Harganya murah tetapi adakah berkualiti?
Jabatan Pertanian Malaysia
Facebook Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia
Official Page of Department of Agriculture Malaysia
Untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, aktiviti dan informasi Jabatan Pertanian Malaysia
23/06/2026
Tahukah anda, lengkuas bukan sahaja menjadi ramuan penting dalam pelbagai masakan tradisional, malah turut dikenali sebagai herba bernilai tinggi yang digunakan dalam perubatan tradisional dan industri herba?
Tumbuhan berizom daripada keluarga Zingiberaceae ini mempunyai aroma yang kuat serta kaya dengan kandungan minyak pati yang menjadikannya pop**ar di Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa negara tropika lain.
Lengkuas merupakan tumbuhan saka yang tumbuh secara berumpun dengan ketinggian antara 1.5 hingga 2.5 meter.
Pokok ini mempunyai batang semu (pseudostem) dan daun berbentuk lanset berwarna hijau tua, berpermukaan berkilat serta berukuran sekitar 30 hingga 60 sentimeter panjang.
Bahagian yang paling bernilai ialah rizomnya yang berwarna coklat kemerahan di bahagian luar dan putih kemerahan di bahagian dalam.
Rizom ini sangat aromatik serta menjadi sumber utama minyak pati yang digunakan dalam pelbagai produk makanan, kesihatan dan kosmetik.
Bunga lengkuas p**a berwarna putih kehijauan dan tersusun dalam bentuk jambak.
Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika lembap yang menerima taburan hujan mencukupi sepanjang tahun.
Bagi mendapatkan pertumbuhan optimum, lengkuas memerlukan tanah lom berpasir yang kaya dengan bahan organik serta mempunyai sistem saliran yang baik.
Penanaman lengkuas lazimnya menggunakan rizom matang yang mempunyai 8 hingga 10 ruas dan mata tunas aktif.
Potongan rizom seberat kira-kira 50 gram digunakan sebagai bahan tanaman dengan kadar benih sekitar 3.5 hingga 5.5 tan sehektar.
Lengkuas boleh dituai seawal 12 bulan selepas ditanam dengan hasil sekitar 23.93 tan sehektar.
Namun, hasil yang lebih tinggi boleh dicapai apabila dituai pada umur 24 bulan, iaitu sehingga 82.91 tan sehektar.
Potensi hasil yang tinggi serta permintaan yang berterusan menjadikan lengkuas antara tanaman herba yang berpotensi untuk diusahakan secara komersial.
Sumber : Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian
Dewan Rakyat : RUU Baja capai 80 peratus, kawal kualiti dan bekalan
23/06/2026
Karnival Hari Melon Manis Terengganu 2026 Janji Pelbagai Tarikan Menarik
KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya warga Terengganu dijemput hadir memeriahkan Karnival Hari Melon Manis Terengganu (MMT) 2026 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Julai 2026 di TKPM Peradong, Manir.
Karnival yang dianjurkan bagi mempromosikan industri melon manis tempatan ini akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan dijangka menjadi antara acara agro yang paling dinantikan tahun ini.
Program tersebut bukan sahaja mengetengahkan keunikan serta kualiti Melon Manis Terengganu, malah membuka peluang kepada pengunjung untuk mengenali lebih dekat teknologi dan pembangunan industri tanaman melon di negeri ini.
Pelbagai aktiviti menarik sedang dirancang termasuk pameran pertanian, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, pengisian interaktif serta program khas yang sesuai untuk seisi keluarga.
Karnival ini turut menjadi platform kepada usahawan dan pengusaha tempatan untuk mempromosikan produk mereka serta memperluaskan jaringan perniagaan.
Pengunjung juga berpeluang merasai sendiri kemanisan Melon Manis Terengganu yang terkenal dengan rasa segar, tekstur rangup dan kualiti premium hasil amalan pertanian moden yang diamalkan oleh pengusaha tempatan.
Justeru, orang ramai disaran menandakan tarikh tersebut dalam kalendar dan hadir bersama keluarga bagi memeriahkan Karnival Hari MMT 2026 yang membawa slogan “MMT Manih Leting Sekali Rasa, Nok Sokmo”.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman agro yang unik sambil menyokong pembangunan industri melon manis dan sektor agromakanan negeri Terengganu.
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
22/06/2026
Jabatan Pertanian terus komited memperkasa usahawan bimbingan melalui pelbagai inisiatif pemasaran dan promosi bagi meningkatkan daya saing produk tempatan serta memperluaskan akses pasaran kepada pengusaha sektor pertanian dan industri asas tani.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke Program Promosi dan Jualan Produk Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026, bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.
Program ini menghimpunkan pelbagai produk berkualiti keluaran usahawan bimbingan Jabatan Pertanian, termasuk produk berasaskan industri asas tani seperti makanan dan minuman, produk hiliran pertanian, herba, roselle, madu, snek serta pelbagai produk inovatif tempatan yang dihasilkan oleh usahawan dari seluruh negara.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pokok bunga-bungaan dan tanaman hiasan yang sesuai untuk kediaman serta landskap, selain menikmati buah melon segar terus dari ladang yang diusahakan oleh pengeluar tempatan.
Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan, malah menjadi platform penting dalam meningkatkan pendapatan, memperkukuh jenama tempatan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi komuniti berasaskan pertanian.
Ayuh hadir beramai-ramai dan tunjukkan sokongan anda kepada usahawan tempatan.
Setiap pembelian anda merupakan sokongan kepada usaha memperkasa usahawan pertanian, merancakkan industri asas tani serta menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara.
Belilah produk tempatan, sokong usahawan Malaysia dan bersama-sama kita memacu kemajuan industri pertanian negara.
22/06/2026
Bunga Kantan: Khazanah Herba Tropika Bernilai Tinggi
Bunga kantan atau Etlingera elatior merupakan herba tropika berumpun daripada keluarga halia yang sangat sinonim dengan masakan tradisional Malaysia.
Tumbuhan ini tumbuh daripada rizom beraroma di bawah tanah dan mampu mencapai ketinggian sehingga lima hingga enam meter apabila matang.
Keunikan bunga yang berwarna merah jambu hingga merah terang menjadikannya bukan sahaja menarik sebagai tanaman landskap, malah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
Dalam bidang kulinari, bunga kantan terkenal sebagai bahan perasa semula jadi yang memberikan aroma dan rasa istimewa kepada pelbagai hidangan seperti laksa asam, nasi kerabu, nasi ulam, gulai dan sambal.
Kehadirannya dalam masakan bukan sahaja meningkatkan cita rasa, malah mencerminkan kekayaan warisan gastronomi tempatan.
Selain digunakan dalam masakan, bunga kantan turut dimanfaatkan dalam amalan perubatan tradisional.
Ia dipercayai membantu melegakan masalah seperti batuk, demam, sakit perut dan gout, selain digunakan dalam penjagaan wanita selepas bersalin.
Kajian saintifik juga mendapati bunga kantan mengandungi sebatian bioaktif seperti fenol, flavonoid dan tanin yang berpotensi memberikan aktiviti antioksidan, antibakteria, antikulat, antihiperglisemia dan hepatoprotektif.
Dari aspek penanaman, bunga kantan sesuai ditanam di kawasan tropika yang lembap, mempunyai bekalan air mencukupi serta tanah yang subur.
Tumbuhan ini juga boleh diintegrasikan dalam sistem agroforestri kerana mampu tumbuh dengan baik di kawasan yang sedikit teduh.
Kitaran perkembangannya melibatkan fasa vegetatif dan reproduktif, dengan tempoh sekitar 155 hari dari pucuk hingga jambak bunga layu serta kira-kira 60 hari dari kemunculan jambak sehingga bunga mekar sepenuhnya.
Dengan pelbagai kegunaan dalam masakan, kesihatan dan potensi pembangunan produk makanan berfungsi, bunga kantan merupakan antara tanaman herba tempatan yang wajar dipelihara dan diperkembangkan sebagai sumber makanan serta nilai tambah kepada industri pertanian negara.
Sumber : Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian
22/06/2026
Usahawan tauge Al Ahnaf raih Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Terengganu
HULU TERENGGANU – Kegigihan anak muda Mohammad Al Ahnaf Mohd Roslan,25, menceburkan diri dalam sektor agromakanan melayakkan beliau menerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Pemilihan ikon belia dan usahawan pertanian moden berasal dari Felda Jerangau, Dungun ini menjadi inspirasi kepada individu lain untuk terus menceburi bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.
Lepasan jurusan TVET pertanian dari Institut Pertanian Serdang ini membuktikan segala usahanya berbaloi sekali gus menjadi teladan kepada belia lain.
“Saya memang bersyukur dan tidak menyangka akan menang. Diharap dengan anugerah ini saya dapat meningkatkan lagi sumbangan saya kepada masyarakat terutama di luar bandar,” jelas Mohamad Al Ahnaf yang juga mengusahakan tanaman tauge.
Bagi pemenang kategori individu wanita, Nor Ainsyafikah Madiran, 29, menzahirkan rasa bersyukur setelah pencalonan kali ke-3 akhirnya melayakkan beliau meraih pengiktirafan tersebut.
“Menerusi anugerah ini, menjadi batu loncatan kepada lebih ramai belia untuk bergiat aktif terutama dalam persatuan belia yang banyak memberi banyak manfaat kepada anak muda,” tambah beliau.
Pada majlis sama, bagi kategori Pertubuhan Belia dimenangi oleh Persatuan Belia Felda Jerangau yang membawa p**ang piala dan hadiah wang tunai RM10,000.
Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu turut dimeriahkan dengan pelbagai program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Sumber : Berita RTM
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
Tuai sayur apa petang ni?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
Presint 4
Putrajaya
62624
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |
