26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐
Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi juga tentang keikhlasan hati, kekuatan dalam memberi dan mensyukuri setiap nikmat yang dimiliki.
Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua.
Luangkan masa bersama keluarga, eratkan silaturahim dan terus menyebarkan kebaikan walau sekecil mana sekalipun.
Ikhlas daripada kami, Salam Aidiladha buat semua. โจ
20/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hebahan Kejohanan Ping Pong MAKSWIP Tahun 2026.
Pendaftaran penyertaan adalah melalui kod QR yang telah disediakan. Pendaftaran selain daripada Google Form yang disediakan tidak akan diterima.
Surat hebahan (termasuk syarat dan peraturan kejohanan) telah di emelkan ke Setiausaha Kelab Gabungan MAKSWIP.
Scan di QR Kod yang disediakan untuk pendaftaran pasukan.
Ikuti juga kami di media sosial:
Facebook : Majlis Kebajikan & Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram & Tiktok : .wp
Urus Setia MAKSWIP
19/05/2026
SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026 โ INDOOR GAMES
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada kontinjen MAKSWIP atas pencapaian membanggakan di Kejohanan MAKSAK Games 2026 โ Indoor Games yang telah berlangsung dari 14 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Seremban bagi acara Catur serta Pusat Perniagaan Paroi bagi acara Esports (FC26 & MLBB), Karom dan Dart.
Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan hebat daripada kontinjen seluruh Malaysia dengan semangat kesukanan, disiplin dan daya saing yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Berikut merupakan pencapaian cemerlang kontinjen MAKSWIP:
๐ฎ Esports
๐ฅ Johan โ FC26
๐ 4 kali juara berturut-turut
๐ฏ Karom
๐ฅ Johan โ Beregu Campuran
๐ฅ Johan โ Beregu Wanita
๐ฅ Naib Johan โ Perseorangan Wanita
๐ฅ Naib Johan โ Perseorangan Lelaki
๐ฅ Tempat Ketiga โ Beregu Lelaki
๐ Pengurusan Terbaik Keseluruhan
๐ฏ Dart
๐ฅ Johan โ Beregu Lelaki
๐ฅ Tempat Ketiga โ Perseorangan Lelaki
โ๏ธ Catur
๐ฅ Naib Johan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan semangat luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada semua jabatan dan agensi yang sentiasa menyokong serta memberi pelepasan kepada atlet-atlet MAKSWIP untuk terus mengharumkan nama kontinjen.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan membawa nama MAKSWIP ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. ๐ช๐
โStrategi disusun penuh ketelitian,
Semangat juang jadi pegangan,
MAKSWIP terus melakar kemenangan,
Gemilang di arena penuh kebanggaan.โ
๐ Jangan lupa ikuti kami di media sosial MAKSWIP:
Facebook: Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram / TikTok: .wp
13/05/2026
๐ธ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KEJOHANAN BADMINTON MAKSWIP 2026 ๐
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kejohanan Badminton MAKSWIP 2026 telah berlangsung dengan jayanya dari 7 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Arena Badminton DBKL, Cheras.
Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan sebanyak 53 pasukan daripada pelbagai agensi dan jabatan sekitar Wilayah Persekutuan. Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan daya saing yang tinggi dalam merebut kejuaraan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya meraih kemenangan:
๐ฅ Juara : DBKL
๐ฅ Naib Juara : KSRF KL
๐ฅ Ketiga Bersama : M*F A & UM A
Syabas dan tahniah kepada semua pemain, pengurus pasukan, pegawai teknikal, pengadil serta urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.
Semoga kejohanan seperti ini terus menjadi platform terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk budaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.
Doakan kejayaan Team MAKSWIP yang akan berjuang di Kejohanan Badminton MAKSAK 2026 pada 4 - 7 Jun 2026 di Kota Bharu, Kelantan.
โPukulan diatur penuh bergaya,
Gerak langkah penuh tenaga.
Bersaing sihat eratkan semua,
MAKSWIP terus unggul selamanya.โ
13/05/2026
โฝ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSWIP 2026 ๐
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2026 telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat dan kemeriahan dari 8 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Padang UPM, Serdang dan Padang UKM, Bangi.
Sebanyak 57 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang menyaksikan persaingan sengit, semangat berpasukan serta aksi berkualiti daripada setiap pasukan yang bertanding.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya muncul sebagai pemenang:
๐ฅ Juara : KBP JPM A
๐ฅ Naib Juara : DBKL B
๐ฅ Ketiga Bersama : DBKL A & KESPA B
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah turut mengukuhkan ukhuwah, semangat setia kawan dan kerjasama dalam kalangan warga perkhidmatan awam.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua pemain, pengurus pasukan, penyokong, pegawai teknikal, pengadil serta urus setia yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar dan teratur.
Semoga semangat kesukanan dan perpaduan yang dipamerkan sepanjang kejohanan ini akan terus subur demi memartabatkan arena sukan MAKSWIP pada masa hadapan.
Doakan kejayaan Team MAKSWIP yang akan berjuang di Kejohanan Bola Sepak MAKSAK 2026 pada 10 - 14 Jun 2026 di Kuala Terengganu, Terengganu.
โBerjuang habis hingga wisel penamat,
Semangat pasukan terus tersemat.
Menang atau kalah tetap bermaruah,
MAKSWIP gah melangkah megah.โ
01/05/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan dedikasi yang menjadi nadi kekuatan organisasi.
Teruskan semangat berpasukan dan disiplin tinggi dalam melakar kejayaan, seiring kecemerlangan di dalam dan luar gelanggang.
29/04/2026
SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026 - SEPAK TAKRAW
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw MAKSWIP atas pencapaian cemerlang sebagai Naib Juara dalam Kejohanan MAKSAK Games 2026 yang telah berlangsung dari 23 hingga 26 April 2026 bertempat di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.
Kejohanan edisi kali ini menyaksikan saingan sengit daripada kontinjen seluruh negara, dengan setiap pasukan mempamerkan aksi bertenaga, semangat juang tinggi serta disiplin yang membanggakan sepanjang kejohanan berlangsung.
Berikut merupakan keputusan melibatkan pasukan MAKSWIP:
๐ฅ Naib Juara โ Tewas kepada pasukan ATM di perlawanan akhir
๐ฅ Naib Juara untuk dua edisi berturut-turut (2025 & 2026)
Anugerah Khas:
โญ Tekong Terbaik Perlawanan Akhir (Terbuka): Muhammad Syahir bin Mohd Rosdi
โญ Killer Terbaik Perlawanan Akhir (Veteran): Mohd Khairudin Adenan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan dedikasi tinggi sepanjang kejohanan ini. Tidak dilupakan juga kepada jabatan dan agensi yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kontinjen MAKSWIP.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus bangkit, memperbaiki kelemahan dan seterusnya kembali lebih kuat dalam edisi akan datang! ๐ช๐
"Langkah tersusun penuh strategi,
Lawan digempur tanpa henti,
Walau tewas di pentas tertinggi,
Semangat juang tetap di hati."
๐ Jangan lupa ikuti kami di media sosial MAKSWIP:
Facebook: Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram / TikTok: .wp
28/04/2026
PERINGATAN MESRA : PENDAFTARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK & BADMINTON MAKSWIP TAHUN 2026
09/04/2026
TAHNIAH BUAT PESERTA KEJOHANAN INDOOR GAMES MAKSWIP 2026 ๐โจ
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kejohanan Indoor Games MAKSWIP 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan dari 3 hingga 5 April 2026.
Kejohanan yang menghimpunkan lima acara utama iaitu Dart, Karom, Catur, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan FC26 ini telah diadakan di beberapa lokasi sekitar Wilayah Persekutuan, antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia, Menara Seri Wilayah serta Kompleks Kejiranan Presint 11.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah berjaya mengeratkan ukhuwah antara warga perkhidmatan awam melalui semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan daya juang yang tinggi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah mencatat kejayaan:
๐ฏ DART
Berpasukan Lelaki
๐ฅ Juara: DBKL A
๐ฅ Naib Juara: KESKEP B
๐ฅ Ketiga Bersama: KWSP & MESCA B
Individu Wanita
๐ฅ Juara: WAHIDA (MAIWP)
๐ฅ Naib Juara: ZEENAT (DBP)
๐ฅ Ketiga Bersama: ROKHIYAH (MAIWP) & NUR NADIA (MAKSIM)
๐ฎ MOBILE LEGENDS: BANG BANG (MLBB)
๐ฅ Juara: HKL A
๐ฅ Naib Juara: DOSM
๐ฅ Ketiga Bersama: BNM B & KRLGM
โฝ FC26
๐ฅ Juara: Khairulanam (DOA)
๐ฅ Naib Juara: Nazrul (JPA)
๐ฅ Ketiga: Azim (BNM)
4๏ธโฃ Iskandar (MOTAC)
5๏ธโฃ Imran (HASIL)
6๏ธโฃ Hafizi (MOTAC)
7๏ธโฃ Fikry (BNM)
8๏ธโฃ Faris (KPP)
โ๏ธ CATUR
Berpasukan Lelaki
๐ฅ Juara: DBKL
๐ฅ Naib Juara: BNM
๐ฅ Ketiga: MSKK KASTAM
Individu Lelaki
๐ฅ Kamalarifin Wahiduddin
๐ฅ Noor Hafiz Mohd Nor
๐ฅ Ahmad Luqman Zaki
4๏ธโฃ Muhd Mirza Maarof
5๏ธโฃ Tun Seri Lanang Othman
6๏ธโฃ Mohd Zambri Mohd Shariff
7๏ธโฃ Bryan Kam Zhi Ming
8๏ธโฃ Dr Rizal Ahmad Kamal
9๏ธโฃ Sri Ram Letchimanan
๐ Yong Jian Chung Matthew
Individu Wanita
๐ฅ Nurul Najmi Bakar
๐ฅ Allaida Siow
๐ฅ Siti Hajar Khairul Anwar
4๏ธโฃ Nur Izzati Zakaria
5๏ธโฃ Low Pei Zhen
6๏ธโฃ Martha James Jimponey
7๏ธโฃ Rifqah Abdul Muis
8๏ธโฃ Rozi Aida Zakaria
9๏ธโฃ Haslinda Hitam
๐ Nur Suzuani Atikah Zulkaple
๐ชต KAROM
Lelaki
๐ฅ Juara: KESKEP A
๐ฅ Naib Juara: JUPEM A
๐ฅ Ketiga Bersama: KSKDBKL A & KSCDPK A
Wanita
๐ฅ Juara: KSKDBKL
๐ฅ Naib Juara: JUPEM
๐ฅ Ketiga Bersama: LPPKN & JKR HQ
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada barisan pengurus, teknikal, pengadil, urus setia, pemilik lokasi kejohanan (Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Wilayah Persekutuan) serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan bakat baharu serta memperkukuh ukhuwah antara warga perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Terima kasih atas sokongan padu semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang! ๐. Jumpa nanti di Kejohanan Badminton MAKSWIP 2026 yang akan berlangsung pada 7 - 10 Mei 2026 dan Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2026 pada 8 - 10 Mei 2026.
Jangan lupa ikuti kami di media sosial MAKSWIP:
Facebook: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram & TikTok: .wp
"Langkah diatur penuh strategi,
Tumpuan diberi sepenuh hati.
Bersaing sihat penuh integriti,
MAKSWIP gah terus di persada nanti."
06/04/2026
HEBAHAN KALENDAR MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MAKSWIP) TAHUN 2026 (PINDAAN 2/2026)