15/06/2026
Alhamdulillah. Terima kasih kepada puluhan ribu yang hadir dan menjayakan Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, Kelantan.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya untuk kita terus kekal dalam perjuangan membina masa hadapan negara yang lebih baik.
10/06/2026
π²πΎ KONVENSYEN RESET MALAYSIA π²πΎ
Setiap negara akan sampai ke satu titik di mana rakyat perlu memilih untuk terus berpecah, atau kembali semula kepada titik asas β RESET.
RESET bermula dengan keyakinan bahawa negara tercinta ini mempunyai masa hadapan yang cerah dan mampu untuk bangkit.
Daripada keyakinan itulah lahir keberanian untuk bertindak membetulkan kesilapan, kebijaksanaan untuk memperkukuh kekuatan, dan kesediaan untuk membina negara bangsa yang lebih baik.
Atas semangat itu, kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghadiri:
Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 12:30 Tengah Hari
Lokasi: Tapak Ekspo Kota Harmoni
Tanah Merah, Kelantan
Marilah bersama mendengar idea, berkongsi pandangan dan menyumbang kepada usaha membina konsensus nasional yang baharu demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik
RESET sekarang. Untuk masa hadapan.
01/06/2026
ππππππ ππππππ ππ»
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku.
Patik sekalian mendoakan Baginda Tuanku sentiasa berada dalam limpah rahmat, dikurniakan keafiatan, kesejahteraan berpanjangan dan bersemayam di singgahsana kebesaran negara dengan penuh daulat dan kemuliaan, dalam memayungi negara.
Sesungguhnya, Institusi Diraja merupakan tonggak kedaulatan negara, pelindung Perlembagaan dan payung penyatuan rakyat berbilang kaum.
πππππππππ ππππππ ππ»
Sembah Takzim Daripada:
Datoβ Seri Hamzah Zainudin
26/05/2026
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Bermula esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha.
Aidiladha bukan sekadar ibadah korban, tetapi lambang pengabdian seorang hamba kepada Allah SWT sebagaimana sirah agung Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S.
Ibrah terbesar daripada Aidiladha ialah kesediaan untuk meletakkan perintah Allah SWT mengatasi kepentingan diri, hawa nafsu dan kedudukan duniawi.
Inilah juga masanya untuk kita melakukan RESET terhadap jiwa dan keimanan dengan memperbaiki diri, memperkukuhkan akhlak serta terus istiqamah dalam melaksanakan "Amar Makruf Nahi Mungkar" demi membina wawasan dan masyarakat yang lebih baik.
Kepada seluruh jemaah yang mengerjakan ibadah haji, - yang merupakan kemuncak kehambaan dan ketakwaan seorang insan kepada Allah SWT, - saya doakan agar dikurniakan haji yang mabrur.
Buat mereka yang melaksanakan ibadah korban, semoga amal kita diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, keampunan serta rahmat Nya untuk kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Ikhlas daripada,
Hamzah Zainudin
25/05/2026
Thank you H.E. Emir Salim YΓΌksel, the Ambassador of TΓΌrkiye to Malaysia for the friendship and close cooperation throughout his service in Kuala Lumpur.
Wishing H.E all the very best in your next posting.
May the strong ties between Malaysia and TΓΌrkiye continue to flourish and grow stronger in the years ahead. π²πΎπΉπ·
16/05/2026
Guru adalah lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain.
Didikan, pengorbanan serta tunjuk ajar tanpa jemu yang lahir dari ketulusan dan keikhlasan hati seorang guru demi anak bangsa, menjadikan kita seorang insan yang berjaya pada hari ini.
Sebab itulah kerjaya sebagai pendidik amat mulia, - dan perlu dimartabatkan dengan sebaik mungkin, bukan sahaja dari sudut pengiktirafannya tetapi juga dari segi sistem pendidikan negara itu sendiri.
Selamat Hari Guru.