JPPH

JPPH

Share

Page Rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan

Photos from JPPH's post 11/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PENILAIAN NEGERI KELANTAN KE PEJABAT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) CAWANGAN NEGERI KELANTAN

9 Jun 2026 | Kota Bharu – Sr Ishak bin Yahaya, Pengarah Penilaian Negeri Kelantan bersama Puan Siti Zulfaizal binti Ahmad, Penilai Daerah JPPH Kota Bharu dan Pegawai JPPH Kota Bharu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Dr. Akram bin Hasan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Encik Hasrul Adzuan bin Hassin, Timbalan Pengarah SKM Cawangan Negeri Kelantan.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara JPPH Negeri Kelantan dan SKM Cawangan Negeri Kelantan, di samping menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai fungsi dan peranan kedua-dua agensi serta meneroka peluang kerjasama strategik yang berpotensi memberi manfaat bersama.

Perbincangan turut menyentuh aspek penilaian aset, perkongsian maklumat serta khidmat nasihat berkaitan penilaian harta. Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama melalui perkongsian kepakaran dan pelaksanaan program kolaboratif pada masa hadapan demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Photos from JPPH's post 11/06/2026

KONVENSYEN TEKNIKAL PENILAIAN PINJAMAN PERUMAHAN DAN BAYARAN BERPERINGKAT

9 Jun 2026, Kajang - Sedang berlangsung Konvensyen Teknikal Penilaian Pinjaman Perumahan dan Bayaran Berperingkat bertempat di Institut Penilaian Negara (INSPEN) anjuran Bahagian Perundingan Harta, Ibu Pejabat. Program ini berlangsung dari 8 hingga 11 Jun 2026 dan menghimpunkan 39 peserta dari cawangan JPPH seluruh negara.

Objektif utama konvensyen ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan penilaian pinjaman perumahan dan bayaran berperingkat. Ini termasuklah isu-isu semasa, cabaran teknikal serta pendekatan terbaik yang selari dengan perundangan dan polisi semasa.

Majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Turut hadir YBrs. Sr Khalid bin Abdul Mutalib, Pengarah Kanan Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, YBrs. Sr Rosliza binti Ramli, Pengarah INSPEN serta Pengarah Bahagian Ibu Pejabat JPPH.

Photos from JPPH's post 10/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 (𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈) 𝐊𝐄 𝐉𝐏𝐏𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐏𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

10 Jun 2026 | Melaka - YBrs. Sr Haji Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) telah mengadakan lawatan kerja rasmi di JPPH Negeri Melaka dan JPPH Melaka. Ketibaan beliau disantuni oleh YBrs. Sr Saharun bin Kasim, Pengarah Penilaian Negeri Melaka, Puan Puzihana binti Ismail, Penilai Daerah JPPH Melaka dan seluruh warga kerja JPPH Negeri Melaka dan JPPH Melaka.

Dalam amanat yang disampaikan, beliau telah menzahirkan harapan agar seluruh warga kerja terus mengekalkan kecemerlangan prestasi dan memperkukuh komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh profesionalisme. Beliau turut berkongsi hala tuju strategik jabatan yang memberi penekanan kepada pemantapan kualiti penyampaian perkhidmatan, pendigitalan proses kerja, pengukuhan budaya integriti, pembangunan kompetensi warga kerja serta penerapan budaya inovasi secara berterusan bagi memperkasa peranan JPPH sebagai peneraju dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti.

09/06/2026

REVOLUSI BERMULA DI SINI

Nantikan AI Chatbot JPPH: Era Baharu Perkhidmatan Digital

Lebih pantas. Lebih pintar. Lebih mudah.

Nantikan pelancaran rasmi pada 16 Jun 2026.





08/06/2026

📣 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔

Jom sambung pengajian di INSPEN!

📌 𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗡:
https://anyflip.com/jibuw/xqly

📚 𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥:
icms.inspen.gov.my

𝗝𝗼𝗺 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴!

📣 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚……

❌ TIDAK BERJAYA MASUK KE UNIVERSITI?

JANGAN PUTUS ASA! PELUANG KEDUA MASIH TERBUKA.

𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛.

Jom sambung pengajian di INSPEN!

✨ 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗡: ✨

👩🏻‍🎓 Tempoh pengajian 𝟭.𝟱 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻
💰 Yuran serendah 𝗥𝗠𝟯𝟲𝟱 per semester (Program Perdana)
💸 Bantuan Makan Pelajar 𝗥𝗠𝟲𝟬𝟬 sebulan (Program Perdana)
🏠 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮
⛹🏻‍♂️ Fasiliti yang kondusif
💯 Diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPEPH)
✈️ Peluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda selepas bergraduasi (UM, UTHM, UiTM, UTM)

📌 𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗡:
https://anyflip.com/jibuw/xqly

📚 𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥:
icms.inspen.gov.my

𝗝𝗼𝗺 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴!

Kementerian Kewangan
JPPH





















Photos from Kementerian Kewangan's post 08/06/2026
07/06/2026

PERHIMPUNAN WARGA KEMENTERIAN KEWANGAN BERSAMA YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

Photos from JPPH's post 04/06/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

3 Jun 2026, Bertam - Majlis Anugerah Jabatan telah berlangsung dengan gemilang dan disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Penganjuran majlis ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pejabat-pejabat JPPH yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2025. Majlis ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan budaya kecemerlangan, inovasi dan profesionalisme selaras dengan aspirasi JPPH sebagai peneraju penilaian dan perkhidmatan harta negara.

Senarai Pemenang Anugerah Jabatan 2025

𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚
Kategori Pejabat Pengarah Penilaian Negeri
• Johan – JPPH Selangor
• Naib Johan – JPPH Sarawak
• Tempat Ketiga – JPPH Pahang

Kategori Pejabat Penilai Daerah
• Johan – JPPH Labuan
• Naib Johan – JPPH Taiping
• Tempat Ketiga – JPPH Sungai Petani

𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐀𝐏𝐈𝐂
• Peringkat Negeri – NAPIC Perlis
• Peringkat Daerah – NAPIC Sibu

𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐍
• NAPIC Ibu Pejabat

𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐏𝐏𝐇
• Johan – JPPH Segamat
• Naib Johan – JPPH Ibu Pejabat
• Tempat Ketiga – JPPH Jempol

𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚
Pasukan Yang Mengendalikan Kes Semantan Estate:
1. Sr Tan Tat Kuan, Ibu Pejabat
2. Sr Halimatul Saeidah binti Abdul Ghani, JPPH Johor
3. Puan Nurzahira binti Umar, INSPEN

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah dipamerkan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JPPH untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, inovatif dan berintegriti dalam penyampaian perkhidmatan.

Photos from JPPH's post 04/06/2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐏𝐏𝐇 𝐊𝐄-𝟖𝟗

3 Jun 2026, Bertam - Sedang berlangsung Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Ke-89 pada 3 hingga 5 Jun 2026. Persidangan dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Persidangan kali ini menghimpunkan empat mesyuarat utama jabatan iaitu Mesyuarat Pengarah dan Penilai Daerah, Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pelaksana ePerolehan JPPH Bil. 1/2026, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Perlindungan JPPH Bil. 1/2026 dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 1/2026.

Turut berlangsung di persidangan kali ini Majlis Pelancaran Sistem SmartFyle LPPSA-JPPH, Sesi Pembentangan & Penyampaian Anugerah Kertas Penyelidikan, Majlis Anugerah Jabatan dan Majlis Makan Malam Sempena Persidangan.

Persidangan ini menjadi medan kolaborasi dan perkongsian ilmu dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan penilaian di seluruh negara.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 07:30 - 17:30