12/06/2026
Putrajaya, 11 Jun 2026 - Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBhg. Datoβ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman di Pejabat Akauntan Negara Malaysia hari ini.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif itu turut menjadi platform perbincangan mengenai pelbagai perkara strategik, khususnya berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan serta usaha berterusan memperkukuh pengurusan kewangan dan perakaunan sektor awam negara.
@ YourService
10/06/2026
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 - Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, hari ini tidak ketinggalan menghadiri persidangan dan sesi perasmian MIA International Accountants Conference 2026 anjuran Institut Akauntan Malaysia.
Persidangan yang disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ini telah menarik penyertaan lebih 3,000 pengamal perakaunan, pembuat dasar dan pemimpin industri bagi meneroka perkembangan terkini serta masa depan profesion perakaunan di Malaysia.
08/06/2026
SALAM TAKZIAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seluruh warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Tuan Haji Mohamed Mohsin bin Hussein, mantan Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2026 bersamaan 22 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al Fatihah.
05/06/2026
PODCAST AG NUMB3R5: BAJET TUNAI... PENYATA AKRUAN... BOLEH KE ?
PODCAST LIVE SIRI 1 EPISOD 3 2
PODCAST AG NUMB3R5: BAJET TUNAI... PENYATA AKRUAN... BOLEH KE?
03/06/2026
ππππππ ππππππππ-ππππππ πππππππ
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Puan Zubidah binti Johar dari Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), atas penganugerahan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tulus Ikhlas daripada;
Seluruh warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
01/06/2026
ππππππ ππππππππ-ππππππ πππππππ ππππ ππππππ ππππ. πππ πππ πππ
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tulus Ikhlas daripada;
YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar
Akauntan Negara Malaysia
dan seluruh warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
01/06/2026
πππππππππ ππππππ
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππ ππππππ πππππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππππ πππππππ
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Akauntan Negara Malaysia dan seluruh warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
31/05/2026
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat mereka yang menyambutnya.
Semoga sambutan ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian.