Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS

Share

Laman Rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia ( MAQIS ) Fungsi MAQIS

1. Untuk menubuhkan dan menguruskan stesen kuarantin.

5.

Untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan;

2. Untuk mengeluarkan permit

Photos from Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS's post 23/06/2026

Kawalan Pengimportan Daging Babi dari Negara Sepanyol

MAQIS melaksanakan kawalan pengimportan babi dan produk babi dari negara Sepanyol berikutan wabak African Swine Fever (ASF).

Lihat infografik penuh untuk data sitaan (melibatkan ratusan ribu KG!) dan penalti berat di bawah Akta 728 bagi pengimport yang ingkar.

Pastikan anda mematuhi semua syarat import dan eksport serta Notis Pemakluman terkini.

Sebarang pertanyaan? Hubungi kami:
03 - 8870 8000
πŸ“§ [email protected]

Photos from Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS's post 19/06/2026

19 Jun 2026 | Jumaat | Putrajaya

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL FASILITASI PERDAGANGAN (JKTFP) MAQIS BERSAMA PIHAK INDUSTRI BILANGAN 1 TAHUN 2026

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Fasilitasi Perdagangan (JKTFP) Bilangan 1 Tahun 2026 bersama pihak industri di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini menjadi platform penting bagi membincangkan isu-isu berkaitan fasilitasi perdagangan, memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan dan pemain industri serta meneliti cadangan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan.

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk maklum balas terhadap keputusan mesyuarat terdahulu, isu-isu semasa yang dihadapi oleh pihak industri, serta cadangan-cadangan baharu yang dapat membantu meningkatkan kecekapan urusan perdagangan rentas sempadan tanpa menjejaskan aspek biosekuriti, keselamatan makanan dan pematuhan peraturan negara.

MAQIS kekal komited dalam memastikan proses import dan eksport komoditi pertanian, haiwan, ikan serta produk berkaitan dapat dilaksanakan secara lebih cekap, telus dan berkesan melalui pendekatan kolaboratif bersama semua pihak berkepentingan.





Photos from Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS's post 19/06/2026

18 Jun 2026 | Khamis | Putrajaya

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI MAQIS : KEPENTINGAN LITERASI DAN PERANCANGAN KEWANGAN

Unit Integriti, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti bertajuk Keterhutangan Serius: Kepentingan Literasi Dan Perancangan Kewangan bagi Tahun 2026 yang disampaikan oleh dua pegawai kanan dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Encik Mohd Khairil Ashraf bin Mohamad Karid dan Puan Noor Hidayah Shafiee.

Program yang komprehensif ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pegawai MAQIS berkaitan pengurusan kewangan serta menyuntik strategi terbaik dalam memperkukuh kedudukan kewangan peribadi. Usaha ini juga adalah selaras dengan hasrat jabatan untuk membudayakan amalan pengurusan kewangan secara berhemat.

Sesi perkongsian ilmu ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja pelbagai bahagian di ibu pejabat serta pengarah dan pegawai dari MAQIS Negeri. Diharapkan agar segala input dan pengisian sepanjang program ini dapat membantu warga kerja MAQIS dalam merancang serta menguruskan aliran kewangan peribadi dengan lebih cemerlang pada masa hadapan!





18/06/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€π
YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak
Ketua Setiausaha KPKM

Seluruh warga MAQIS mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Datuk Seri.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, keberkatan serta terus cemerlang dalam menerajui KPKM demi kemajuan sektor agromakanan dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada :
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)





16/06/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAAL HIJRAH 1448H βœ¨πŸŒ™
Sempena ketibaan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati erti penghijrahan dengan memperbaharui azam, memperkukuh integriti dan meningkatkan semangat untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Semoga lembaran baharu ini membawa keberkatan, ketenangan serta menjadi titik permulaan untuk kita terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan kecemerlangan.

β€œHijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah yang lebih baik.”
Salam Maal Hijrah 1448H

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Photos from Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS's post 12/06/2026

11 Jun 2026 | Khamis | Selangor

LAWATAN KETUA PENGARAH MAQIS DAN PEMANTAUAN SISTEM iMAQIS BERSAMA BAHAGIAN IMPORT ESKPORT & REGULATORI

Telah berlangsung Sesi Lawatan Ketua Pengarah MAQIS, Tuan Mohamad Shaffie bin Hassan berserta aktiviti Pemantauan Sistem iMAQIS bersama Bahagian Import, Eksport dan Regulatori (BIER) MAQIS di dua pintu masuk utama iaitu Pintu Masuk Port Klang dan Pintu Masuk KLIA Kargo, Selangor serta Tapak Projek Further Investigation Centre (FIC) MAQIS Negeri Selangor. Turut hadir bersama Pengarah BIER, Tuan Muhammad Ezamry bin Arpan dan pegawai-pegawai MAQIS.

Tujuan utama lawatan dan pemantauan ini adalah bagi melihat sendiri pengoperasian sistem iMAQIS dan ePermit secara terus di lapangan. Langkah ini penting bagi memastikan kelancaran transaksi import dan eksport yang dikendalikan oleh Jabatan sentiasa efisien dan terurus.

MAQIS melalui BIER selaku penyelaras sistem akan terus menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan sistem sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak menjejaskan operasi transaksi harian di pintu masuk negara.

Terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pegawai dan anggota MAQIS & AKPS yang sentiasa komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.





09/06/2026

✨ SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG ✨

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Encik Nazrul Azman Bin Mat Rahim, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP6, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), atas pelantikan beliau sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat MAQIS.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan dedikasi yang dimiliki, beliau dapat terus memperkukuh penyampaian maklumat serta memperkasakan imej korporat MAQIS ke tahap yang lebih cemerlang.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga terus maju jaya dalam perkhidmatan.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

06/06/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurul Nadia Binti Che Mohd Noor, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5, atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Tahniah di atas kejayaan dan kepercayaan yang diberikan dengan kenaikan pangkat ke Gred KP6 di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah, melakar kejayaan dan menyumbang bakti kepada negara.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

31/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan, keberkatan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh Kerabat Diraja.

Sekalian warga menjunjung kasih atas kebijaksanaan serta kepimpinan Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan negara.

Dirgahayu Tuanku.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00