Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Share

Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya. Dikemaskini 5 Januari 2021

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO 2) 2004 seperti WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN (kini dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar)


1) Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
2) Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
3) P

12/06/2026

Happy, happy jugak.... Jangan lupa pakai tali pinggang kaledar untuk keselamatan nyawa....

Apapun save the date untuk MAHA 2026 yang akan berlangsung pada 28 Ogos 2026 hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang...

12/06/2026

Kenapa rugi besar tu???

Nantikan siarannya Isnin depan!

Ikuti Podcast Sembang Veterinar Episod 4 yang membawakan topik menarik:
“Wabak Penyakit Haiwan: Kenapa Perlu Lapor?”

Bersama tetamu jemputan:
Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Epidemiologi dan Survelan, Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar.

Perbincangan santai tetapi padat informasi mengenai kepentingan melaporkan wabak penyakit haiwan sekiranya berlaku.

12/06/2026

Sejenak Bersama DVS yang akan membawakan topik:

✨ “Alfu Sanatin"

Bersama:
YBrs. Dr. Norhaliza binti Abdul Halim
Pengarah Kanan
Bahagian Kesihatan Awan Veterinar

Photos from Jabatan Perkhidmatan Veterinar's post 12/06/2026

11 Jun 2026 | Putrajaya

PERTEMUAN STRATEGIK: PERBINCANGAN STATUS PENGIKTIRAFAN PROGRAM VETERINAR UNIVERSITI AIRLANGGA

YBhg. Datuk Dr. Mohd Noor Hisham bin Mohd Haron, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar selaku Yang Dipertua/Presiden Majlis Veterinar Malaysia (MVM) hari ini telah menyantuni kunjungan hormat dan mengadakan perbincangan bersama delegasi daripada Universiti Airlangga, Indonesia.

Pertemuan penting ini diadakan bagi membincangkan isu berkaitan pengiktirafan Program Perubatan Veterinar daripada universiti tersebut, di samping meneliti status semasa dan justifikasi perubahan silibus program veterinar di Universiti tersebut.

Hadir mewakili pihak Sekretariat Majlis Veterinar Malaysia ini ialah:

Dr. Mohammad Razli bin Abdul Razak
Prof. Dr Goh Yong Meng
Dr Leonora Tuah Merawin

dan wakil daripada Universiti Airlangga yang hadir ialah:

Prof. Lilis Maslachah (Dekan)
Dr. Yulianna Puspitasari (Timbalan Dekan)
Prof Dr. Zamri bin Saad

Komitmen berterusan MVM adalah bagi memastikan standard dan kualiti perkhidmatan serta pendidikan veterinar sentiasa berada pada tahap tertinggi, demi memelihara kepentingan industri dan profession Veterinar Negara.

12/06/2026

Kenapa perlu lapor kalau ada wabak penyakit haiwan???

Nantikan siarannya Isnin depan!

Ikuti Podcast Sembang Veterinar Episod 4 yang membawakan topik menarik:
“Wabak Penyakit Haiwan: Kenapa Perlu Lapor?”

Bersama tetamu jemputan:
Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Epidemiologi dan Survelan, Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar.

Perbincangan santai tetapi padat informasi mengenai kepentingan melaporkan wabak penyakit haiwan sekiranya berlaku.

11/06/2026

Saksikan program Sejenak Bersama DVS esok yang akan membawakan topik:

✨ “Alfu Sanatin"

Bersama:
YBrs. Dr. Norhaliza binti Abdul Halim
Pengarah Kanan
Bahagian Kesihatan Awan Veterinar

🗓 Jumaat, 12 Jun 2026
⏰ 10.30 pagi
📍 Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar (secara live)

Photos from Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan's post 11/06/2026

𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

MALAYSIA DAN WOAH PERKUKUH KERJASAMA DALAM KESIHATAN HAIWAN DAN PENDEKATAN ONE HEALTH

Photos from Jabatan Perkhidmatan Veterinar's post 11/06/2026

SIRI LAWATAN LAPANGAN: DELEGASI WOAH TINJAU INOVASI TENUSU TEMPATAN DAN KECEMERLANGAN MAKMAL VETERINAR

SELANGOR, 11 JUN 2026 – Di samping sesi perbincangan dua hala yang produktif , siri lawatan kerja Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH), Dr. Emmanuelle Soubeyran ke Malaysia turut diteruskan dengan lawatan lapangan ke beberapa fasiliti industri dan kompleks makmal veterinar utama negara.

Bagi lawatan ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) selaku urus setia penyelaras telah membawa delegasi WOAH meninjau lokasi strategik berikut:

🥛 1. Ladang Farm Fresh @ UPM
Delegasi WOAH dibawa melihat sendiri fasiliti moden serta proses operasi dan sistem pengeluaran tenusu secara dekat. DVS amat teruja berkongsi model kerjasama unik antara universiti dan industri tempatan ini dengan para tetamu luar negara. Perkongsian ilmu ini jelas membuktikan keupayaan inovasi industri tenusu tempatan kita kini setanding dengan standard global!

