09/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
| ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐) |
Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2026 pada 9 Jun 2026 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi luar biasa para jururawat yang menjadi nadi kepada sistem kesihatan negara. Ianya bagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada para jururawat yang telah menabur jasa melalui penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.
Sambutan ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu seruan untuk kita semua mengiktiraf jasa mereka dan menyuntik semangat baharu kepada semua jururawat agar terus menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang unggul dan cemerlang.
Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan dihadiri kira-kira 500 orang jururawat dari seluruh negara. Sambutan pada tahun ini bertemakan โOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ yang menekankan kepentingan memperkasakan jururawat dalam memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.
Majlis turut menyaksikan peluncuran buku Nursing Strategic Planning 2026โ2036 sebagai panduan hala tuju strategik profesion kejururawatan bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Pada majlis ini juga, Anugerah Tokoh Jururawat telah disampaikan. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan profesional, kepimpinan berwibawa serta sumbangan yang signifikan dalam memartabatkan profesion kejururawatan. Terdapat empat kategori Anugerah Tokoh Jururawat telah disampaikan, iaitu Tokoh Jururawat Perdana, Tokoh Jururawat Wawasan, Tokoh Jururawat Harapan dan Anugerah Khas.
Dalam majlis yang sama, Bahagian Kejururawatan KKM turut memberikan pentauliahan kepada jururawat yang berjaya menamatkan Program Latihan Jurulatih Basic of Cancer Care (BOCC) melalui kerjasama strategik antara KKM dan Roche Malaysia di bawah inisiatif Cancer Care Closer to Community (CCC).
Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan Malaysia merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan atas komitmen, profesionalisme dan sifat ihsan yang sentiasa ditunjukkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
22/05/2026
https://www.facebook.com/share/1CPMVn47Ey/
Hanifah tegaskan kebajikan jururawat perlu diberi perhatian sewajarnya
Jumaat, 22 Mei 2026
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Kejururawtaan, YBrs. Puan Gowry a/ p Narayanan tersebut bertujuan memberi taklimat menyeluruh kepada YB Timbalan Menteri berhubung peranan, fungsi dan tanggungjawab Bahagian Kejururawatan dalam mengurus serta memperkukuh profesion kejururawatan di Malaysia secara keseluruhannya.
Dalam pertemuan itu, sesi perbincangan turut diadakan bagi meneliti kekangan, isu dan cabaran yang dihadapi oleh profesion kejururawatan, selain mengenal pasti pendekatan penyelesaian yang lebih praktikal, efisien dan berimpak jangka panjang.
YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa sebarang isu melibatkan kebajikan dan pembangunan profesion jururawat perlu diberi perhatian sewajarnya, memandangkan golongan tersebut merupakan antara barisan hadapan terpenting dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara terus berjalan lancar, berkesan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
22/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐
Tarikh: ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ
Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berbesar hati dan amat menghargai kesudian meluangkan masa bagi ๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐๐ญ๐จ ๐๐๐ฃ๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ง๐ข๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ข๐, ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Puan Gowry Narayanan, Pengarah Bahagian Kejururawatan bersama barisan wakil Bahagian Kejururawatan iaitu Puan Shareena Bibi binti Mohd Arif, Ketua Sektor Kualiti dan Latihan yang kini menanggung tugas Ketua Cawangan Dasar dan Amalan; Puan Kalarani a/p Maruthai, Ketua Sektor Standard dan Akreditasi; Puan Saibiah @ Salbiah binti Sindot, Ketua Sektor Sektor Pendaftaran & Penguatkuasaan; Puan Norlaila binti Mohd Husin, Ketua Sektor Pengurusan Korporat; YBrs. Dr. Wan Shakira Binti Rodzlan Hasani, Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan, Unit Penyelidikan; serta Puan Norshidah binti Ismail, Penolong Pengarah Kejururawatan, Unit TPC dan Perhubungan Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, bagi sesi ini, Puan Kartina binti Mohammad Manan, Timbalan Pengarah Kejururawatan serta Puan Lau Sie Ngo, Ketua Cawangan Regulatori tidak dapat hadir bersama atas urusan tugasan rasmi yang lain.
Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Pengarah Kejururawatan mengenai Bahagian Kejururawatan serta profesion Jururawat dan Jururawat Masyarakat. Pembentangan turut merangkumi pencapaian semasa, isu dan cabaran, hala tuju serta perancangan strategik perkhidmatan kejururawatan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.
Bahagian Kejururawatan merakamkan penghargaan atas sokongan, keprihatinan dan komitmen berterusan YB Timbalan Menteri Kesihatan terhadap kebajikan Jururawat dan Jururawat Masyarakat (JM) di KKM. Sokongan YB, termasuk dalam memperkasa pendigitalan perkhidmatan, amat bermakna dalam meningkatkan kecekapan tugasan serta memartabatkan profesion kejururawatan negara.
Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperkukuh profesion kejururawatan ke arah perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan, progresif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta reformasi sistem kesihatan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datoโ Hajah atas kesudian meluangkan masa bersama warga kejururawatan KKM serta atas sokongan dan komitmen berterusan terhadap pembangunan profesion kejururawatan negara
18/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐
Anjuran Nursing Division, Ministry of Health Malaysia
๐๏ธ 22 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ3.00 Petang
๐ปSecara Dalam Talian
Pautan : https://meet.google.com/gvf-gadz-knm
PIN: โช917 533 978โฌ
๐๐๐จ๐ฉ๐ข๐ค:
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐
โ๐ผ๐ต๐ซ๐ฌ๐น๐บ๐ป๐จ๐ต๐ซ๐ฐ๐ต๐ฎ ๐ฉ๐น๐จ๐ฐ๐ต ๐ซ๐ฌ๐จ๐ป๐ฏ ๐จ๐ต๐ซ ๐ถ๐น๐ฎ๐จ๐ต ๐ซ๐ถ๐ต๐จ๐ป๐ฐ๐ถ๐ต : ๐ต๐ผ๐น๐บ๐ฐ๐ต๐ฎ ๐น๐ถ๐ณ๐ฌ ๐จ๐ต๐ซ ๐น๐ฌ๐บ๐ท๐ถ๐ต๐บ๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ฐ๐ป๐ฐ๐ฌ๐บโ
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ด๐ฌ๐ด๐จ๐ฏ๐จ๐ด๐ฐ ๐ฒ๐ฌ๐ด๐จ๐ป๐ฐ๐จ๐ต ๐ถ๐ป๐จ๐ฒ ๐ซ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ต๐ซ๐ฌ๐น๐ด๐จ๐จ๐ต ๐ถ๐น๐ฎ๐จ๐ต : ๐ท๐ฌ๐น๐จ๐ต๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ป๐จ๐ต๐ฎ๐ฎ๐ผ๐ต๐ฎ๐ฑ๐จ๐พ๐จ๐ฉ ๐ฑ๐ผ๐น๐ผ๐น๐จ๐พ๐จ๐ป
Sesi ini membincangkan konsep kematian otak dari sudut perubatan dan perundangan, termasuk proses penilaian klinikal serta ujian kematian otak (brain death test) bagi mengesahkan diagnosis. Hubungan antara kematian otak dan pendermaan organ turut diperjelaskan, khususnya kepentingan pengenalpastian awal dan pengurusan penderma. Penekanan diberikan kepada peranan dan tanggungjawab jururawat dalam pemantauan pesakit, sokongan hemodinamik, penjagaan ventilasi, dan dokumentasi. Aspek etika, kemahiran komunikasi, dan sokongan kepada keluarga semasa penjagaan akhir hayat juga akan dibincangkan. Secara keseluruhannya, sesi ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kompetensi, dan kolaborasi antara disiplin dalam amalan pendermaan organ.
๐ค๐๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐ก:
๐ฉโโ๏ธ Puan Norfairuziana binti Tinggal
Jururawat Klinikal U10
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
โจJangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, berkongsi pengalaman dan memperkukuhkan amalan keselamatan pesakit.
โจTerbuka kepada semua jururawat dan warga kesihatan.
โจTingkatkan kompetensi, perkukuh amalan keselamatan pesakit.
โจE-Sijil penyertaan disediakan
12/05/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐๐ฌ๐ฒ๐๐ง ๐๐-๐๐ ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Pada 10 Mei 2026, YBrs. Puan Gowry a/p Narayanan, Pengarah Kejururawatan, Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Puan Lau Sie Ngo, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan telah menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-30 Open University Malaysia, Sidang Ketiga yang berlangsung di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Dalam sidang konvokesyen ini, seramai 254 orang jururawat telah menerima sijil dan skrol pengajian masing-masing, melibatkan:
โข 219 orang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian);
โข 34 orang dianugerahkan Ijazah Sarjana Kejururawatan; dan
โข seorang jururawat dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kejururawatan (Doctor of Nursing).
Pengarah Kejururawatan serta seluruh warga kerja Bahagian Kejururawatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua jururawat atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi untuk terus cemerlang dalam profesion kejururawatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta negara.
09/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐
Pada 4 dan 5 Mei 2026, bertempat di Miri, Sarawak, telah berlangsung dengan jayanya ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐
๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐ ๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐. Program berprestij ini dianjurkan oleh Persatuan Bidan Sarawak (Cawangan Miri) dengan kerjasama Lembaga Bidan Malaysia (LBM) serta pelbagai agensi. Persidangan ini menjadi platform global yang menghimpunkan bidan dari Malaysia, Brunei, dan Filipina bagi memperkasakan amalan profesionalisme serta pengetahuan klinikal dalam bidang kebidanan.
Intipati persidangan diserikan dengan ucaptama oleh Pengarah Kejururawatan bertajuk Midwifery Practice: Current Practice and What Can Be Better in Future. Beliau menekankan kepentingan evolusi peranan bidan dalam mendepani cabaran kesihatan ibu dan anak pada masa hadapan hadapan demi menjamin kualiti kesihatan ibu dan anak.
Manakala pada 6 dan 7 Mei 2026, Pengarah Kejururawatan bersama pegawai kanan kejururawatan telah menjalankan Lawatan Penyeliaan dan Pemantauan ke fasiliti kesihatan iaitu Hospital Miri dan Hospital Marudi serta Klinik Kesihatan Marudi, Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, Klinik Kesihatan Tun Abang Haji Openg, dan Klinik Kesihatan Bekenu. Selain memantau kepatuhan terhadap SOP dan kualiti perkhidmatan kejururawatan, lawatan ini juga memfokuskan kepada sesi libat urus mengenai pelaksanaan latihan di tempat kerja (On-Job Training) bagi program Peningkatan Secara Lantikan (PSL) serta program Pos Basik/Diploma Lanjutan.
Hasil libat urus tersebut berjaya mengenal pasti kekangan di peringkat fasiliti dan individu, sekali gus memberikan input kritikal bagi penambahbaikan strategi latihan kebangsaan. Secara keseluruhannya, sinergi antara JKN Sarawak, PKB Miri, dan pengurusan fasiliti telah memastikan program ini mencapai objektif dalam memartabatkan kualiti kejururawatan di lapangan.