myGAP myOrganic Sektor Tanaman

myGAP myOrganic Sektor Tanaman

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from myGAP myOrganic Sektor Tanaman, Government Organization, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana, Putrajaya.

Skim pensijilan yang memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang mengamalkan AMALAN PERTANIAN BAIK bagi memastikan hasil pertanian selamat dan berkualiti #foodsafety #safefood

#mygap #myorganic #ASEANGAP #MalaysiaGAP #goodagriculturepractices Skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik atau organik bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan.

15/06/2026

Cara mudah buat baja organik, jom kita tonton πŸ‘

08/06/2026

🌱 **Tips Pertanian Organik: Pilihan Sihat Untuk Kita dan Alam Sekitar** 🌱

Tahukah anda? Pertanian organik bukan sekadar menanam tanpa racun kimia, tetapi merupakan satu amalan pertanian yang menitikberatkan keseimbangan alam semula jadi, kesihatan pengguna dan kelestarian alam sekitar.

🌿 **Mengapa Pertanian Organik?**
βœ… Menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti tinggi
βœ… Mengurangkan pencemaran alam sekitar
βœ… Memelihara kesuburan tanah dan biodiversiti
βœ… Menyokong gaya hidup yang lebih sihat

πŸ“ **Pemilihan Lokasi**
β€’ Pilih kawasan yang jauh daripada sumber pencemaran.
β€’ Pastikan mempunyai sumber air yang bersih.
β€’ Elakkan kawasan berhampiran ladang konvensional.
β€’ Sediakan kawasan penampan seperti parit, tembok atau tanaman tinggi bagi mengurangkan risiko pencemaran.

🌱 **Penanaman**
β€’ Gunakan benih atau bahan tanaman yang bebas daripada bahan kimia.
β€’ Amalkan penggunaan kompos dan baja organik.
β€’ Gunakan baja semula jadi seperti FFJ (Fermented Fruit Juice) dan FPJ (Fermented Plant Juice).
β€’ Lakukan penyiraman secara konsisten pada waktu pagi dan petang.

🌾 **Kawalan Rumpai**
β€’ Rumpai perlu dikawal secara berkala supaya tidak bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan nutrien.
β€’ Kawalan boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput.
β€’ Penggunaan sungkupan seperti jerami padi, daun kering atau sabut kelapa membantu mengurangkan pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah.

🐞 **Kawalan Perosak dan Penyakit**
β€’ Gunakan kaedah mesra alam seperti tanaman selingan, tanaman penghalau serangga dan varieti tahan penyakit.
β€’ Pasang perangkap cahaya, perangkap warna atau feromon.
β€’ Manfaatkan agen biologi seperti serangga dan mikroorganisma bermanfaat.
β€’ Gunakan racun organik yang sesuai jika diperlukan.

πŸ₯¬ **Penuaian Hasil**
β€’ Tuai hasil apabila mencapai tahap kematangan yang sesuai.
β€’ Waktu terbaik untuk menuai ialah awal pagi atau lewat petang bagi mengekalkan kesegaran hasil.
β€’ Simpan hasil pada suhu yang sesuai untuk memanjangkan jangka hayat simpanan.
β€’ Amalkan penggiliran tanaman dan rehatkan tanah bagi mengekalkan kesuburannya.

πŸ’š **Kebaikan Pertanian Organik**
🌿 Hasil lebih segar dan berkualiti
🌿 Selamat dimakan kerana bebas daripada bahan kimia sintetik
🌿 Membantu memelihara alam sekitar
🌿 Menyokong ekosistem yang lebih sihat untuk generasi akan datang

Bak kata pepatah, *mencegah lebih baik daripada mengubati*. Marilah kita bersama-sama menyokong pertanian organik dan memilih makanan yang lebih selamat demi kesihatan keluarga serta kelestarian alam sekitar.

sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

03/06/2026

🌱 Ada logo myGAP untuk Hasil Pertanian yang Selamat dan Berkualiti! 🌱

Tahukah anda...

myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) ialah pensijilan yang membuktikan hasil pertanian diusahakan mengikut Amalan Pertanian Baik bagi menghasilkan makanan yang selamat, berkualiti dan mesra alam sekitar 🌾

βœ… Hasil pertanian lebih selamat dimakan .
βœ… Mengurangkan pencemaran alam sekitar .
βœ… Mengutamakan kawalan perosak bersepadu (IPM) .
βœ… Menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja ladang.
βœ… Meningkatkan keyakinan pengguna serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.

Bagi pengusaha pertanian, myGAP bukan sekadar sijil, tetapi bukti komitmen terhadap pengeluaran makanan yang selamat dan berkualiti untuk rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ.

πŸ›’ Sebagai pengguna, pilihlah produk yang mempunyai logo myGAP.

Jom Pilih Produk myGAP, Kita Makan Dengan Lebih Yakin! πŸ’šπŸŒ±

Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia

22/05/2026

🌱 Berita baik buat pemegang sijil myGAP dan myOrganic Subsektor Tanaman

Permohonan Insentif Pengeluaran Hasil Ladang bagi pemegang sijil myGAP dan myOrganic Subsektor Tanaman kini dibuka.

Inilah peluang untuk menghargai usaha pengeluaran hasil ladang yang selamat, berkualiti dan berdaya saing.

πŸ’š Jom mohon sekarang dan manfaatkan insentif yang disediakan! πŸšœπŸƒ

Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia

15/05/2026

Kalau Syafiq Naswip pun pilih produk myGAP, kita pun boleh buat pilihan yang sama. πŸ₯¬βœ¨

Kita pilih sayur atau buah yang ada logo myGAP untuk hasil pertanian selamat dan berkualiti.

πŸ’š Jom Pilih Produk myGAP!

πŸŽ₯ Video oleh Naswep

12/05/2026

🌱 myGAP: Malaysia’s Gold Standard for Sustainable Farming

myGAP is Malaysia’s premier certification scheme for safe, high-quality and environmentally sustainable agricultural production.

Aligned with the ASEAN GAP standard, myGAP strengthens the competitiveness of Malaysian agriculture by ensuring:

βœ… Food Safety
βœ… Produce Quality
βœ… Worker Welfare
βœ… Environmental Sustainability

As of 2025, 21,710 farms covering 69,657 hectares have been certified under the Malaysian Standard (MS) 1784:2015.

By choosing myGAP-certified produce, consumers can be confident that the products are grown responsibly and meet stringent standards for safety, quality and sustainability.

🌏 Safe Food, Quality Produce and Sustainable Agriculture.

06/05/2026

🌱 myGAP: Hasil Pertanian Selamat dan Berkualiti 🌱

Skim Pensijilan myGAP diwujudkan bagi memastikan hasil pertanian yang dihasilkan mematuhi Amalan Pertanian Baik (APB) dengan penekanan kepada:

βœ… Keselamatan makanan
βœ… Kualiti hasil
βœ… Kebajikan pekerja
βœ… Kelestarian alam sekitar

myGAP turut selaras dengan piawaian ASEANGAP, sekali gus memperkukuh daya saing hasil pertanian tempatan di peringkat serantau dan antarabangsa. 🌏

πŸ“Œ Jom Pilih Produk myGAP

04/05/2026

Dari ladang kepada pengguna,
Setiap usaha kecil memberi yang makna besar 🌱

Pengusaha tempatan komited memastikan hasil ladang yang SELAMAT DAN BERKUALITI serta boleh dipercayai dapat dikeluarkan dari ladang.

Jom sama-sama pilih produk myGAP

Terus pilih yang terbaik untuk diri dan keluarga πŸ’š

01/05/2026

Ramai yang bertanya, bagaimana nak daftar dalam Sistem GeoTanaman?

Sistem GeoTanaman penting bagi membantu petani merekodkan maklumat ladang, tanaman dan hasil pengeluaran dengan lebih tersusun.

Dalam situasi krisis bekalan global, data yang tepat amat penting bagi membantu perancangan bekalan makanan negara serta mengelakkan pembaziran sumber.

Cara pendaftaran akaun baharu:

1. Layari portal geotanaman.doa.gov.my.
2. Klik menu Log Masuk di bahagian atas kanan.
3. Pilih Daftar Sebagai Petani.
4. Lengkapkan maklumat profil seperti ID pengenalan, nombor telefon, negeri dan daerah.
5. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi.
6. Klik Daftar untuk mencipta akaun.
7. Log masuk semula menggunakan ID pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

Selepas akaun aktif, petani boleh mengemaskini maklumat peribadi dan ladang, menukar kata laluan, mendaftarkan ladang baharu, mengemaskini maklumat tanaman, mendaftarkan aktiviti tanaman baharu serta mengemaskini hasil selepas pengesahan Pejabat Pertanian Daerah.

Rujuk infografik untuk panduan lengkap pendaftaran Sistem GeoTanaman.



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

29/04/2026

𝐖𝐀𝐖𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀 π„πŠπ’πŠπ‹π”π’πˆπ… ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„π‘π‰π€πŒπˆππ€π πŒπ€πŠπ€ππ€π

Saksikan Agenda AWANI bersama Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang akan membincangkan topik Sekuriti Makanan: Impak Krisis Bekalan Global.

πŸ—“οΈ29 April 2026 (Rabu)
⏰8.30 malam
πŸ“ΊTonton di Saluran 501 (Astro AWANI), Live TV- astroawani.com & Aplikasi Astro AWANI





Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana
Putrajaya
62624

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00