14/06/2026
13 Jun 2026- YBhg. Datoβ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi telah menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Satelit Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Pengerang yang disempurnakan oleh YB Datoβ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Kehadiran beliau mencerminkan sokongan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) terhadap usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan perundangan kepada rakyat serta kerjasama erat antara agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Penubuhan Pejabat Satelit JBG Pengerang merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membawa perkhidmatan bantuan guaman lebih dekat kepada penduduk setempat, khususnya di kawasan Pengerang dan sekitarnya. Melalui kemudahan ini, masyarakat tidak lagi perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan guaman, sekali gus menjimatkan masa serta kos.
Dalam ucapan perasmian, YB Datoβ Sri Azalina Othman Said menekankan bahawa perkhidmatan keadilan perlu hadir mendekati rakyat, terutama golongan yang berdepan kekangan jarak, kos dan masa untuk mendapatkan bantuan perundangan.
12/06/2026
Masih belum ada perancangan hujung minggu ini? Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menghadiri MdI Open Day 2026 anjuran Jabatan Insolvensi Negeri Johor yang akan berlangsung di Dewan Kejora, Bandar Penawar.
Antara tarikan yang menanti anda:
π€ Bual Bicara Santai bersama pempengaruh terkenal, Mdnor
π€ Persembahan istimewa daripada penyanyi popular, Ronnie Hussein
Program ini turut diserikan dengan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI (SK Felda Air Tawar 4) yang akan disempurnakan oleh YB Datoβ Sri Azalina Othman Said.
π Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
π
13 Jun 2026 (Sabtu)
β° 8.00 pagi β 4.30 petang
Jemput hadir dan meriahkan MdI Open Day bersama kami. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti serta mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
Jumpa anda di sana!
12/06/2026
MESEJ INTEGRITI BIL. 9 - MASA KERJA ADALAH AMANAH
Masa kerja adalah amanah, bukan sekadar kehadiran. Integriti terserlah apabila setiap minit waktu bekerja digunakan dengan penuh tanggungjawab, walaupun tanpa pemantauan.
Setiap minit yang diamanahkan memberi nilai kepada organisasi dan mencerminkan profesionalisme diri.
11/06/2026
Putrajaya, 10 Jun 2026 β Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bagi sesi libat urus mengenai perkongsian maklumat serta integrasi sistem antara kedua-dua agensi.
Delegasi MPHLG diketuai oleh TPr. GS. Augustine Ling Han Hie, diiringi pegawai-pegawai kanan kementerian, wakil teknikal, serta wakil daripada Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.
Perbincangan tertumpu kepada mekanisme integrasi sistem sedia ada milik MdI, selain meneliti akses data masa nyata bagi individu atau syarikat yang diisytiharkan muflis. Kedua-dua pihak turut mengulas aspek teknikal serta keperluan khusus bagi menjayakan cadangan integrasi tersebut.
Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Datoβ Ishak bin Bakri, hadir menyambut kedatangan delegasi MPHLG dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju kerjasama yang dicadangkan.
Sesi libat urus ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
11/06/2026
Putrajaya, 10 Jun 2026 β Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan kerja daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diketuai oleh YBrs. Puan Almirulita binti Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), di Ibu Pejabat MdI, Putrajaya.
Sesi libat urus tersebut memberi fokus kepada penyelarasan isu perundangan serta operasi yang melibatkan kepentingan kedua-dua agensi. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi tatacara pelepasan pelikuidasi syarikat, implikasi tuntutan pemiutang, serta prosedur berkaitan sekatan perjalanan dan kebenaran keluar negara bagi individu bankrap.
YBhg. Datoβ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, turut hadir bagi menyantuni delegasi JKDM serta bertukar pandangan dalam mencari solusi terbaik terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
Pertemuan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh persefahaman serta menyelaraskan bidang kuasa antara MdI dan JKDM. MdI merakamkan penghargaan kepada pihak JKDM atas kesudian hadir, dan komited untuk terus mempererat hubungan kerjasama strategik demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
10/06/2026
MESEJ INTEGRITI BIL. 8 - PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
Dimaklumkan bahawa ketidakhadiran bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, Ketua Jabatan bertanggungjawab memantau kehadiran pegawai di bawah seliaan masing-masing serta melaporkan sebarang ketidakhadiran kepada Unit Integriti untuk tindakan selanjutnya.
06/06/2026
.
Putrajaya, 6 Jun 2026 β Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) bagi memperluas akses Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada individu yang sedang melalui proses kebankrapan serta mereka yang telah mendapat pelepasan.
Sesi pertukaran MoU tersebut melibatkan YBhg. Datoβ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi dan Tan Sri Datoβ Soh Thian Lai, Pengerusi GITC, bersempena Majlis Pelancaran GITC TVET Placement Centre (GTPC) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET).
Melalui kerjasama ini, MdI akan mengenal pasti individu yang layak di bawah Dasar Peluang Kedua untuk mengikuti program TVET yang bersesuaian, manakala GITC akan menyediakan latihan kemahiran, penilaian kompetensi serta akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MdI dalam membantu individu membina semula kehidupan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk melahirkan masyarakat yang berdaya tahan dan berkemahiran tinggi.
06/06/2026
.
SIARAN MEDIA
πππππππ ππππππππππ ππππππππ (πππ) πππ ππππππππππ-ππππππππ ππππ ππππππππππππ ππππ (ππππ) πππππππ ππππππππππ ππππππ
ππππππ ππππ ππππππππππ πππππ πππππππ πππππ
6 JUN 2026