Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS

Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS

Share

UKAS, JPM berperanan sebagai agensi pusat program kerjasama awam swasta (Public Private Partnership) di Malaysia
https://linktr.ee/ukasofficial

Kerjasama awam swasta yang telah dilaksanakan di Malaysia lebih daripada 30 tahun yang lalu telah melalui pelbagai evolusi dan transfromasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan pesat pembangunan di Malaysia. Pelaksanaan projek-projek PPP melalui pelbagai bentuk model telah membuka ruang kepada Kerajaan untuk menjana semula ekonomi melalui β€˜kesan pengganda’ projek infrastruktur dengan perbelanjaan p

09/06/2026

Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim memuji keberkesanan Kementerian Komunikasi dalam memperjelas pelaksanaan BUDI95 sehingga berjaya mengurangkan kekeliruan rakyat terhadap inisiatif ini. πŸ‘πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨




Photos from Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS's post 08/06/2026

πŸ– 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

YM Dato’ Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan YBrs. Tuan Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), bersama barisan pengurusan tertinggi serta warga Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga kementerian dan jabatan bagi bulan Jun 2026.

Perjumpaan yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Menara Komunikasi dan turut disertai secara hibrid oleh warga UKAS yang mengikuti siaran langsung dari Pusat Sumber UKAS. Program ini menjadi platform penting untuk YAB Perdana Menteri menyampaikan amanat serta berkongsi aspirasi Kerajaan MADANI kepada seluruh warga perkhidmatan awam dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan memacu pembangunan negara secara inklusif dan mampan.

Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangunan Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kepada pembentukan sebuah negara yang menghormati dan meraikan kepelbagaian kaum, agama serta budaya. Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat agar terus menghormati pilihan rakyat dalam sistem demokrasi serta menolak sebarang bentuk diskriminasi, prasangka dan sentimen perkauman yang berpotensi menggugat perpaduan, kestabilan politik serta keharmonian negara.

YAB Perdana Menteri turut menekankan kepentingan menghayati prinsip Li Ta’arafu yang membawa maksud saling mengenali, memahami dan menghargai kepelbagaian dalam masyarakat. Menurut beliau, prinsip tersebut perlu diterjemahkan melalui amalan komunikasi yang matang, berhemah dan berteraskan nilai-nilai murni bagi memupuk semangat persefahaman serta memperkukuh hubungan antara rakyat yang berbilang latar belakang.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam memperkukuh keupayaan kerajaan untuk memantau, mengesan dan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang. Beliau menjelaskan bahawa penggunaan teknologi tersebut perlu disokong oleh mekanisme pelaporan awam yang lebih cekap, sistematik dan responsif bagi meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.



07/06/2026
Photos from Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS's post 05/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ”πƒπ€π‡π‚π€π‘π€: ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π π”ππ“π”πŠ 𝐊-π–πŽπ‘πŠπ„π‘π’ πƒπˆ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€

YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) pada 5 Jun 2026 telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Perumahan untuk K-Workers Di Cyberjaya oleh CSB Land Sdn. Bhd. Hadir sama, YBrs. Dr. Eunice Yeo Huan - Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik, YBrs. Ir. Khadijah Binti Basar - Pengarah, Seksyen Teknikal serta pegawai-pegawai UKAS.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat pembangunan perumahan dan kemudahan awam yang telah pun siap dibina di bawah Program Dana Mudahcara, UKAS, JPM. Lawatan kerja ini juga dihadiri oleh Encik Kamarul Ariffin Abdul Samad - Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Ahmad Faizul Ramli - Ketua Pegawai Operasi bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Hartanah, Cyberview Sdn. Bhd., syarikat induk kepada CSB Land Sdn. Bhd. Projek ini merupakan satu usaha untuk menyediakan perumahan pelbagai jenis pada harga yang berpatutan bagi pekerja di Cyberjaya.

01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh Warga Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

31/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

Photos from Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS's post 29/05/2026

π’π„π’πˆ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π (𝐅𝐋𝐀𝐆-πŽπ…π…) ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π”πŠπ€π’ πŒπˆπ‹π‹πˆπŽπ 𝐒𝐓𝐄𝐏𝐒 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐃𝐀𝐍 ππ‘πˆπ’πŠ π–π€π‹πŠ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘ 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 π‘π”πŒπ€π‡ πŠπ”ππˆππ†

Sesi perasmian (flag-off) program UKAS Million Steps Challenge 2026 telah berlangsung pada 22 Mei 2026 bertempat di Dataran UKAS. Sesi yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah UKAS dimeriahkan dengan kehadiran 107 orang warga UKAS yang turut mewakili Rumah Sukan daripada Rumah Sukan Biru, Kuning dan Merah.

Seusai flag-off program UKAS Million Steps Challenge 2026, kesemua peserta melakukan aktiviti berjalan kaki sempena program Brisk Walk Siri 3 yang dihoskan oleh Rumah Kuning. Aktiviti riadah ini melibatkan jarak sejauh 2 kilometer bermula dari Setia Perdana 2, merentasi Putrajaya City Trail Jejak Sisiran 1 dan kembali ke Setia Perdana 2.

