14/06/2026
Jalan cerita hidup kita sebenarnya bukan apa yang berlaku kepada kita, tetapi ke mana kita memilih untuk melangkah selepas itu.
Sempena Ma’al Hijrah 1448, ayuh bersama Farhira, Ustaz Imran Zaki dan Ardini Angeline Tan dalam JUM Podcast Live untuk menyelami makna hijrah yang sebenar, bukan tentang sejauh mana kita telah pergi, tetapi ke arah mana kita sedang melangkah.
📅 16 Jun 2026 (Selasa)
⏰ 2.30 – 3.30 petang
📲 Facebook & YouTube MyJAKIM
Jumpa anda secara langsung nanti🤍
14/06/2026
Mulakan Tahun Baharu Hijrah nanti dengan Inspirasi Luar Biasa
Saksikan perkongsian penuh hikmah daripada Tokoh Ma’al Hijrah 1448/2026 yang telah memberi sumbangan besar kepada agama, ummah dan negara.
📅 18 Jun 2026 (Khamis)
🕗 8.00 pagi
📍 Auditorium Kompleks Islam Putrajaya
✨ Ilmu yang menginspirasi.
✨ Semangat hijrah yang membina masa depan.
Jom hadir dan rebut peluang menimba ilmu serta mengambil ibrah daripada perjalanan tokoh yang mengangkat martabat ummah.
13/06/2026
Krisis nilai, kemerosotan adab serta perkembangan pesat teknologi masa kini menuntut peranan lebih besar para ulama, sarjana dan intelektual Islam dalam membimbing masyarakat. Seiring kemajuan kecerdasan buatan (AI), pembangunan teknologi perlu dipandu oleh nilai dan etika berteraskan Maqasid Syariah bagi memastikan kesejahteraan manusia serta pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian ketika merasmikan The 4th Edition Southeast Asian Scholars Conference (SASC) 2026 yang menghimpunkan tokoh-tokoh ilmuwan serantau bagi membincangkan penyelesaian terhadap pelbagai cabaran semasa yang dihadapi ummah.
Persidangan yang disertai hampir 600 peserta dari dalam dan luar negara itu turut menyaksikan pelancaran Majlis Ulama ASEAN, sebuah platform strategik yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama ulama serantau, menyelaras pandangan terhadap isu-isu semasa serta memperkasakan peranan institusi keilmuan Islam ke arah pembangunan masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.
Penganjuran persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh kesatuan pemikiran, memperkasa pembangunan ilmu serta merapatkan kerjasama strategik antara negara-negara serantau demi kemaslahatan ummah dan kesejahteraan sejagat.
13/06/2026
Hari Kedua MIISMAM Kali Ke-12 Peringkat Kebangsaan 2026
Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama (MIISMAM) Kali Ke-12 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 diteruskan dengan pelaksanaan beberapa acara yang dipertandingkan secara rakaman serentak di setiap negeri di seluruh Malaysia serta melibatkan penyertaan dari negara-negara MABIMS.
Pada hari kedua, para peserta menampilkan kemampuan dan kecemerlangan masing-masing dalam acara Hafazan al-Quran, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Inggeris dan Forum, yang menjadi medan untuk mengasah kemahiran penguasaan ilmu, komunikasi, pemikiran kritis serta kepimpinan dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama.
Pelaksanaan pertandingan secara berpusat di negeri masing-masing terus berlangsung dengan pemantauan petugas yang dilantik bagi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan serta pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan sebelum dinilai oleh panel hakim peringkat kebangsaan.
MIISMAM Kali Ke-12 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 14 Jun 2026 terus menjadi platform penting dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Islam negara.