TERAJU

TERAJU

Share

Menskalakan Penciptaan Nilai Bumiputera

15/06/2026

"Pemerkasaan Syarikat Bumiputera Dalam Memperkukuh Ekonomi"

Malam ini! Pengarah Kanan Perkhidmatan Strategik TERAJU, Encik Nik Nazree Nik Abdul Rahman, bakal mengupas strategi TERAJU dalam melonjakkan syarikat Bumiputera ke pentas global dan pasaran saham.

πŸ“Ί Ruang Bicara BERNAMA TV
πŸ•˜ 9.00 Malam - 10.00 Malam
πŸ“‘ Astro 502 / Unifi TV 631 / MyTV 121
πŸ“± FB Live & YouTube Streaming: BERNAMA TV

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar hala tuju ekonomi Bumiputera!

10/06/2026

⏳ Masa semakin singkat!

Jangan lepaskan peluang bertemu pihak TERAJU secara langsung dan terokai inisiatif terbaru untuk syarikat Bumiputera anda.

TERAJU Aspirasi Outreach Penang 2026
πŸ“… 23 Jun 2026 | πŸ“ PICC, Butterworth Arena

Daftar hari ini πŸ‘‡
πŸ”— https://bit.ly/4alM51a
atau layari www.teraju.gov.my untuk maklumat lanjut.

09/06/2026

Melalui kerjasama strategik antara TERAJU dan MARA, Sesi Libat Urus Penyelarasan Strategik Komunikasi PuTERA35 telah berjaya menghimpunkan agensi-agensi pelaksana bagi memperkukuh penyelarasan naratif, mesej dan strategi komunikasi agenda pemerkasaan Bumiputera di peringkat nasional. 🀝🌟

Sesi ini menekankan kepentingan penyampaian maklumat yang lebih tersusun, bersepadu dan berimpak bagi memastikan setiap inisiatif serta bantuan yang disediakan dapat disampaikan dengan lebih jelas, meluas dan berkesan kepada kumpulan sasar. Penyelarasan komunikasi yang lebih strategik juga akan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peluang yang tersedia serta impak sebenar program pembangunan Bumiputera. βœ¨πŸ“’

Melalui pendekatan komunikasi yang selaras dan kolaboratif, agenda PuTERA35 akan terus diperkukuh bagi memastikan manfaat di bawah teras Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan (3P) dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan dirasai oleh komuniti Bumiputera di seluruh negara. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš€

Photos from TERAJU's post 08/06/2026

Sinergi Pembiayaan & Fasilitasi: TERAJU Perkukuh Ekosistem Usahawan Bumiputera di Bintulu

Melalui program Randau Pemansang Tatau, Bintulu & Sebauh (TBS) yang berlangsung baru-baru ini, TERAJU terus memperluas akses usahawan Bumiputera kepada peluang pembiayaan strategik dan sokongan pembangunan perniagaan yang mampan.

Program ini membuka ruang libat urus secara langsung antara usahawan dan rakan pembiayaan, sekali gus memperkenalkan pelbagai kemudahan pembiayaan seperti Bumiputera Sabah & Sarawak Scale-Up Fund (BSSF), Bumiputera Expansion and Catalyst Fund (BECF) serta Islamic Working Capital Financing Programme (i-WCPF) bagi menyokong pertumbuhan dan penskalaan perniagaan.

Bersama rakan strategik Bank Rakyat, Agrobank, microLEAP dan Nusa Kapital, TERAJU komited memperkukuh ekosistem pembiayaan Bumiputera serta mempercepat penciptaan nilai syarikat selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Bersedia untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya?

Layari www.teraju.gov.my untuk mengetahui peluang pembiayaan dan fasilitasi yang tersedia bagi membantu mempercepat pertumbuhan perniagaan anda.