Penganjuran program berganda ini merupakan program sinergi di antara PUSPANITA Cawangan Kecil UKAS dan Kelab UKAS yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga UKAS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Ketua Pengarah UKAS, barisan penganjur serta seluruh warga UKAS yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menyokong gaya hidup sihat dan kesejahteraan warga kerja UKAS.



26/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Bulan Zulhijjah memberikan peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan dan keinsafan. Ibadah yang dilakukan pada bulan ini, sama ada ibadah haji, puasa, korban, atau amalan soleh yang lain, semua itu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Ia juga mengingatkan kita tentang kepentingan pengorbanan, kesabaran, dan ketaatan kepada perintah Allah.

Allah SWT berfirman: β€œDaging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya” (Surah Al-Hajj, 22:37)

Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amal soleh dan memohon keampunan daripada Allah, agar kita mendapat keredhaan-Nya di dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripada bulan Zulhijjah ini.

Photos from Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS's post 25/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π…πˆππ€ππ‚π„ π‚πŽπ‘ππŽπ‘π€π“πˆπŽπ (πˆπ…π‚) πŠπ„ π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟐 πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” (π‰π”πŒπ€π€π“)

International Finance Corporation (IFC), World Bank Group (WBG) telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) pada 22 Mei 2026 (Jumaat) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek Kerjasama Awam Swasta (PPP) di Malaysia. Delegasi tersebut diketuai oleh Ms. Judith Green, Country Manager WBG yang diiringi oleh Ms. Shobana Venkataraman, Chief Investment Officer, IFC dan dua lagi pegawai daripada IFC Kuala Lumpur.

Susulan itu, satu mesyuarat telah diadakan dengan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Eunice Yeo Huan, Pengarah Kanan Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik. Pihak UKAS yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBrs. Dr. Shahrul Azman bin Abd. Razak, Pengarah Unit Dasar; YBrs. Dr. Ahmad Rizal bin Ramlan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Dasar dan pegawai-pegawai daripada Unit Centre of Excellence (COE), UKAS. Sesi mesyuarat ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan bertukar pandangan berkaitan kerjasama untuk memperkukuh pelaksanaan projek PPP yang lebih inovatif dan selaras dengan keperluan semasa.

Pihak IFC juga turut membentangkan mengenai peranan strategik IFC dan WBG sebagai penasihat transaksi bagi projek PPP di pelbagai negara. Malaysia merupakan sebagai salah sebuah anggota World Bank Group dimana IFC memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan memudah cara pelaksanaan projek infrastruktur awam melalui penglibatan sektor swasta bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta merangsang pelaburan modal. IFC juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan, tenaga dan air serta menyediakan sokongan teknikal dan khidmat nasihat sepanjang kitar hayat sesuatu projek bermula daripada kajian kebolehlaksanaan awal sehingga proses pemuktamadan kontrak.

Lawatan kerja ini turut membuka ruang untuk mengukuhkan hubungan strategik antara UKAS dan IFC dalam meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan. Melalui perkongsian pengalaman, kepakaran teknikal dan amalan terbaik antarabangsa, hubungan kerjasama ini diharap dapat menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan pelaksanaan projek PPP yang lebih cekap, berdaya saing dan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.

24/05/2026

ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π πŒπ€πŠπŒπ€π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππˆπ‹π€πˆ ππ€π†πˆ πŠπŽππ“π‘π€πŠ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 ππˆπ‹.8/πŸπŸŽπŸπŸ”

Pada 18 hingga 22 Mei 2026 satu sesi Makmal Pengurusan Nilai telah dilaksanakan bagi pelaksanaan kontrak perkhidmatan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Zon 1 di bawah pentadbir kontrak Kementerian Kerja Raya.

Sesi ini dihadiri dari pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya termasuk dari Seksyen dalaman UKAS iaitu Seksyen Infrastruktur 1 dan Seksyen Analisa Kewangan.

Objektif utama pelaksanaan sesi Makmal Pengurusan Nilai ini ialah memuktamadkan skop kerja perkhidmatan agar selari antara kehendak kerajaan dan tawaran yang dikemukakan oleh pembida berjaya.

Sesi ini dimudah cara oleh Seksyen Teknikal UKAS, Jabatan Perdana Menteri, manakala pihak urus setia ialah Kementerian Kerja Raya.

Majlis menandatangani Laporan Makmal Pengurusan Nilai telah dilaksanakan pada 22 Mei 2026 oleh pihak-pihak yang terlibat dengan disaksikan oleh YBrs. Tuan Arzi Fareen bin Faisal, Pengarah Kanan Seksyen Infrastruktur 1, UKAS dan YBrs Ir. Khadijah binti Basar, Pengarah Sekyen Teknikal UKAS.

Ini adalah merupakan VM Lab zon terakhir FRM untuk sesi 2026.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak Kerajaan dan Swasta yang terlibat sejak April 2026 bagi penganjuran VM Lab FRM di 5 Zon seluruh Semenanjung Malaysia

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Setia Perdana
Putrajaya

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 18:00