kedua p**a dibentang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meneliti cabaran peningkatan kos operasi, kebergantungan kepada sumber tenaga serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan institusi pendidikan terus beroperasi secara mampan dan efisien.

Hasil sesi ini akan menjadi input penting kepada Kerajaan dalam memperhalusi pendekatan dan dasar berkaitan pendidikan, khususnya dari aspek transformasi digital, kecekapan tenaga serta kesiapsiagaan institusi pendidikan dalam mendepani cabaran masa hadapan.


23/06/2026

Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah memberikan penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat, bahawa Kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai langkah intervensi dalam menangani Krisis Bekalan Global yang berteraskan empat kluster utama iaitu:

✅ Perlindungan rakyat melalui bantuan dan subsidi bersasar;

✅ Penstabilan bekalan serta harga barangan keperluan;

✅ Sokongan kepada PMKS dan industri bagi mengekalkan operasi dan pekerjaan: dan

✅ Pengukuhan daya tahan ekonomi jangka sederhana dan panjang.

Dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Kerajaan akan terus memperkukuh keterjaminan makanan dan tenaga, diversifikasi sumber perdagangan serta pelaburan, meningkatkan pengeluaran domestik dan mempercepat peralihan kepada sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

Langkah ini penting supaya negara mempunyai pilihan bekalan yang lebih luas sekiranya krisis terus berlaku.




23/06/2026

Selamat Bersara, YBrs. Dr. Ruhana binti Mohamad Zam.

Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan sumbangan sepanjang perkhidmatan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan bersama keluarga dalam fasa baharu kehidupan.

Jasa dikenang, bakti dihargai.

Photos from Kementerian Ekonomi's post 23/06/2026

Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai langkah intervensi yang berteraskan empat kluster utama, iaitu perlindungan rakyat melalui bantuan dan subsidi bersasar, penstabilan bekalan serta harga barangan keperluan, sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta industri bagi memastikan kelangsungan operasi dan peluang pekerjaan, di samping memperkukuh daya tahan ekonomi negara untuk jangka sederhana dan panjang.

Dalam konteks penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Kerajaan komited untuk terus memperkukuh keterjaminan makanan dan tenaga, mempelbagaikan sumber perdagangan dan pelaburan, meningkatkan pengeluaran domestik serta mempercepatkan peralihan ke arah sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

Usaha-usaha ini amat penting bagi memastikan negara mempunyai daya tahan yang lebih kukuh dalam menghadapi Krisis Bekalan Global sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat dan kemampanan pertumbuhan ekonomi negara.




23/06/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔



23/06/2026

𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐋𝐈𝐌𝐀

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi hari ini telah menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh YB Betong bersekali dengan soalan daripada YB Simpang Renggam dan YB Pekan berhubung impak ketegangan geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan perdagangan di Selat Hormuz, terhadap ekonomi Malaysia serta strategi Kerajaan dalam memperkukuh daya tahan negara.

YB Menteri memaklumkan prestasi ekonomi negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang terus berkembang.

Walaupun negara mengamalkan ekonomi terbuka, tetapi Malaysia tidak terkecuali turut menerima kesan krisis bekalan global sehingga rantaian ekonomi terutamanya sektor industri, pertanian, makanan malah kepada pasaran buruh.

Walau begitu, Kerajaan memantau dengan serius, berasaskan data dan menyelaras intervensi Kerajaan yang responsif.

Yang paling penting, keperluan rakyat diutamakan, memastikan bekalan ada dan tidak terputus malah kegiatan ekonomi terus bergerak supaya ketahanan ekonomi terus berkekalan.

Seiring usaha membina ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing, RMK13 akan menjadi landasan penting untuk memperkukuh struktur ekonomi negara melalui peningkatan produktiviti, pembangunan industri bernilai tinggi, pengukuhan rantaian bekalan domestik serta penerokaan peluang baharu dalam ekonomi digital, teknologi hijau dan sektor strategik masa hadapan.

Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan yang pragmatik, konstruktif dan berpaksikan kepentingan negara dalam mendepani landskap ekonomi global yang sentiasa berubah, sambil memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara terus terpelihara.



Photos from Kementerian Ekonomi's post 22/06/2026

Sebagai persediaan untuk sesi Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Ke-15 yang bermula pada 22 Jun 2026, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Urusan Parlimen Kementerian Ekonomi bagi meneliti dan menyelaras naratif dan pendirian Kerajaan berkaitan isu strategik ekonomi negara.

Mandat telah diberikan kepada Kementerian Ekonomi selaku urusetia Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkaitan kesiapsiagaan negara mendepani krisis bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik dengan mengambilkira kesan kepada ketahanan ekonomi negara.

Selain itu, Kementerian Ekonomi juga telah menerima pelbagai pertanyaan berkaitan langkah menangani peningkatan kos sara hidup, pengukuhan keselamatan tenaga dan makanan, pelaksanaan subsidi bersasar melalui PADU, keberkesanan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), serta persediaan Malaysia menuju status negara menua menjelang tahun 2030.

Kementerian Ekonomi kekal komited dalam memastikan setiap dasar, intervensi dan langkah yang dilaksanakan Kerajaan adalah berasaskan data, responsif terhadap cabaran semasa serta berupaya melindungi kesejahteraan rakyat dan menjamin kemampanan pertumbuhan ekonomi negara.



20/06/2026

Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada doa, pengorbanan dan kasih seorang ayah yang tidak pernah putus.

Sempena sambutan Hari Bapa, Kementerian Ekonomi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua insan bergelar bapa atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi dalam membentuk keluarga serta generasi masa hadapan.

Terima kasih kerana menjadi pelindung, pembimbing dan sumber inspirasi buat keluarga.

“Sehebat Kasih Bapa”

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di seluruh negara. 💙





20/06/2026

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi telah berkongsi pendekatan Kerajaan MADANI dalam memacu agenda reformasi kepada pelaksanaan sebenar sempena sesi Fireside Chat bertajuk “Navigating External Uncertainties, Strengthening Resilience” di IMKL 2026.

Bagi memastikan agenda ini dilaksanakan secara sistematik dan berakauntabiliti, Kementerian Ekonomi telah memperkenalkan MyRMK, sebuah platform digital pemantauan pelaksanaan RMK13 yang membolehkan kementerian dan agensi melaporkan kemajuan inisiatif secara berkala. Melalui sistem ini, prestasi pelaksanaan akan dipantau berdasarkan indikator utama seperti output, outcome, garis masa dan status kemajuan projek.

MyRMK berfungsi sebagai pusat pemantauan bersepadu yang membolehkan Kerajaan mengenal pasti kelewatan, tekanan kos serta jurang pelaksanaan lebih awal bagi membolehkan tindakan intervensi dilaksanakan dengan segera. Sehingga kini, semua kementerian dan agensi telah memasukkan sasaran output bagi setiap strategi dan inisiatif RMK13 ke dalam platform tersebut, manakala laporan pencapaian pertama dijadualkan dibentangkan pada pertengahan tahun ini.

Pendekatan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan RMK13 kekal bersifat dinamik dan adaptif dalam menghadapi cabaran global seperti ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan tarif perdagangan serta turun naik harga tenaga. Melalui MyRMK, penyesuaian terhadap inisiatif dan sasaran pelaksanaan dapat dilakukan secara lebih responsif tanpa menjejaskan matlamat jangka panjang negara.



20/06/2026

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚–𝐓𝐮𝐫𝐤𝐦𝐞𝐧𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 🇲🇾🤝🇹🇲

Pada 19 Jun 2026, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Ekonomi yang diwakili oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Turkmenistan mengenai Kerjasama Jangka Panjang dalam Pembangunan Sumber Hidrokarbon sebagai sebahagian daripada lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Ashgabat, Turkmenistan.

Perjanjian Rangka Kerja yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Turkmenistan ini menjadi asas kepada kerjasama jangka panjang dalam pembangunan sumber hidrokarbon di Turkmenistan, termasuk pembangunan Fasa 3 Medan Gas Galkynysh yang merupakan antara medan gas terbesar di dunia, penerokaan blok minyak dan gas di Laut Kaspian serta aktiviti pemprosesan minyak, gas dan petrokimia.

Pemeteraian perjanjian ini mencerminkan keyakinan tinggi Turkmenistan terhadap kepakaran dan rekod cemerlang PETRONAS yang telah beroperasi di negara tersebut sejak tahun 1996 sebagai antara pelabur antarabangsa terawal dalam sektor tenaga mereka.

Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi antara Malaysia dan Turkmenistan, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain tenaga yang berpengaruh di peringkat global. Pada masa yang sama, ia dijangka menjana nilai ekonomi yang lebih tinggi kepada negara melalui peningkatan p**angan pelaburan dan pembukaan peluang perniagaan baharu.



Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 11 Menara Prisma No. 26, Persiaran Perdana Presint 3
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00