🔬 2. Kompleks Makmal DVS Salak Tinggi
Seterusnya, delegasi dibawa meninjau fasiliti peneraju kecemerlangan diagnostik dan kawalan penyakit negara di Kompleks Makmal Salak Tinggi. Kompleks integrasi tinggi ini menempatkan tiga entiti kritikal:

Makmal Veterinar Zon Tengah (MVZT): Salah satu pusat utama bagi komponen diagnostik saintifik dan survelan penyakit haiwan serta zoonosis di lapangan termasuk urusan dagangan di 16 pintu masuk negara.

Makmal Kesihatan Awam Veterinar Kebangsaan (MKAVK): Memfokuskan kepada jaminan keselamatan makanan berasaskan haiwan dan produk bagi kesihatan awam veterinar seperti isu AMR, residu ubat, hormon, logam berat serta mikrobiologi makanan demi melindungi kesihatan masyarakat.

Pejabat ASEAN Coordinating Centre for Animal Health and Zoonoses (ACCAHZ): Hub serantau ASEAN yang memainkan peranan geopolitik penting dalam koordinasi aktiviti serta penyelarasan strategi dalam menangani isu kesihatan haiwan serta ancaman penyakit zoonotik di peringkat ASEAN. Lawatan ini memberi ruang perbincangan untuk mengukuhkan kolaborasi sesama rakan strategik di antara pihak WOAH dan ACCAHZ.

DVS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Farm Fresh @ UPM, pengurusan dan kakitangan makmal-makmal, dan Pejabat ACCAHZ serta semua pihak yang terlibat atas komitmen tinggi dalam menjayakan pengisian siri lawatan lapangan ini.



Photos from Jabatan Perkhidmatan Veterinar's post 11/06/2026

MALAYSIA DAN WOAH PERKUKUH KERJASAMA KESIHATAN HAIWAN & PENDEKATAN ‘ONE HEALTH'

PUTRAJAYA, 10 JUN 2026 – Hubungan kerjasama strategik global Malaysia dalam arena kesihatan haiwan dan sekuriti makanan terus melangkah ke hadapan!

YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Emmanuelle Soubeyran, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) bertempat di Putrajaya.

Bagi memastikan kelancaran program antarabangsa ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menyelaras sesi kunjungan hormat tersebut. Pertemuan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada KPKM, DVS, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Ia menjadi platform penting untuk memperkukuh komitmen bersama dalam memantapkan perkhidmatan veterinar, pengawasan penyakit, kesiapsiagaan kecemasan, serta pelaksanaan pendekatan 'One Health' secara holistik. Antara fokus utama perbincangan termasuk:

🤝 Kolaborasi Rentas Agensi: Memperkasakan kerjasama antara DVS, DOF, dan PERHILITAN bagi mengurus risiko penyakit di antara sektor ternakan, hidupan liar, haiwan akuatik, dan manusia.

📈 Inisiatif Kesihatan Nasional: Perkongsian status terkini mengenai Roadmap National Bridging Workshop, Strategi Penghapusan Rabies Malaysia, serta kesiapsiagaan menentang ancaman zoonotik baharu. 🐖 Kesiapsiagaan Penyakit Penting: Malaysia telah memohon susulan Penilaian Laluan Performance of Veterinary Services (PVS) oleh WOAH dengan kandungan khusus berkaitan penyakit African Swine Fever (ASF) yang dijadualkan pada Oktober 2026 demi mempertingkatkan kapasiti pengesanan awal dan respons negara.

🌐 Sistem Maklumat & Sokongan Teknikal: Memanfaatkan sistem World Animal Health Information System (WAHIS) untuk pelaporan penyakit yang telus serta menangani isu rintangan antimikrob (AMR).

KPKM dan DVS amat menghargai sokongan teknikal berterusan daripada WOAH. Kerjasama ini amat kritikal dalam membina sistem kesihatan haiwan yang lebih berdaya tahan, melindungi kesihatan awam, serta memfasilitasi perdagangan yang selamat di peringkat serantau dan global.



10/06/2026

Kebakaran Gok Kapur: Haiwan peliharaan, ternakan cedera dirawat

Haiwan peliharaan dan ternakan yang cedera dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu menerima rawatan segera daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Pengarah JPV Kelantan, Dr. Yahasmida Binti Yaacob berkata, pihaknya menggerakkan seramai 10 anggota ke kawasan terlibat bagi meninjau keadaan haiwan peliharaan serta ternakan yang mungkin memerlukan bantuan dan rawatan segera.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783204/edisi/kelantan/kebakaran-gok-kapur-haiwan-peliharaan-ternakan-cedera-dirawat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.



Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu Malaysia. Menyampaikan berita nasional, global yang terkini dan sahih.

Berita terkini: https://www.sinarharian.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline
Instagram: https://www.instagram.com/sinarharian/
Tiktok: https://www.tiktok.com/...
Telegram: https://t.me/SinarHarianOfficial
YouTube: https://www.youtube.com/c/SinarHarianTV

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Wisma Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Presint 4
Putrajaya
62630

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00