08/06/2026

Penyelarasan komunikasi yang strategik penting bagi memastikan agenda nasional dapat difahami rakyat secara jelas dan konsisten. πŸ“’

Pada 19 Mei 2026, TERAJU telah menghimpunkan agensi bermandat Bumiputera, kementerian, agensi kerajaan serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menerusi Sesi Libat Urus Penyelarasan Strategik Komunikasi PuTERA35. 🀝

Sesi ini memberi fokus kepada penyelarasan naratif, hala tuju komunikasi dan pendekatan pelaksanaan bagi memperkukuh penyampaian inisiatif di bawah PuTERA35 berteraskan 3P β€” Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan. 🎯

Pendekatan komunikasi yang lebih bersepadu ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang inisiatif Kerajaan, memperkukuh kefahaman rakyat serta memperluas akses kepada peluang pembangunan ekonomi Bumiputera. πŸ“ˆ

Photos from TERAJU's post 05/06/2026

Bersedia untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya?

TERAJU Sabah telah menyertai Karnival Usahawan PMKS Sabah 2026 Zon Tawau pada 29–31 Mei 2026 bagi memperluas akses usahawan Bumiputera kepada peluang pembiayaan dan sokongan pembangunan perniagaan yang strategik.

Melalui penyertaan ini, TERAJU memperkenalkan Bumiputera Sabah & Sarawak Scale-Up Fund (BSSF), sebuah inisiatif yang direka untuk membantu syarikat Bumiputera berpotensi tinggi mempercepat pertumbuhan, meningkatkan kapasiti dan mengembangkan operasi ke pasaran yang lebih luas.

Bersama rakan strategik seperti PERNAS, Bank Rakyat dan microLEAP, TERAJU terus komited memperkukuh ekosistem pembiayaan usahawan Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak, selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Ingin mengetahui peluang pembiayaan yang sesuai untuk perniagaan anda?

Layari www.teraju.gov.my atau hubungi TERAJU Sabah untuk maklumat lanjut.

05/06/2026

TERAJU Aspirasi Outreach Pulau Pinang 2026 semakin hampir!

Adakah anda sedang mencari peluang pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan? Atau ingin mengetahui langkah seterusnya untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat seterusnya.

Jom, sertai TERAJU Aspirasi Outreach Pulau Pinang 2026 dan temui pelbagai peluang pembiayaan, khidmat nasihat perniagaan, serta rangkaian strategik yang dapat membantu pertumbuhan perniagaan anda.

πŸ“ The Penang International Convention, Cultural & Arts Centre @ Butterworth Arena (PICCA)
πŸ“… 23 Jun 2026
πŸ•˜ 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan agensi kerajaan, institusi kewangan dan rakan industri yang bersedia membantu anda mengembangkan perniagaan.

Warga utara termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak, mai pakat hadir ramai-ramai!

Daftar sekarang dan mulakan langkah ke arah masa depan perniagaan yang lebih baik.

03/06/2026

Dari membina perniagaan, kini melangkah ke papan bursa saham.

TERAJU menerusi XCELERATE – Sesi Jalinan Strategik Bersama Pemegang Taruh IPO berjaya menghimpunkan 25 rakan strategik dan lebih 80 peneraju ekosistem pasaran modal negara bagi memperkukuh laluan syarikat Bumiputera ke pentas IPO.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Junady Nawawi menegaskan bahawa ekosistem yang kukuh, kepakaran strategik dan sokongan berterusan amat penting dalam melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera sedia IPO.

Selaras dengan aspirasi PuTERA35, TERAJU komited memperkasa syarikat Bumiputera agar lebih berdaya saing, mampan dan bersedia menerajui pasaran modal negara.

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026, bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan berterusan dalam menerajui negara serta memayungi rakyat Malaysia dengan penuh kedaulatan dan kebesaran.

Sembah takzim daripada Pasukan Kepimpinan dan seluruh warga TERAJU.

30/05/2026

Selamat Menyambut Tadau Kaamatan & Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kemeriahan dan kegembiraan , di samping mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga TERAJU

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH, Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00