Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep

Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep, Social service, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.

Badan Kebajikan dan Sukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KESKEP) Putrajaya merupakan Pertubuhan yang dianggotai oleh pegawai dan kakitangan KPKT yang telah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984

16/06/2026

⚽ SESI PENCARIAN PEMAIN FUTSAL KESKEP 2026 ⚽
(Kategori Lelaki & Wanita)

Adakah anda mempunyai bakat dalam futsal? Inilah peluang anda untuk membuktikan kemampuan dan menyarung jersi bagi mewakili KESKEP!

Kami membuka sesi pemilihan pemain futsal lelaki dan wanita untuk membentuk pasukan yang bakal membawa nama KESKEP ke peringkat seterusnya.

📅 Tarikh: 19 Jun 2026 (Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 malam – 9.30 malam
📍 Tempat: TLK 2, Pulse Sports Arena, Presint 2, Putrajaya

Terbuka kepada semua warga KESKEP
✅ Tunjukkan bakat dan kemahiran anda
✅ Rebut peluang menyertai pasukan futsal KESKEP
✅ Semai semangat berpasukan dan kesukanan
✅ Berjuang demi mengharumkan nama KESKEP

Syarat penyertaan:
👟 Berpakaian sukan dan kasut futsal
🔥 Bawa semangat juang dan komitmen yang tinggi

Untuk maklumat lanjut:
📞 Mohd Fuad bin Mohd Razali – 019-3224989

Jangan lepaskan peluang ini — ayuh bersama kita melangkah ke kemenangan!
Sukan Menyatukan, KESKEP Bersatu, Kita Juara!

Photos from Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep's post 09/06/2026

Tahniah!!!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah terpilih mewakili MAKSWIP ke temasya MAKSAK Games 2026 bagi acara bola sepak.

Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin serta prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh semangat kesukanan, integriti dan dedikasi demi mengharumkan nama MAKSWIP serta KPKT.

Selamat maju jaya dan semoga memperoleh kejayaan yang membanggakan. Majulah sukan untuk kecemerlangan bersama.

06/06/2026
Photos from Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep's post 06/06/2026

5 Jun 2026 | Program Penyerahan Daging Korban KESKEP

Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Timbalan Pengerusi KESKEP, telah menyempurnakan penyerahan daging korban kepada Pembantu Khidmat Am (PKA) Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sebagai sebahagian daripada program ibadah korban sempena Aidiladha.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen KESKEP dalam memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga.

Semoga program ini membawa keberkatan dan terus menyemarakkan semangat pengorbanan serta perpaduan dalam kalangan warga KPKT.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Badan Kebajikan dan Sukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KESKEP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga KPKT serta umat Islam yang menyambutnya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan, di samping mengeratkan ukhuwah dalam keluarga, masyarakat dan organisasi.

Pucuk pauh di tengah laman,
Tempat berteduh si anak desa;
Aidiladha disambut penuh keimanan,
Semoga ukhuwah terus terbina sentiasa.

Ikhlas daripada
Badan Kebajikan dan Sukan KPKT (KESKEP)

Photos from Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep's post 26/05/2026

26 Mei 2026

Ziarah takziah ini diadakan sebagai tanda ingatan, penghargaan serta solidariti kepada ahli keluarga arwah bekas warga kerja KPKT (Ahli KESKEP). Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan silaturahim serta memberikan sedikit sokongan dan ketenangan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Photos from Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep's post 22/05/2026

21 MEI 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2025 atas pengiktirafan yang diterima.

Anugerah ini merupakan tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi memartabatkan perkhidmatan awam dan organisasi.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang pada masa hadapan.

Pohon meranti teguh berdiri,
Tempat berteduh di tepi laman;
Tahniah diberi sepenuh hati,
Atas kecemerlangan dan pengorbanan.

Sekian, tahniah dan syabas.

kredit foto : Unit Komunikasi Korporat KPKT

16/05/2026

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg beriman dan mulia di sisi Allah..Aamiin ya Allah

Photos from Badan Kebajikan Dan Sukan Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Keskep's post 15/05/2026

Tahniah diucapkan kepada dua (2) orang pemain KESKEP yang telah terpilih untuk mewakili MAKSWIP bagi kejohanan ""MAKSAK 2026 : INDOOR GAMES" yang akan diadakan pada 14 - 17 Mei 2026.

Nama : Mamat Kilau bin Mohd Melvin
Dari : Balai Bomba & Penyelamat Putrajaya
Sukan : Dart

Nama : Mohamad Aliff bin Abd. Halim
Dari : Bahagian Khidmat Pengurusan, PLANMalaysia
Sukan : Karom

"Majulah Sukan Untuk KESKEP"

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100